Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).
Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

SEMPENA KEMERDEKAAN

Wahai wanita muslimah, setelah Islam meletakkan kamu di tempat yang mulia, maka merdekakan dirimu dan generasimu dengan :

1. Meletakkan sepenuh pengabdianmu kepada Allah swt, sehingga kamu
dapat membina ketahanan diri yang kuat untuk menyucikan fikiran serta
wataknya dari sisa-sisa pengaruh fikiran Barat.

Maksud firman Allah s.w.t
,“… bahawa jika wanita mampu taat kepada Allah dan Rasul-Nya dengan kata lain berbuat kebaikan, maka akan diberikan pahala dua kali ganda.” (al-Ahzab: 31).


2. Meyakini dengan Islam darjatmu menjadi mulia dan terpelihara, seperti

Maksud firman Allah swt, “…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang
dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami,
mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 228)


3. Berlumba-lumba memburu pahala dan menjauhi dosa

"Barangsiapa yang berbuat amalan kebaikan dari laki-laki maupun perempuan
dan dia adalah orang mukmin maka Kami akan hidupkan dia dalam kehidupan
yang baik, dan Kami akan balasi mereka dengan yang lebih baik daripada yang
mereka lakukan.” ( An Nahl : 97)


4. Jadikan dirimu sebagai pemimpin di rumah tangga suamimu, tetap menjaga
perananmu yang utama iaitu mendidik anak-anakmu, menjaga keluarga yang
dibangun atas dasar mawaddah dan rahmah, serta menciptakan suasana tenang
dan damai dalam rumahtangga.


5. Penyertaan dalam kerjaya luar dan peranan pembangunan ummah /negara
perlu dilihat dalam perspektif kerjasama antara lelaki dan wanita,bukan berlandaskan pada persaingan yang boleh menjurus kepada pertelingkahan
gender (jantina) seperti yang berlaku di Barat.

Friday, August 21, 2009

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? "

6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

Wednesday, August 12, 2009

BONUS TERBAIK

~ mari lah sama2 bersedia menantikan kedatangan ramadhan..mudah2 ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang sudah2..insyaAllah~

Wednesday, October 29, 2008

KeWajiPAN BerDAKwah




Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan kebaikan (iaitu melakukan pekerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang buruk dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan) dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 159-160).

Dalam satu lagi firman-Nya yang lain bermaksud: Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. (al-A'laa: 9)

Berdasarkan firman Allah di atas maka MANUSIA diciptakan Allah adalah untuk beribadat kepada-Nya dan antara tugas dan tanggungjawab paling utama dalam ibadah itu termasuklah berdakwah, iaitu menyampai dan menyeru sesama insan kepada Islam walau hanya dengan satu ayat.

Selain itu, Islam adalah agama untuk semua manusia dan seluruh isi alam, yang mana al-Quran dan al-sunah adalah pegangan serta panduannya.

Namun berapa ramai kalangan kita yang sanggup dan bersedia melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut? Terutama untuk bersemuka bagi menyampaikan apa dan mengapa Islam kepada yang bukan Muslim.

Sekali gus membetulkan tanggapan negatif, fitnah serta salah faham bukan Muslim yang digembar-gemburkan musuh Islam terhadap agama suci itu.

Sifat manusia lazimnya, lebih mudah menerima atau mengikut dan terikut daripada memberi, menyumbang mahu pun menerangkan serta berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai Islam secara terbuka.

Sebabnya, kebanyakan kita kurang yakin dan tidak cukup persediaan untuk menjadi penyumbang, pengingat, penasihat atau pendakwah secara peribadi kepada insan lain, khususnya bukan Muslim, meskipun kita tahu kejahilan dan salah faham mereka mengenai Islam.

Wujud rasa kurang yakin, bimbang atau ragu-ragu pada kemampuan diri mahupun terhadap penerimaan bukan Muslim mengenai apa yang hendak disampaikan berlaku kerana jarang dari kita yang berusaha untuk memulakannya.

Akibatnya, agama Islam dan umat Muslim terus dipandang negatif malah dimusuhi bukan Islam kerana salah faham mereka mengenai Islam.

BAGAiMANA INGIN MENJADI PENDAKWAH YANG BERKESAN?