Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


salam aidilfitri

rasanya belum terlambat nak wish selamat hari raya kepada semua umat Islam..
baru 11 Syawal kan! Opss dah 11 Syawal...ada lagi 19 hari nak puasa sunat Syawal..
Jom kawan2..kita tambah amalan kita dengan puasa 6 di bulan Syawal..

Macam mana hari raya kami? tahun ni kami beraya di klang, third day baru balik terengganu.
memandangkan raya 1st di klang, maka takde lak gambar raya kami bertiga..sedih tak?
takpe, nnt adik ipar kahwin, kita amik bertiga yer cik husband...kan nanti tua-tua kempunan
lak nak tengok gambar bertiga (InsyaAllah, kalau umur panjang).

Alhamdulillah, walaupun 1st day raya kurang seronok, tak ke mana-mana, maklum la
MIL kan org rembau, so no pak cik mak cik here, means kat KL atau Klang...
second day baru beraya di Rembau..baru la sofiya dapat kumpul duit raya..kalau tak berjalan
mana nak dapat duit raya kan..bila beraya, yang bestnya anak-anak kan!! kita pun best 
dapat jupe sanak-saudara..itu kalau family besar, kalau family kecil, kurang lah meriah..betul tak??

so third day pula berangkat ke Dungun, trg..selama 5 hari di sana..kononnya nak balik hari Jumaat, tapi minta suami balik hari Sabtu..bagi la alasan yang adik-adik belum puas main dengan Sofiya..
ye la, anak buah sorg je...tunggu awal Nov bertambah lagi sorg, InsyaAllah...kalau nak cerita raya di terengganu..mmg seronok, sempat lagi mandi pantai pada hari raya ke-4..seronok sangat tengok sofiya pun happy dapat mandi air..takpe..raya haji kita beraya di Dungun pula...

okey la..itu je kot kisah raya kami...raya tahun ni takde gambar sangat..malas nak kuarkan  kamera..
semoga berjupa lagi bulan Ramadhan tahun depan..InsyaAllah..


Thursday, August 2, 2012

Indahnya Puasa

Salam Hari Khamis (wow, dah khamis!!!)

Hari ini dah 13 ramadhan...cepatnya masa berlalu...
Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh Allah untuk berbuka dengan masakan sendiri..
beum lagi kaki ni bergerak ke param aka pasar ramadhan..(tak tahu param kat mana kalau area pantai dalam ni)...sepanjang 13 hari ni, rasanya baru 2 hari berbuka di luar, satu di SS 15, depan Subang Parade (aktiviti IKRAM PJ) manakala hari Ahad hari tu buka puasa di rumah TPM kat Sri Satria aka umah atok sedara Sofiya...

macam mana ramadhan kali ini? seronok kah! Ya, mmg seronok..tahun ni berkira nak buat biskut sendiri..ni pun tengah kumpul resepi..tapi kena ikut selera suami la kan! kan tak abis pulak biskut raya..
mmg selama ni masak pun ikut selera suami...masak lauk ke sayur ke..semua ikut selera suami..nnt ada pulak yang kena jadi DBKL kena abiskan makanan kan!

dan semalam baru settle urusan perkahwinan adik ipar..siapkan gubahan, patutnya adik yang buat, tapi MIL dia baru selesai operate jantung kat KB sana, so terpaksa la ulang-alik...alhamdulillah, baju raya tahun adalah baju yang bakal dipakai masa perkahwinan adik ipar nnt..so semua MIL yang settle..so tahun takde la kuar budget baju raya for husband and me..cuma sofiya je tempah gaun smocking...hope dpt before raya, kalau takde pun, pakai je baju gaun pemberian org.. actually sofiya ni rezeki murah..dpt baju2 dr nek jat..dah berapa kali dia dapat baju2 berjenama dari nek jat..walau second hand, masih boleh dipakai..lagipun ada beberapa baju yang belum sofiya pakai..boleh dibuat raya juga kan! kasut raya ingat nak beli kat metrojaya..berkenan color hitam tu, tapi memandangkan sofiya pun dapat kasut jenama crocs gitu, rasanya tak perlu la membazir kan! tunggu tahun depan baru beli kasut hitam, btul tak?? itu pun kalau masih dijupa dengan Ramadhan lagi kan!.

Alamak, tercerita pasal persiapan raya pulak..jom kita cerita pasal perjalanan ramadhan kali ini..apa azam ramadhan kali ini?? mahu abiskan 30 juzuk al-quran..so kalau hari ni dah 13 ramadhan, maka kena la juzuk 13 kan..ye dok?? kemudian tak nak miss sahur..alhamdulillah, masih mampu bangun bersahur walaupun hari ni hampir terbabas, bangun kul 4.58 pagi..macam mana pulak dengan qiam?? selain tu, jom checklist lagi, jaga pandangan, kurangkan mengumpat tapi kalau tak mengumpat lagi bagus...:-). jangan ada pembaziran..

skrg nak cerita pengalaman berbuka puasa under IKRAM PJ, pengalaman yang terlalu indah, iaitu berbuka puasa bersama-sama sahabat dalam talam..iyer, kat Johor, makan dalam dulang adalah perkara biasa (tak pernah tahu pun, maklum lah diaorg makan nasi ambeng)..tapi bagi saya mmg satu nikmat bila dapat makan sama-sama dalam talam kan! bukan semua org amalkan..pernah sekolah adik saya, al-amin, ada anak-anak org kaya berasa jijik makan dalam talam..mmg best tau berbuka dengan yang sama fitrah dgn kita..tapi masa berbuka dengan tpm pun sama, berbuka dengan kurma dan kuih muih, diikuti solat maghrib, baru makan makanan berat...kemudian dapat solat jemaah sama2 diikuti terawih..minggu ni insyaAllah akan menjayakan program IRIS di masjid Shah Alam..so sape 2 berdekatan, boleh la join..ada ustaz Zaharuddin, ada Dr. Harlina Hj Siraj...semoga program2 yang diikutinya dikira amal oleh Allah dan dapat memberi syafaat di hari perhitungan kelak...


Knowledge is something very vast, limitless and can be found everywhere. But the question is, have you been seeking knowledge? Or best, have you been seeking spiritual, Islamic knowledge to upgrade your deen and taqwa to Allah?

Most people often think that knowledge only comes from your high school textbooks. WRONG! What you learn from your textbooks isn’t the only source of knowledge! Even those FAQs and “how to upload photo on Facebook” you Google are also considered as knowledge ;D If knowledge is that easy to require, why not learn something new about Islam, your God Allah or even our beloved Prophet Muhammad today?

"Seeking knowledge is an obligation upon every Muslim." Truer words have never been spoken!


When the Quran began to be revealed, the first word of its first verse was 'Iqra' that is, read. Allah says:

"Read! In the Name of your Lord Who has created (all that exists). He has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).

Read! And your Lord is the Most Generous. Who has taught (the writing) by the pen. He has taught man that which he knew not" (96: 1-5)


Knowledge is so important that seeking it is a COMMAND from God. He has given you the perfect “tools” to acquire knowledge.
"And Allaah has brought you out from the wombs of your mothers while you know nothing. And He gave you hearing, sight, and hearts that you might give thanks (to Allaah)" (16:78)
And by “tools”; yup, those are your senses! Wise them to the fullest to seek precious knowledge! ♥

Since knowledge is LIMITLESS, how should we, Muslims, know which knowledge is best to acquire first? The most important knowledge that a Muslim must seek is the knowledge of “syirik / shirk” and all that relates to it. You must first learn and understand God and your religion, so know your priorities! Academic and wordly knowledge is as important as we need to live, and knowledge operates how we live (even methods of brushing our teeth requires knowledge, yes?)

And did you know that seeking knowledge is a form of Ibadaah? Paradise waits for knowledge seekers!
"Whoever follows a path in the pursuit of knowledge, Allaah will make a path to Paradise easy for him." (Al-Bukhaari)

Personally, I like gaining knowledge and information about Islam from the interwebz, especially from Youtube.com. There are many credible and awesome speakers from all over the world, plus it's more entertaining to see visuals. Look around and you might find really good ones!
(I personality recommend UmmahFilms / Baba Ali - go Google!) ♥ ♥

Last words: Don't stop seeking knowledge, even if takes you to China! Imagine yourself holding a BIG empty container or somesort, and each knowledge is represented by a piece of grain. Your mission is to fill up the container as much "grain", so don't ever give up on doing it and while you're at it - have fun!

Friday, July 27, 2012

selamat menyambut ramadhan

assalamualaikum kawan-kawan2...

selamat menyambut ramadhan, rasanya masih belum terlambat kan! baru 7 ramadhan..macam mana dengan amalan-amalan puasa sahabat-sahabat semua?

al-quran macam mana? dah juzuk 7 ke?
qiammullail pulak macam mana? ada buat ke tak?
amalan sahur pula camner?
lagi apa yer? terawih?
hope semua ok la kan! makin hari makin ada peningkatan...jangan makin hari makin merundum sudah..


Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan.

Wednesday, June 27, 2012

Sofiya 1 tahun 9 bulan

Salam..
lamanya tak cerita pasal anak yang sorang ni..
alamamak, rindu la sofiya nak baca apa yang ibu coletehkan..
masyaAllah..


sofiya, hari ni ibu nak cerita pasal kamu
ye la, mana la tahu kalau ibu tak lama dengan kamu, tak sempat nak sembang2 cerita perihal kamu masa kecil..
Nah, ini ibu coretkan sedikit kisah kamu
sekurang-kurangnya kamu tahu macam dirimu mana tika usia mudamu kan!


masa berlalu dengan cepat
sofiya sekrang sudah berusia setahun 9 bulan 2 minggu
terlalu banyak ibu nak cerita
ibu selalu rindukan kamu
bila ibu dok umah, tak nak ibu hantar kamu kat atok dn nenek
tapi apakan daya, kat umah mana ada adik Farisya dn Kak Wawa
Nanti kak syafiqah pun rindu sofiya kan
so hari-hari terpaksa la ibu hantar kat umah atok dan nenek
walaupun ibu tak pi uia...
ini semua kerana sofiya mahu kawan


sofiya makin hari makin cantik..
betul tak? uwan kan suka toncangkan 2 rambut sofiya
ibu pula tengok keadaan...bila rajin, baru ibu toncangkan 1 takpun 2
kadang2 sampai 3 toncang di kepalamu
tapi skrg rambut sofiya ada 'kutu'..jangkit dr anak-anak 
di rumah atok dan nenek..takpe ibu tak kisah..
lama-lama nnt hilang juga kan!!


sofiya dah pandai pakai kasut sendiri
asal cakap 'sofiya, cpt pakai kasut'..mesti sofiya dgn 
laju akan pi rak kasut..ambil kasut yang berkenan..
setakat ni sofiya ada 7 pasang kasut..3 kasut crocs (pemberian nek ijat), satu pemberian uwan, satu ayah beli (tp hilang masa pi penang ari tu) dan lagi 2 ibu beli gantikan yang hilang tu..beli satu,19.90, tapi beli kedua tambah 10 sen je...   
tapi semalam sofiya dah pandai pakai kasut pink walau terbalik..selama ni sofiya hanya pandai pakai kasut crocs je...
i'm happy wit you..nnt lagi laju la sofiya pakai kasut..
yang buat ayah geram dgn sofiya ialah, pantang nampak kasut, mesti nak pakai walau tak ke mana-mana..
sofiya, kita tak boleh pakai kasut dalam umah..oh oh ni perihal kasut dan sofiya


jom ibu citer pasal check up sofiya semalam kat KKIA, Pantai Dalam..
berat sofiya 8.4 kg dengan ketinggian 76 cm..sofiya ni rendah jika dibandingkan dgn adik Farishya, tapi takpe..sofiya budak pandai...kat klinik semalam, asyik dgr suara sofiya membebel je..asyik dok sebut 
'pacat, pacat'..agaknya  sofiya nak sebut cepat kot..ye la, sofiya kan mana bleh dok diam lama-lama..mst nak jalan, nak tawaf satu klinik tu..tapi nasib sofiya behave semalam..kurang berjalan ke hulur hilir... 


ibu paling suka dgr sofiya sebut nama 'opiyya'..kiut sgt2...dan sofiya pun suke sebut 'abis' dgn gayanya sekali..wow..mmg sweet kan tenok anak membesar depan mata..melayan kerenah sofiya apatah lagi..mmg syurga..ibu suke peluk2 dan cium sofiya..skrg banyak juga la word sofiya..paling tidak pun dia ajuk cakap ibu ayah, kadang-kadang kalau ibu panggil ayah dgn panggilan 'abg', dgn laju sofiya akan panggil ayahnya dgn perkataan abg juga..sofiya..sofiya...sungguh bagus perkembangan sofiya..makin hari makin ceria...


sofiya juga suka gosok gigi..sukanya ibu tak perlu berkejar2 dgn anak-anak nak minta digosokkan gigi...tips nak bagi anak suka gosok gigi ni satu je..perkenalkan berus gigi yan seusia dengannya dan ubat gigi kanak-kanak macam kodomo lion atau pureen..insyaAlla suka la si anak nak gosok gigi...


kalau bangun pagi, jarang sofiya buat hal..alhamdulillah..pagi tadi pun sofiya bangun, ibu sebut hai..sofiya pun hai juga..apa la ibu ni, lain kali mulakan dgn assalamualaikum diikuti doa bangun tido..itu kan lagi bagus...okey..okey nnt ibu cuba amalkan yer sofiya....

sofiya, ibu sentiasa doakan kamu sentiasa sihat, supaya nnt senang kamu kenal penciptaMu, ALLAH..ibu juga doa semoga Allah mudahkan ibu dalam mentarbiyyahkan kamu..sofiya, doakan ibu mampu hantar kamu ke sekolah Islam..yang mampu mendidik dirimu seperti ciksu Kamilah dan CikJang Syifa'...

sofiya, tiada apa yang ibu mahukan darimu selain doakan ibu sentiasa, bila ibu mati nnt, doakan kubur bercahaya, lapang yer...ibu mahukan itu semua dari anak-anak ibu yang soleh dan solehah...

sofiya, ingatlah dalam dunia ni pegangan kita hanya Al-Quran dan Al-Sunnah..Jadi lah anak yang solehah yer..ingatlah dalam mengejar kehidupan di dunia, yang kekal adalah akhirat sana..ibu mahu kita satu family akan berada dalam syurga Allah bersama ibu ayah, tok, tokki, uwan, arwah atuk..uncle, pak cik, aunty, mak cik dan semua org Islam lain....

p/s: gmbr sofiya latest ada dlm hp ibu..so could not upload la...