Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, August 11, 2014

Cerita Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum

Bersiaran kembali di hari yang sama, Isnin tapi berlainan minggu dan tarikh.
Apa khabar kalian semua? Masih mood raya, tapi jangan lupa tunaikan puasa sunat bulan syawal. Hari ni pun dah 15 Syawal. Sekejapnya..rasa macam semalam 1 Syawal...oh tak terkejar dengan masa ni..makin dikejar makin cepat pula.

Macam mana weekend kalian. Mood raya, sure la berjalan sana sini..ziarah kawan-kawan, pergi jemputan kenduri kendara dan juga open house sana sini. Alhamdulillah, saya bersama suami anak2 sempatlah bersama-sama meraikan Aidilfitri bersama IKRAM PJ. Jamuan raya diadakan di Pejabat IKRAM PJ, Taman Medan. Jamuan raya disambut dengan sederhana aje, kemudian after makan-makan, beberapa ahli pergi ziarah beberapa rumah di Taman Medan sambil memberi sumbangan. Cara sederhana kami. ahli IKRAM beraya tahun ni.

Hari Sabtu tu tak pi mana sgt2..after jamuan raya di PJ, kami lost idea nak pi mana..jemputan open house ada, tapi nun di Shah Alam. So jalan2 berkereta, kemudian nampak pak cik jual cempedak. Cakap cik husband, sila berhenti kat situ. Agak lama tak makan cempedak. Kalau beli cempedak goreng, seringgit tu berapa la sangat. Tapi alhamdulillah, rezeki sekilo 3 ringgit je, dpt la beli 3 biji..baru 3 kg...satu biji kasi bb Muadz..alhamdulillah...then petang keluar cari lemang. Area Pantai Dalam mmg banyak lemang, pilih je mana satu berkenan. Yang penting kena tahu mana yg sdp..tapi beli ' lemang Tok ' agak sedap juga..lembut..tak keras..pergi masa tu ada 1 batang je..rezeki..cuma harga yang agak mahal kot..sebatang RM14.00..tak tahu la kalau tempat lain kan...

Hari Ahad, pi Tadika Hidayah, kat Jalan Tualang, Bangsar. Actually dekat dgn umah autie Ijat. Ada pameran anak-anak tadika kat sini. Hajat nak hantar Sofiya, tapi tu la agak jauh dr rumah..lagipun nnt jammed..tengok la camner..lagipun tadika tu mak cik Fauza yang kendalikan..ada sesi 4, 5 dan 6 tahun. konsep tadika ni macam2, maybe Montessori, ada belajar cooking, jahit, citer nabi...yuran RM450.00, tadika, kalau day care tambah RM300.00. yang penting konsep pendidikan. Bermain sambil belajar.

Then after puas-puas di Tadika, kami ke rumah CC Razak, ayah angkat husband ni..kenalan husband. Pak cik dah pencen. Dulu kerja DBKL. Satu jabatan dengan husband. Jabatan perumahan. Tiap-tiap tahun bila time raya ada lah pi ziarah. Cuma tahun lepas tak berkesempatan..tu tahun ni kena pegi. Dah setahun lebih CC pencen. Ingatkan nak ziarah rumah kawan husband lagi kat Keramat sana, tapi kawannya kerja..so berdessup balik Klang. Mana lagi kalau bukan rumah Uwan Sofiya dan Muadz. Takde sape pun kat sana. MIL sorg je. Adik-adik semua ada urusan, balik Puncak Alam dan juga berkerja. Kesian MIL..tapi apakan daya. Kehidupan. Anak-anak ramai pun, bila tua berseorangan juga. Anak-anak pun ada kehidupan masing-masing kan! Tapi jangan jadi anak tak mengenang budi sudah..kacang lupakan kulit.

Okey la, takde idea sangat nak menulis pagi ini. Nak bertazkirah pun tak dapat. Dengar IKIM pagi-pagi pun, kalau mata ni mengantuk..so tak fokus..tak dapat lah idea nak coretkan kat sini. Cuma tadi mereka bincangkan apabila Facebook dilarang..Facebook tak dibenarkan. Maklum la maklumat yang tak sahih banyak sangat tersebar secara meluas dan cepat hanya melalui Facebook. Pada kita, nak share something mestilah yang betul..jangan click share tanpa selidik kesahihan berita tersebut. Wallahualam..Ada akal, guna lah sebaik.

No comments: