Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, October 23, 2012

welcome to world; my first niece


Salam.. Alhamdulillah, my lovely sister, Sakinah dah selamat melahirkan puteri sulung pada 22 Oktober 2012 di Az-Zahrah, Bangi, berat 2.15 kg..ringan kan!! adakah nnt dia akan macam sofiya juga? rangka kecil?

dan syukur alhamdulillah, this is my first niece and first cousin sofiya...insyaAllah nama baby kiut miut ni akan diberi nama after hari ke-7..ikut sunnah la kan..
dan dari pemerhatian saya, cousin sofiya macam sofiya masa 1st day tempoh hari..


ini gambar sofiya 1st day..sama tak dengan baby atas

apapun selamat datang ke dunia
dunia yang pancaroba..
jom didik mereka untuk kita 
sama-sama masuk syurga Allah

Friday, October 19, 2012

Kempen lagi...


"Saya cuba memberikan pencerahan. Setiap barangan atau jenis produk yang dipasarkan mengikut jenama (brand) ada 'market share' tersendiri. Katakan McD menguasai 70% dari m
arket share Fast food restaurant. Apabila sesuatu brand atau jenama itu di boikot secara meluas dan mendapat sambutan, maka market share McD mungkin akan menurun kepada 60%. Bererti 10% market share yang terlepas dari McD akan beralih kepada Fast food restaurant yang lain. Ini bermakna langganan consumer terhadap satu-satu barangan atau produk tdk berubah - yang berubah hanyalah beralih kepada jenama yang lain. Tahap kepenggunaan tidak berubah tetap sama cuma market share shj yang berubah - kalau dulu McD kuasai 70% dari market share, kini hanya 60% dan 10% tadi akan dikuasai oleh Fast Food brand B + C + D. Inilah peluang yangs sepatutnya direbut oleh pengusaha makanan segera tempatan. Jika tidak ada alternatif yang setanding dgn McD kemungkinan yang akan meningkat dari segi penguasaan market share ialah Burger King atau A&W (tidak ada seruan boikot ke atas produk ini kerana mereka tdk dibuktikan menyalurkan keuntungan ke Israel - kecuali mereka adalah syarikat US - dan kempen 'Buy American last ' pernah dilancarkan dan masih relevant). Jadi wajarlah satu strategi yang jitu dilakukan oleh syariakt tempatan bagi mengambil peluang ke atas peralihan selera/kehendak pengguna.

Kesimpulannya ekonomi tidak akan terjejas akibat boikot produk tertentu - hanya redistribution of market share. "
 

Thursday, October 18, 2012

Tips Mendidik Anak2

Thursday, October 11, 2012

Stress: Ubatnya kembali pada Allah


Assalamualaikum

Salam Khamis readers semua..esok Jumaat..maka akan ketemu semula weekend..ya be da be du!! Betul tak? Weekend hari family…sape yang tak suke weekend, angkat tangan!! Esok saya ada mock viva with my supervisor…macam buat fully research pulak, ye la nak masuk 3 times dah mock viva ni..takpe..take positive, demi kebaikan diri juga…
InsyaAllah next Monday, saya akan ber’viva’…maka tamatlah pernantian yang hampir 2 bulan lebih tu…satu masa yang panjang walaupun hakikatnya masa makin singkat…teringat kata2 Hasan Al-Banna, “Tanggungjawab kita banyak tapi masa yang sikit”…betul tak? Perasan tak kawan2..a lot of think yang perlu kita lakukan tiap-tiap hari…tapi masa yang sikit itu membataskan pergerakkan kita..

Yes, minggu ni banyak sangat aktiviti yang perlu diikuti..tentulah program under IKRAM..bermula malam ni, perjupaan JK Pusat dgn ahli IKRAM Selangor, besok, Liqa’ Nuqabah, diikuti kelas Al-Quran dan Ahad, Seminar Kewanitaan oleh dr Harlina …saya cukup kagum kalau ada sahabta-sahabat mampu meluangkan masa dengan aktiviti2 tersebut..niat kerana Allah, sure dapat pahala kan! Saham di akhirat nnt..Jom kawan-kawan…jangan buang masa dengan perkara sia-sia..

Hari ni nak coretkan kisah …. …actually semalam berbual dgn sahabat satu fikrah, tentang seseorg bila stress je, mesti kelar tangan…nak tahu apa respon sahabat saya? Dengan spontan, she said lemahnya iman dia…dulu2, masa saya dengar cerita ni kan, macam tak percaya, takkan stress sampai nak rosakkan diri, adakah sama dengan bunuh diri? Sama atau lebih kurang..rasanya kalau kupas banyak2 takut tersilap..so for me, hanya dia dgn Allah je tahu..kalau bunuh diri, sah2 lah tempatnya di neraka Jahanam kan..Cuma kalau kelar diri, tak mati je..tapi macam mana pula kalau org hisap rokok? Itu pun merosakkan badan…kan dah banyak kena kupas…

Tapi hari ni biarlah bercakap tntg org stress je, toreh tangan sana sini, masyaAllah..mula la terfikir, macam mana hubungan dia dengan Allah.. terjaga ke solat dia? Kita walau stress dengan apa-apa sekalipun, berbalik pada Allah. Allah yang mencipta kita, maka bila kita ada masalah, padaNya kita pohon..Allah itu Maha Mendengar..bukan menyeksa diri sendiri…banyak perkara yang boleh dilakukan dalam keadaan stress ni, contohnya ambil wuduk, solat, solat sunat, baca al-quran, dan macam2 lagi kan!! Apapun berbalik pada diri sendiri..sentiasa mencari redha Allah, sentiasa bermuhasabah, apa tujuan sebenar kehidupan kita. Tujuan utama kita dijadikan untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah…Oleh itu, segala yang kita lakukan seharian mesti mendapat keredhaan Allah..dalam mencari rezeki, make sure, kena ada redha Allah supaya hidup kita sentiasa berkat, anak-anak pun perangai cantik, berakhlak mulia dan sewaktu dengannya.

Sebagai kesimpullan, apa-apa yang berlaku kat dunia especially dalam kehidupan seharian, kita yang corakkan.Selagi dipanjangkan usia, cari la sesuatu yang boleh menambahkan keimanan kita pada Allah stw. Jangan terlalu ikut perasaan sehingga apa yang kita buat itu menjadi cerlaan Allah di akhirat kelak..wallahualam..

Tuesday, October 9, 2012

sakit kepala bila berfikir itu ini

assalamualaikum

hari selasa bersamaan 091012..oh oh..besok 101012 adalah birthday my lovely sister and brother..iyer..mmg ada adik kembar tarikh lahir tapi tahun berbeza..happy birthday both of you..moga2 bertambah usia maka bertambahlah bekalan ke sana..jangan kurang sudah..

today nak citer skit la perasan bila bertambah ahli keluarga baru ni..oh ya, my sil baru je berkahwin, lebih kurang sebulan lebih kan...happy tu mmg la happy, adik ipar tu dah 28 tahun, selagi tak kahwin mil bising la, ye la, risau ...emak mana yang tak risau kalau anak tak kahwin lagi...

cuma saya la kurang happy la skit tntg aurat sesama ipar-duai ni..ntah la, tak tahu nak tegur ke, nak ajar ke camner...kadang2 kita rasa ringan sangat aurat dengan ipar-duai..sedangkan aurat tetap sama macam aurat dengan bukan muhrim kita, wajib tutup semua anggota badan kecuali tapak tangan dan buka, ni bagi perempuan, kalau lelaki sure la dr pusat hingga perut..ni yang belajar agama pun ambil ringan tentang aurat..tak tahu la nak kata apa..

nak kata saya ni bagus, jauh sekali..tapi masih faham la dengan aurat yang mmg tertera dalam quran..

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 

Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” [Al Ahzab:59]. 

 “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An Nur:31]. 

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

cuma sedih, bila mulut ini masih tidak mampu nak menegur, setakat berbicara dgn hati saja...nak masuk syurga, tapi tak nak masuk sorg2, nak masuk satu family, ada mak, ayah, mil, adik2, kakak, nenek, husband, tokki, sofiya, adik2 ipar, tapi kalau mereka buat sesuatu yang mungkar, tapi kita tak tegur, camner nak masuk syurga?? argh..stress kan!! it is no easy to enter Jannah Allah...dan Jannah Allah tu kan Allah punya, so Allah akan masukkan sesiapa je yang Dia mahu...

Alhamdulillah, kalau my family, InsyaAllah, masih adik-beradik aku jaga la penampilan la bila berdepan abg ipar ataupun keluar rumah, cuma bab stokin tu masih mereka tinggalkan...cuma ada sorg tu jenuh nasihat, masih tak menutup aurat dgn sempurna..tapi itu adik, bleh la tegur menegur, tapi kalau melibatkan family belah suami pula macam mana? arghh stress lagi...bila cakap permasalahan ini dkt suami boleh buat bergaduh...so boleh tak kasi alasan, tak perlu la la blk umah mil selalu, kan nampak benda mungkar, hati yang sakit, better dok umah bertiga je dgn suami dan sofiya...selesai masalah...oh jawapannya pasti tidak kan..saya kena berusaha cari jalan penyelesaian...

saya bukan nak mencari kesalahan org lain, tapi kalau bab menutup aurat, itu benda asas dalam kehidupan..susah sangat ke nak menutup aurat yang disyariatkan dalam al-quran..sebagai kesimpulan kan, ilmu tentang menutup aurat ni perlu la dipelajari sbb masih ramai yang tak menutup aurat sepenuhnya..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka supaya menutup aurat seperti yang disyariatkan dlm al-quran...

p/s: masih mencari jalan untuk melihat org sekelilingku menutup aurat dengan sempurna




Monday, October 1, 2012

sofiya dgn keretanya






salam isnin..
hari baru, minggu baru..alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk menambah pahala dan mengurangkan dosa untuk bertemu Pencipta..

macam mana cuti weekend lepas? hopefully cuti yang memberi manfaat especially kita yang bergelar ibu dan isteri..ye la cuti ni la nak eratkan kasih sayang. kalau weekdays buzy la, penat la, masa pula rasa singkat sangat...

Alhamdulillah, weekend lepas amat bermakna bagi kami bertiga..iyer, minggu ni giliran berehat2 di rumah sendiri..minggu sudah berprogram bersama IKRAM...so bila bercuti di rumah sendiri, bertiga, mmg syok...

so hari sabtu kami bertolak ke Puchong..pelik yang Puchong ni dok dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya..sebelum tu beritahu kat husband, pasal kereta untuk sofiya, ada kat DRC toys tu..apa lagi, suami kat web, berkenan..so dia aim nak mini cooper...hari sabtu mmg beria la nak dptkan juga kereta tu...mula hati rasa malas nak bekerjasama untuk beli kereta kontrol ni..ye la harga pun mahal..kalau dah cecah rm 200 ke atas, mahal kan! tapi suami dah minat, so iya kan aje..kan gaduh lak...rupanya DRC toys ada dua kedai..1st kedai, mmg kami tunggu..kata 11.30 pg, tapi tak buka lagi..rupa2nya DRC toys yang ada kereta ni kat Puchong Prima, tak jauh pun...sampai sana, macam2 kereta ada...banyak yang besar2..harga pun mahal..cecah 500 pun ada..uishh..giler kan!!!

lepas dapat kereta tu terus pi umah adik kat Puchong yang dah ke belakang sana, means area ke Seri Kembangan..ye la, hari tu, adik kena tahan kat hospital, ada darah tinggi pulak, badan kecik je..tapi dugaan pregnant dia, ada darah tinggi, by 22 oct ni kena paksa bersalin..masa saya dulu, alhamdulillah, mmg smooth, takde bengkak kaki, darah tinggi, kencing manis pun takde, tapi ada la pengalaman minum air gula, tp lup..ok..so tak lama kat sana, dalam kul 3 lebih balik sbb adik nak pe kenduri kat area Putrajaya..

so esoknya hari ahad, lepas breakfast, suami ajak la pi barang basar..mana lagi kalau bukan chow kit..pasar2 area Pantai Dalam tak familiar, so mmg stok barang basah chow kit la..sebelum pi pasar, saya ajak la husband jalan2 ke tasik perdana, main kereta baru sofiya..seronok la sofiya kan! hadiah birthday yang ke-2...hebat anak sekarang, ada tablet, ada kereta kontrol...takpe la kan, anak baru sorg, jalan2 la kami kat tasik tu, main area playground tu je, ramai gak mak ayah bawa anak2 jalan walaupun kami sampai kul 10..nnt nak ajak suami breakfast sana la..masak dr rumah, makan kat tasik..wow! wonderful family...teringat family saya di dungun sana..ya, kami selalu bercamping bersama2...tetiba dalam berjalan terpandang seseorg, Izzah and Farid, kawan satu universiti, mereka bakal dapat scroll master next sabtu..InsyaAllah, tahniah pada sahabatku itu...mereka dr gombak pun bawa anak2 jalan ke tasik perdana...

jom tengok aksi sofiya bersama keretanya....alhamdulillah..


gambar ketika di kedai, masa beli ni..dah tak nak turun


ni gambar kat tasik perdana, kuala lumpur

okle, nak stop dulu..semoga hari2 mendatang sentiasa dikurniakan kebahagiaan..
hargai la masa bersama org tersayang, jangan terlalu mencari kesenangan di dunia,
hingga masa bersama dengan suami, isteri dan anak2 terabai...

kebahagiaan terletak pada individu itu sendiri..sentiasa la berdoa semoga keluarga yang dibina adalah keluarga sakinah, keluarga yang menjadikan ad-deen sebagai pegangan dalam membina kehidupan..semoga berjaya di dunia dan akhirat