Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, November 4, 2011

Tambahkan Amalan

Salam 8 Zulhijjah

Alhamdulillah, besok merupakan 9 Zulhijjah, maka org2 yang melaksanakan ibadat haji akan berkumpul di padang Arafat, maka kita yang di tanah air, tak buat ibadat haji, perlu la merajinkan diri untuk melaksanakan ibadat sunat puasa Arafat seperti sabda baginda seperti di bawah:-





Selamat Beramal & Akhir Kata



Thursday, November 3, 2011

Jalan2 ke AQUARIA





sebenarnya ni dah lama kami jalan2 ke aquaria
masa bulan pose
org sibuk shopping raya
tapi kami shopping ikan la pulak
maksudnya kami jalan2 ke aquaria klcc

alhamdulillah, mil yang belanja kami
duit bonus yang dpt dr government tu
syukur la kan
kalau student dpt discount tapi lupa la berapa kan
yang excited mst la adik ipar
maklum la sejak arwah fil takde
mereka jarang sgt berjalan camni..

ni nak raya haji
ntah mana pulak perjalanan kami
ye la dok umah sure bosan
kalau tak amik bahagian dlm korban
lagi la bosan

jom tengok gambar lagi nak???







sebenarnya bila berjalan ni
luas pemandangan kan!
lihat la gambar2 di atas
as a muslim
mesti rasa kagum dengan penciptaan Ilahi
sungguh hebat penciptaan Ilahi
lihat sahaja ikan2 yang dicptaNya
macam2 warna dan bentuk
bersisik besar dan kecil..
begitu juga binatang yang kategori serangga
sungguh kecil kan
dan sungguh teliti Allah dalam penciptaanNya

maka didik la jiwa
setiap kali melihat penciptaanNya
ucap la
SubhanaAllah
Masya Allah
Hebatnya Allah

ada anak
lagi la senang untuk mendidik jiwa ini
selitkan cerita2 ketuhanan dalam
mendidik anak2
kerana menjadi tanggungjawab kita
as parents
mentauhidkan Allah

wallahualam

Wednesday, November 2, 2011

Bulan Zulhijjah

Salam 6 Zulhijjah

Alhamdulillah, masa bernyawa dan masih dikurniakan kesihatan yang sihat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Pelbagai ragam atau berita2 yang dipaparkan dunia hari ini antaranya anak bangga mengandungkan anak bersama ayahnya dan saling jatuh cinta..nasib org putih, kalau org Islam, tak tahu nak cakap apa..kita sudah berada di zaman jahiliyyah moden..jahiliyyah di zaman teknologi yang serba canggih..ayuh kawan-kawan, bangkit lah...Islam akan hancur seandainya kita as a muslim tidak mencegah yang mungkar dan menegak yang maaruf.

oleh itu sempena bulan Zulhijjah, jom baca apa yang bakal disharekan...ni pun google kat internet ni...


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;


Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).



Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah


Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Di Bulan Zulhijjah



HARI

AMALAN
1 hingga 9 ZulhijjahSunat berpuasa
8 ZulhijjahHidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 

  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali


  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya


  • Solat sunat qabliyah asar



  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali





  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.




  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib


  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...


  • Solat sunat tasbih


  • Solat sunat hajat


  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

  • 10 Zulhijjah 
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
     Melakukan korban
     11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 ZulhijjahSelepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


    waallahu A'lam

    Tuesday, November 1, 2011

    Motivasi Pagi


    BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.


    Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. 

    Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. 

    Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

    Selalu bangun sebelum subuh
    Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

    Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.Aktif menjaga kebersihanRasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

    “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim).

    Tidak pernah makan berlebihan.
    Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih).

    Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

    Gemar berjalan kaki
    Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
    Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

    Tidak pemarah. 
    Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundahdi hati.

    Optimis dan tidak putus asa
    Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

    Tidak pernah iri hati
    Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

    Pemaaf
    Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. 

    Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

    Oleh Ustaz Zawawi Yusoh