Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, September 28, 2011

merapu meraban edisi wednesday



cantikkan design kat atas? mmg cantik...aku tengok bosan, takde benda nak 'google'..maka deco rumah la menjadi perhati aku..ish..ish..selagi rumah mini kat pantai dalam, tak seimpi impianku, maka itu la ku akan 'google' sehingga aku puas..idea yang dpt tu mmg banyak, cuma kos nya tidak ada atau masih tidak mencukupi...ok la stop la pasal deco umah ni...ada rezeki, boleh la beli umah sendiri..target umur 35 dah ada umah sendiri...sekarang nak enjoy dulu dgn duit yang ada..lagipun mak pun umur 40 baru bleh wat umah sendiri even dah lama ada tanah sendiri.

bila kita tengok umah cantik, maka damai la hati kita..senyum sana senyum sini. cuba kalau umah tu bersepah, dgn baju yang diangkat tak berlipat, pinggan mangkuk masih dalam sinki tak berbasuh, maka kusut la hati, masam la wajah..betul tak? maka hendak mood ceria setiap hari, perlu la pandai mengurus masa dengan bijak.

setiap hari kita mmg disajikan 24 hours per day..sama dengan org lain. tapi kenapa kita gagal dalam mengurus rumah sedangkan org lain boleh lakukan aktiviti lain? mungkin ada yang bagi jawapan, mereka ada pembantu aka bibik..ya! itu kepastian..kalau rumah kemas, sbb mereka tiada anak kecil, pinggan mangkuk berbasuh sebab mereka ada anak dara yang boleh diharapkan...tapi sebenarnya kalau pengurusan kita bagus..kita akan berjaya melalui..kita akan digelar SUPERMAK!..mak serba serbi...

dalam mencari keredhaan Allah, kita kena pandai bahagi masa. lagipun kita kena faham yang kita dijadikan Allah adalah untuk menjadi khalifahNya..bukan dicipta saja2 tanpa tujuan..maka bertujuan lah Allah jadikan syurga dan neraka sebagai ganjaran..maka dalam mengejar kehidupan dan kemewahan dunia, jangan kita abaikan konsep kita sebagai muslim..kerana tugas kita as muslim adalah khalifah, dan juga dae'..

melihat kehidupan dan sirah Rasulullah saw, mmg kerja dakwah adalah tugas utamanya, maka jika kita sayang Rasulullah, maka haruslah kita melaksanakan segala sunnahnya...kerja dakwah ini, bukan senang, amat2 mencabar..boleh dilihat bagaimana dugaan Nabi Muhammad dalam menyampaikan Islam especially di kota kelahiran baginda, bagaimana nabi berdakwah secara sulit selama 3 tahun, kemudian terang-terangan sehingga la baginda berhijrah ke Madinah..

maka dalam meniti kehidupan ini, haruslah kita muhasabah diri, apa yang kita kejar sekarang, dunia atau akhirat? walaupun kita mencari kehidupan yang selesa di akhirat sana tp jangan abai pula kehidupan dunia..maksudnya hidup ala kadar, org pakai kereta, kita tak pakai kereta..

sebagai kesimpulan, kita selalu mengimpikan macam2 kat dunia, sebab itu akan berusaha untuk dapatkan, tapi kita juga mengimpikan syurga di akhirat kelak tapi pahalanya ntah macam mana..kerana di akhirat sana timbangan menjadi ukuran sama ada di syurga mahupun di neraka..nauzubillah...

akhir kata, bekerja la anda untuk 1000 tahun akan datang, dan beribadat la anda seolah2 akan mati esok hari..wallahualam

No comments: