Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, September 6, 2011

raya aidilfitri 2011

Salam 8 Syawal..



Alhamdulillah, back to normal after sebulan berpuasa ramadhan dan mengharapkan ibadat puasa dan juga amalan2 lain dilaksanakan pada bulan tersebut diterima Allah dan juga mengharapkan akan bertemu Ramadhan akan datang...ameen..

Raya di rumah mak ayah sudah..raya di rumah mil pun sudah..maka yang tinggal raya bersama kenalan dan juga  sahabat2 pula...teringat kata2 mak ..

" Org yang datang ke rumah kita akan bawa pahala dan pulangnya mereka akan membuang dosa"..
so sesiapa yang mahu datang ke rumah sila lah datang yer..tp weekend ni hubby cakap balik klang....

pengalaman beraya di rumah mak ayah, suasana tetap sama macam aku masih bujang dulu..aktiviti ziarah menziarahi masih diamalkan...abis solat raya, opss kali ni aku berjaya solat raya bersama puteri kesayangan..kali ni aku umpan buku favourite dia..maka takde la dia merangkak ke sana sini mengganggu jemaah lain..good girl Sofiya yer..alhamdulillah, lepas ni takde alasan tak nak solat raya yang setahun 2 kali..solat raya aidilfitri dgn solat sunat raya aidiladha..

kebanyakkan negeri lain, kalau makan pagi raya tu sure meriah betul, tp bagi aku baik umah mak atau umah mil, juadah tetap sama, satu je..juadah 1st raya, mak buat nasi minyak, gulai ayam...dan juga nasi impit dgn kuah kacang....tapi yang kelakar nya suami bleh cakap nasi minyak tu nasi dagang..malu btul aku dengan suami ni...takkan takleh bezakan nasi minyak dgn nasi dagang...takpe la..

lepas sesi makan lepas balik solat raya, baru start jalan2 umah pak cik mak cik..tu pun sehari sempat 4 buah je..maklum la mak ayah dah meningkat usia ni tak mampu nak jalan2 jauh..penat katanya..esokkannya baru kami bertolak balik ke umah nenek kat setiu...so pagi tu sarapan kami baru la nasi dagang..semua tu mak yang buat..aku ni tak pandai la nak buat..huhuhu..sedih..nak belajar? takpe google kat tenet je, boleh dpt macam2 resepi...btul tak?

sampai2 umah nenek, langsung macam tak raya, takde apa yang nenek hidangkan..ketupat palas atau lebih dikenali ketupat pulut adalah...jiran2 nenek pun takde, sunyi btul, maka petang tu kami beraya umah mak saudara pak saudara ayah..ye la kalau dok umah nenek je, sure bosan kan..pastu hujan turun dengan lebatnya...tapi takpe, mood raya, hujan tak membantu untuk nak beraya sakan...

pada hari ketiga, kami bertolak dari setiu ke umah pak cik kat besut pulak, dr besut ke machang...nak pi umah pak cik yang kat machang tu bukan jauh sangat, tp jammed yang amat sehingga hampir 3 jam lebih terperangkap..kalau normal, 20 minit je dah sampai..mmg dugaan btul beraya ke kelantan...tak sempat nak pi kampung ayah kat bachok..maklum la esok tu aku sudah mahu pulang ke KL..huhuhu..mmg masa seminggu di Terengganu tidak cukup nak ziarah semua org..semoga suatu hari nanti, boleh jalan2 lagi di rumah mak cik pak cik especially...

semasa jammed tu macam2 peristiwa yang ada, antaranya pemandu lori yang mengantok sehingga mengganggu kesesakan, tidak lupa juga kereta viva yang tayar tercabut..takleh bayangkan macam mana boleh tercabut tayar tu kan! selain itu alphard yang berhenti2 di tengah2 jalan disebabkan enjin panas..kereta hebat pun boleh panas enjin..dan seterusnya kereta myvi baru disodok dengan wira aeroback...begitu la suasana raya kami pada tahun 2011

akhir kata, selamat hari raya buat semua..maaf zahir batin...raya, raya jugak, tapi jangan lupa rajin-rajinkan diri solat sunat syawal yer..

3 comments:

Nurul aziyana said...

alo tomeynye sofiya pakai tudung..husna skrg die suka cabut tudung tu..huhuhu

CaHaYa^KetEnaNGan said...

yana: kalau kita usik tudung, sure dia cabut..so kalau nak pakai, senget..senget la..kalau kita btul2kan..mahu dicabutnya..
husna comel dgn headbandnya...

Farah Jasni said...

Selamat hari raya aidilfitri buat nurul sekeluarga..

Nurul,ari tuh kiterang jalan-jalan area umah MIL U.. Umah MIL nurul yg terrace lot blkg condo tuh ke? Ke balakang lagi dari terrace tuh?