Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, April 10, 2012

suami di hospital

salam selasa

apa khabar sahabat-sahabat sekalian..semoga dalam rahmat Ilahi..hari ni entry pasal husband lagi..bukan apa, andainya saya yang pergi dulu..bila suami rindu saya, dia akan baca blog ini....perasan suami nak baca blog kan..ye la, kalau saya pergi dulu, pasti ada pengganti yang lebih cantik dan baik dr saya..ala, lelaki ni jarang nak jupe bila istri meninggal, tak kahwin..mst kahwin kan..saya pun tak kisah..'kahwin la abg andainya sayang meninggal dulu, nanti ada yang jaga makan,pakai abang..tapi jangan lupa, amanah abang, didik sofiya ya..'


suami saya berjaya diadmitkan ke HTAR, ward denggi..'abang, semoga abang sihat & cepat sihat yer, syafakaAllah...esok sayang ada usrah'....


suamiku demam denggi..tapi masa masuk hospital semalam..semua ok termasuk suhu badan cuma yang kantoikan kandungan platelet dan juga kepekatan darah..yang ni saya lupa istilah..platelet suami dari 170 jatuh kepada 81..masa saya lihat kandungan platelet tu, saya yakin suami kena warded..sbb semalam suami hanya suspect denggi je tapi kali ni sah2virus denggi telah berada dalam tubuh suami saya..

camner perasaan bila suami masuk hospital? oh oh kalau kawan-kawan yang pernah rasa mesti faham kan..once masa suami nak ambil tekanan darah kat nurse kat KK pandamaran, nurse ckp, ni kena warded..saya tengok muka suami tanpa perasaan, dan bila suami cakap masuk kereta..terus saya menangis semahu-mahunya..i dont have any experience bila family terdekat masuk hospital...sofiya masa tu pun dah buat perangai..maybe bosan atau mengantuk..maklum la dah pukul 11 lebih kan...dalam kereta tu, saya mmg blur..tak tahu nak buat apa..mungkin menangis tu boleh meredakan rasa gelisah saya...

tak lama kemudian suami datang, bagitahu ,'sayang, balik la dulu, abang ke hospital masuk air.' masa tu saya speechless..rasa nak menangis semahu-mahunya..blur sgt2...suami ke htar naik ambulance..so bila suami sudah bertolak ke HTAR, saya menangis semahu-mahunya..saya sempat telefon nija..ya saya mmg sedih..ketua saya kena masuk ward..hilang tempat pergantungan seketika..dalam 10 minit camtu saya rasa lost sangat2..tak tahu nak buat apa..

kemudian ntah kudrat dari mana, saya tengok jam..oh dah tengah hari..kawan-kawan lak ramai yang suggest wat sup ketam..huhuhu, tak terdaya nak masak bila fikir suami masuk hospital...dalam kekalutan itu, saya drive kereta dengan setenang-tenangnya..sofiya ada di sebelah...memandang tengah hari..mood nak masak takde, maka saya decide singgah speedmart berhampiran..nak beli makanan tengah hari, sure la tak nak kan..sbb saya dah tak lalu nak makan...

sampai kat speedmart, dengan lajunya saya cari susu dutch lady, pampers (yang dibawa umah mil abis, beli saiz S sbb saiz M takde yang kecil, bantaikan aje....kalau umah MIL mmg tak bawa CD pun)..pastu beli koko crunch dan biskut untuk sofiya..semua untuk sofiya...

sampai umah, saya try call kinah, ye la hati dan perasaan masa tu mmg blur lagi..saya mahu mengadu kpd seseorg..lagipun saya blur sgt2 sbb saya tak sangka suami masuk wad..saya tak tahu tindakan saya tak follow dia ke htar betul atau tidak..tapi bila call kinah pertama kali, fail tak diangkat...then call ayah..bagitahu husband masuk wad..pastu saya call semula nija,..nangis2, cakap dengal el nangis2..biarkan sofiya main2 sendirian...huhu..mmg gelabah kan saya..saya tak tahu betul ker suami kena warded..tapi btul kat wad mana saya tak tahu..saya lost in the jungle again...

then dalam kul 2, husband call bagitahu dia admit kat  wad trauma dan akan dimasukkan wad denggi..tapi saya tak bleh ckp lama..saya mesti sedih...so saya tak cakap banyak..jawab pun macam tak nak jawap...dalam kul 2 tu juga my mil balik..then bagitahu mil, so siapkan appa yang patut, dan paling saya tak lupa, saya bawa al-quran untuk dia..saya berkorban, kerana itu alquran saya guna untuk baca hari2 kan!saya sediakan asas mandi, tuala dan beberapa helai baju dan kain pelekat..mudah nak digunakan sepanjang kat hospital sana...

then b4 pi htar, saya singgah KFC kat giant klang..nasib singgah yang sana, dpt la kuarkan duit, kalau kat teluk pulai, mana nak cekau duitkan..argh tak nak minta ngan mil..suami saya, mana mungkin susahkan org lain..bila mil tanya ada duit tak, saya cakap ada, padahal mmg takde dlm purse tu..then singgah giant skejap, belikan buah lai..buah yang suami mengidam sejak awal demam..seronok dapat beli semua dgn duit sendiri...bukan duit mil..

sampai kat HTAR, saya still cool lagi..buat lawak..tapi actually hati saya siapa yang tahu..sedih sgt bila tengok org sihat macam suami kna warded kan..sembang2 dgn suami..dan saya juga awal2 dah kasi al-quran kat dia..bukan perli, tapi al-quran tu kan penawar..ye la bila mengaji ni gangguan syaitan takde kan! dalam sembang-sembang tu suami ckp," ishh cuba cakap sikit kalau abang sihat, kita pi jalan-jalan ke.." biar semangat nak sihat..oh oh tak terlintas langsung..sbb saya nak suami sihat...saya sembang2 dengan suami, manakala sofiya lak jalan2 dengan mil..

tapi masa suami kena ambil darah tu, sayu je saya lihat..sbb suami mmg yang sukar diambil darah..salur darah tak jumpa..saya sempat juga tanya pasal doktor camne nak tengok denggi ni..actually kandungan platelet tu no 2 sedangkan yang dilihat ialah kepekatan darah..dia cakap la bila darah beku, pekat nanti anggota badan takleh terima oksign, nnt macam-macam la implikasinya..satu ilmu baru..bagi kanak-kanak yang demam denggi akan terus kena masuk ICU,..ye la antibodi kanak-kanak tak cukup kuat..hopefully antibodi sofiya kuat la kan..dia kan minum susu ibu...

dalam kul 5, saya bersama mil dan sofiya balik..pulang dengan hati yang sayu..iyer masa ni suami pun dah ok, makan pun ok..itu la rentetan suami pertama kali masuk hospital ketika kahwin..before this pernah masuk sbb sakit batu karang...uishh tak sabar nak melawat suami hari ni..so stop dulu...

apapun menjaga anak tanpa suami penuh cabaran dan dugaan..masyaAllah...itu la yang dapat saya cakapkan..

3 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

semoga suami akak cepat sembuh.
Amin.

Pengajaran yg boleh saya kutip drp nukilan akak adalah sy kena cepat2 ambil lesen memandu.

Insyaallah,zaujah to be(until now belum ambil lesen memandu sbb takut nk bawa wpun umur )dh masuk alam belia:-)

Mmmg benar,kalau insan yg trsayang masuk hosp,rasa "gelap" jap.Pernah mgalami situasi itu bila abah saya masuk hosp dlu.

Apapun.Smile Akak(^____^)..
Insyaallah,will be better soon.
Allah always with us.

Ibu Ilyanie(s) said...

semoga tabah menghadapi dugaan.. skrg zaman penuh mencabar. investment plg penting adalah kesihatan dan kesejahteraan hidup sekeluarga.. drop by blog saya utk baca citer saya ye.. http://puterihannan.blogspot.com/

CaHaYa^KetEnaNGan said...

Azlen: thanks..akak dua kali ambil lesen..1st kat uia..tak abis sbbkantoi kat bukit..4 kali..pastu btul2 dpt tahun 2008..pastu sejak kahwin suami yang drive je..ni baru 3 minggu berjinak dengan memandu kereta..syukur akhirnya suami dah kembali di sisi..bersinar semula kehidupan...

Ilyanie; thanks