Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, May 18, 2012

Belum terlambat

Assalamualaikum

sudah petang jumaat..sempat pula tdo membaringkan diri
aduish belum ada idea nak coretkan dalam someting dalam thesis..buntu sekejap..actually dah janji nak submit chapter 6 hari ni..
tapi kekangan banyak pulak ..takpe itu semua mainan dalam menghabiskan pengajian master ini...

actually nak tulis pasal usrah kami yang osem..maklum la semalam baru je  sama-sama duduk dalam bulatan gembira
Ya..mm bulan gembira
nak tau kenapa saya suka cakap bulatan embira?
sbb saya seronok bersama akak normah dan sahabat2 saya yang lain..

dulu, saya pernah citer ahli2 usrah osem saya..alhamdulillah semalam bertamba lagi seorg..
yang sedihnya ada sahabat mahu fly ke Japan this sunday..kerana ada training kat sana for 6 months..
semoga sahabat saya itu, Zi tidak lupa kami kat Malaysia...

saya gembira dengan usrah
kerana itu la kerja Rasulullah kan!
tak percaya?
ingat tak Nabi berdakwah secara sulit kat umah Abi al-Arqam tu? di situ la permulaan usrah..

indahnya usrah...di sini la saya ditarbiyyahkan..betul ke kerja dakwah  hanya untuk ustazah atau ustaz..abis tu ustaz dengan ustazah je ke masuk syura? engineer, nurse atau doktor tak bleh masuk syurga?
nak masuk syurga Allah senang ke susah..depend la kan..kalau kita hati baik..ble je masuk syurga..
macam kisah org kafir kasi makan kat anjing tu..syurga kan impian semua or kan!
kalau tak percaya, cer tengok hotel..itu kan sebahagian syurga dunia yang digambarkan..
tp syurga Allah lagi ebat..tak boleh dicapai oleh akal.

cuma nak share semalam..sedih..banyak tak ingat..hukum usrah ada berapa ..tajarrud itu apa, hukum baiah ada berapa..
so hari ni rasa tidak terlambat lagi mahu carikan buku ini


mahu cari untuk koleksi peribadi..kat rumah ada
tapi mak yang punyer..
apa isi kandungan
jom tengok

Dakwah Kita
Halatuju Dakwah Kita
Menuju Sinar Cahaya
Buat Pemuda, Khasnya Mahasiswa
Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran
Dakwah Kita Di Era Baru
Antara Semalam Dan Hari Ini
Ucapan Dasar Muktamar Kelima
Masalah Kita Menurut Perspektif Sistem Islam
Sistem Politik
Sistem Ekonomi
Bingkisan Jihad
Wanita Islam
Buat Mahasiswa
Muktamar Keenam
Adakah Kita Golongan Yang Bekerja?
Risalah Ta'alim
Sistem Usrah
Akidah
Ma'thurat

Jom kawan-kawan majukan diri untuk Islam..Jom kumpul pahala, campakkan dosa jauh-jauh

Tuesday, May 15, 2012

hari nakbah: 15 May


We love Palestine..
adakah anda termasuk?
15 May setiap tahun merupakan hari nakbah
perlu kah kita mengingati? 
Jawapan Ya..

apa itu hari nakbah?


Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera 'The Star of David' dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram israel diistiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

dan cerita lanjut boleh dibaca di sini

oleh itu kawan-kawan, isu Palestine ini merupakan issue ummah, bukan issue politik semata-mata. Kalau kawan-kawan nak tau pasal palestine, boleh blowalking  kat aqsasyarif dan juga qsa2gaza2.blogspot.com.
tertarik dengan kata-kata, 

``isu yang berkaitan dengan permasalahan bumi Palestin bukan isu politik tetapi ia adalah isu yang berkait langsung dengan akidah umat Islam. Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah SWT, apabila umat Islam membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis Yahudi?``

Dari Ibn Hajar al-Asqalani
Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW “Allah Maha Besar akan member kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan.”
oleh itu kita kena prihatin apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita yang berjuang mempertahankan aama dari pihak yang mahukan Islam hancur.
dan yang terbaru adalah kempen tukarkan dp kat fb kepada ambar2 di bawah
jom tukar profile picture / DP kita sebagai tanda sokongan terhadap tahanan2 palestin yang tengah kelaparan kat sana sebab kena seksa dengan israel..

warna koko lambang kepada pakaian mereka, media2 arab semua menghebahkan hal ini, mereka memang target seramai mungkin umat islam agar tukar DP untuk menunjukkan solidariti (perpaduan) yang kita menentang kekejaman Israel laknatullah!

Monday, May 14, 2012

KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK



Kesilapan 1: 
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan 2:
Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan 3:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan 4:
Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan 5:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan 6:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan 7:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan 8:
Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan 9:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan 10:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan 11:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan 12:
Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan 13:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan 14:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan 15:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Tuesday, April 24, 2012

percutian ke penang..

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah, percutian pertama bersama keluarga kecil kami berjaya dilaksanakan..
kami ke mana? jawapannya ke penang..dengan hanya tiket rm 45 je..kami bertiga selamat sampai..syukur sangat2..percutian yang sungguh budget..

saya telah order tiket sejak 8 bulan yang lalu..Airasia tengah wat promotion dengan harga 10 sen seorg..so kami bertiga pergi balik hanya 60 sen...ditambah dengan service tax airport je...yang lain kami tak ambil termasuk la insuranse, bagasi dan apa-apa yang boleh menambah caj untuk tiket penerbangan kami bertiga...

alhamdulillah, 1st time sofiya naik flight tika usia setahun 7 bulan...perjalanan kami ke penang, dengan tourist guide kami adalah my x-student di my-x office, PSMZA..alhamdulillah..nasib ada Zul, yang amik dan bawa kami ke airport. thanks sekali lagi to my x-student..best juga jadi pensyarah ni...ada ramai anak-anak student yang boleh diminta tolong..

kami ke sana hanya berbekal 4 je beg yang ksemuan hanya carry naik atas..so tak perlu la nak bayar untuk bagasi..bila bermusafir, kena bijak untuk membawa baju/sluar dengan limited tapi bermanfaat dan menutup aurat. 1 beg pakaian saya dan suami dan satu beg sofiya..berat kedua-duanya tak sampai 7 kg..agak-agak kalau pi sarawak bawa beg kecil sudah la yer..tak perlu la nak bayar untuk bagasi..dasar kedekut betul pulak...tak tengok la camne..

cuma kami hampir2 kena bayar lebih kerana kononnya tak check in guna web in..huhuhu..tak tahu camner nak print sbb masa masa web airasia, katanya dah check in..tapi alhamdulillah..tak perlu bayar walaupun lupa nak bawak barcode tu kan...

pengalaman flight dengan si kecil yang mmg selalu behave, takde masalah..cuma masa nak landing tu dia nak cry..agaknya telinga berdengung..bagi susu dia tak nak...masa dalam flight, hanya bagi buku2 atau katalog dalam flight tu je..lupa nak bawa buku-buku sofiya...apapun suke naik flight bila anak tak meragam..diam je kat tempat duduk dia..opss walaupun sofiya belum genap 2 tahun, tapi tiket dia tetap untuk usia 2 tahun..saje tak nak harga baby..kalau harga baby..caj 50 ringgit..so mahal la kan...so saya decide la tiket sofiya sama dengan kami berdua...alhamdulillah, takde masalah pun..so mmg percutian yang budget...

di mana kami berteduh?? jawapannya ialah Naza Talyya Hotel..area Tanjung Tokong. Hotel ni pun my student yang cari..kebetulan dapat harga staff....so saya booking for 2 nights....kami ke Penang bukan aim nak makan, tapi jalan2..nak kenal Pantai Miami, Batu Feringgi dan sebagainya...kalau nak makan, kena pastikan tempat2 yang dituju mmg tip top..so Hotel ni dekat juga dengan Tesco..kami boleh 2 kali berulang alik ke sana...okey percutian disambung entry yang akan datang (itu kalau rajin la update kan)..

apapun bila naik flight, terasa diri ni dekat sngt dgn Allah..maklum la dok tinggi atas kat langit..macam-macam yang boleh berlaku..selain itu melihat kebesaran Allah..bila Allah bagi akal ni, rajin-rajin la skit untuk berfikir tentang penciptaanNya.

sebagai akhir kata, siapa kata naik flight hanya untuk org kaya? so ambil la kesempatan untuk ajak anak-anak jalan2 menaiki flight. kerana di sana banyak ilmu yang tersembunyi.waalhualam