Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, November 16, 2011

mahu menjadi ibu yang terbaik

Assalamualaikum

Agak bz untuk mengupdate blog hari2, ni pun penat dok running simulation, belum dapat kata putus lagi...ye la, sekejap jadi itu, sekejap jadi ini, maka, apa kata stop sekejap untuk research, focus on writing a new entry...

hari ni nak share macam mana nak jadi ibu terbaik untuk anak2...pada pengalaman aku la yang sudah setahun 2 bulan bergelar ibu ni, aku akan pastikan bekalan makanan sofiya mst dimasak sendiri oleh aku....tapi macam mana nak buat? especially pagi2 dah perlu sediakan makanan untuk dibawa bekal ke umah bs? senang je, aku akan masak nasi bubur untuk stok seminggu menggunakan slow cooker...kemudian simpan kan dalam peti yang bawah je..tak perlu masuk frozen pon..sbb kadang2 kesian pulak tengok sofiya makan makanan frozen ni..kalau makanan kita, mst segar2 tapi takkan la makanan anak asyik makanan yang dibekukan pastu dipanaskan..lari la testur kan! so aku bangun kul 5.30 pagi, ambil nasi bubur tu sedikit, nanti perisakan aje apa yang nak dimasakkan..aku lebih suke masukkan sayur yang banyak dlm makanan sofiya...itu la cara aku tiap2 hari kalau time pi uia..

stok susu sofiya pula, dah lama tak di'frozen'kan..ntah, rasa sedih pulak kalau diberi anak minum susu frozen...sekarang aku kaedah pump hari ni untuk esok..so kiranya sofiya minum susu yang dipump semalam..dah takde dah minum susu lyang telah lama dipump ni..tapi masih bersyukur kerana masih diberi peluang menyusukan sofiya walaupun  sekali pump nak dptkan 1oz pun payah ..demi anak, tetap usung spectra 3 bersama laptop....walau penat macam mana sekali pun, aku tetap akan bangun awal2 siapkan makanan sofiya..kalau makanan sofiya no more panas guna microwave...ye la ramai ibu2 di luar sana kurang arif tentang penggunaan microwave ni, kadang2 nak cepat juga merupakan salah satu sbb ibu-ibu suka menggunakan microwave sehingga lupa bahaya penggunaannya..even kat umah mmg ada tapi penggunaan adalah terhad...biasanya aku panaskan yang dah lama dok dlm peti ais je...kalau tak, panas atas dapur pun ok lagi..lagipun aku membesar tanpa microwave...agaknya mak aku mmg tahu dr dulu lagi bahayanya penggunaan microwave ni kan...

selain itu..meh baca ni

'quote from Dr Muhaya, 'tiap kali tgk anak kita tido, tanya diri sendiri..anak kita ni if dia meninggal akan masuk syurga, or neraka? akan jadi aset kita, atau liabiliti(beban)? apakah nilai2 yg telah kita masukkan dlm diri dia?'..


jgn asyik risau anak kena gigit nyamuk la, anak pakai baju tak cantik la..jgn byk fikirkan 'luaran' anak shj, tp fikir2kan juga CORE VALUES yg telah kita install dlm diri anak2.. wallahualam..'


untuk menjadi seorg ibu juga, kita tidak perlu teramat titik beratkan luaran anak2, cantik ke tidak, putih ke tidak, calar balar ke tidak, tapi the most important is adakah anak-anak ini akan membantu memberi kita syafaat di akhirat nanti..maklum la kehidupan di akhirat sana hanya ada 2 saja..syurga mahupun neraka..

hah! lagi satu tazkirah yang boleh disharekan...oleh prof kamil, merupakan pensyarah uitm, di mana dalam bukunya ada menulis bahawa hidup di dunia ni hanya la 1 jam 47 minit waktu akhirat. di mana kehidupan di akhirat, 1 hari bersamaan 100 tahun di dunia. sedangkan secara purata jangka hayat umat Nabi Muhammad saw lebih kurang 68 tahun..bila 100 tahun dibahagi dengan 68 tahun..maka bila dibahagikan kehidupan kita seolah2  1 jam lebih je jika dibandingkan kehidupan di akhirat..cukup singkat kehidupan di dunia berbanding dengan kehidupan di sana...maka perlihatkan kembali amalan2 kita untuk dibawa bekalan di akhirat sana...

oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak yang dilahirkan..tidak perlu bersusah payah menghantar anak sana sini, melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada org lain especially berkaitan hal keagamaan. amik saja contoh untuk pendidikan akidah yang merupakan tunjang utama sebagai muslim..tak perlu kita cari ustaz dan bawa balik ke rumah then minta dia ajar anak kita ni..tp sebaiknya kita sendiri yang memperkenalkan siapa tu Allah, kenapa kita dihidupkan, apa pegangan kita dan sebagainya..begitu juga bab solat, jangan asyik mengharap guru-guru di tadika yang mengajar untuk anak kita..sebaliknya kita yang mengajar...so dalam kesibukan mencari kemewahan dunia, jangan lupa mencari keredhaan Allah.. Anak akan bangga bila semua pendidikan bermula dari ibunya sendiri...dan guru-guru dan kawan-kawan hanya sebagai pembantu..wallahualam



dan 10 langkah dalam mendidik anak yang soleh/solehah


1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;

a) Selalu membaca al-Quran di rumah

b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah

c) Hidupkan budaya memberi salam

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita

Friday, November 11, 2011

Contest Anakku Berfotogenik


Salam Penghulu Hari..Salam Jumaat

Alhamdulillah, masih ada kerajinan untuk masuk contest ni..actually di'tag' oleh ummi husna..tengok2 hari ni last la tarikhnya..so cepat2 godek2 fail ada tak gambar sofiya berfotogenik...lagipun sejak kebelakangan ni malas pulak nak ambil gambar dia...

okey, takleh coleteh banyak..jom terjah syarat2nya:-

1) kenalah follow blog ini.... InsyaALLAH, blog korang akan difollow balik.

2) Copy dan Paste tagline (gambar anak dara dan teruna) kat atas tu dan letaklah kat entry contest korang. jangan lupa linkkan sekali erkh.

3) Bagitahulah nama anak dan nama ibu/ayah yer.. umur anak juga

4) korang mestilah tag kawan-kawan korang...lagi ramai lagilah meriah...sekurang-kurangnya dua orang.

nampaknya syarat dah tulis...
jom tengok aku dah follow ke tak syaratnya...okey syarat pertama dah follow dgn nick name: Cahaya Ketenangan
syarat kedua...lihat di bawah


syarat ketiga:-


Nama : Sofiya Yasmin binti Mohamad Syafiq Yasin bin Kamaruddin
Nama Ibu: Nurul Muthmainnah binti Mohd Noor
Nama Ayah: Mohamad Syafiq Yasin bin Kamaruddin
Umur: Setahun 2 Bulan
syarat ke-4
alamamak..tarikh dah pun tamat..tapi nak tag sape lagi yer...

mama qaseh & mama kakal 

Thursday, November 10, 2011

Damba Cinta MU

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat



Raihan - Damba Cinta Mu.mp3