Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Saturday, July 30, 2011

rezeki ALLAH

alhamdulillah, weekend kembali semula..tp weekend kali ini, aku selamat berada di rumah mertua..di mana lagi kalau bukan di klang, teluk gadong, depan umah mil ada convo dheaven..so kalau kawan2 lalu sini, boleh la intai2 mana satu umah mil..sng la nnt nak berjalan..hihihi mukadimmah yang mengarut kan!


sebenarnya aku teruja bila best student zaman aku belajar dulu selamat dpt title dr. Puan Dr Noor Illi binti Dr. Mohd Fuad..[itu la yang aku nampak nama tu kat FB dia]...tahniah buat Illi..baru je mendirikan rumah tangga awal Julai lalu..rezeki Allah..ketika usia baru 28 tahun, Allah memberi nikmat untuk dia bergelar sebagai dr..kalau bukan dr perubatan pun, tapi dr in Phd..merupakan pendidikan yang paling tinggi.. kalau nak citer pasal Illi ni, aku sebenar tak rapat mana, maklum la dia course biotechnology engineering. dia mmg best student overall..alhamdulillah, dengan status as best student, dia dapat sambung phd without taking master..apapun tahniah sahabatku..semoga sahabatku sentiasa dimurahkan rezeki..ameen..



kalau bercakap pasal rezeki ni, alhamdulillah..rezeki aku ni boleh dikatakan murah juga..lepas abis grad je aku dioffer jadi guru tadika..hampir 3 bulan..melayan kerenah anak2 usia 4,5 dan 6 tahun ni..mmg tahap kesabaran perlu tinggi..kemudian diikuti aku dpt offer menjadi guru ganti sekolah teknik dungun, kena mengajr fizik oleh mak cik jah ( mak cik jah sekarang dh tukar ke kuantan dah takde kat dungun :-( )...opss lupa, masa aku jadi guru tadika tu gaji aku adalah dlm 300 ringgit je...aku simpan, duit tu aku guna amik lesen keter kali ke-2....kemudian masa jadi guru ganti, gaji aku dibayar based on hari bekerja kat sekolah tu..alhamdulillah..dlm 15 hari kot aku keje...


berakhir tahun 2007, aku ditawarkan keje guru di sekolah al amin..utk pengetahuan, semua pekerjaan tu tanpa diinterview..maklum la bantuan org dalam..hihihi..sempat la aku keje kat situ dlm tempoh 5 bulan..tapi duit yang aku dpt tu mmg aku simpan..maklum la target nak kahwin..


kemudian rezeki ditawarkan keje kat poli..masa tu aku and adik2 sibuk mengecat rumah, ada sms yang mengatakan yang aku dioffer mengajar kat politeknik dungun, aku bersyukur sangat2 sbb masa tu aku sudah 'dibuang' keje di al-amin, gara2 aku sentiasa balik umah tiap weekend, maklum la aku ni kan warden..huhuhu...tapi in the same time aku dah apply nak smbung master...mmg aku dpt sambung master tu, kt utm skudai..itu syarat je kalau tak dpt mana2 offer, mmg akan sambung master tu tp bila aku dpt offer keje kat politeknik, sure aku tolak master tu..sbb dah ada pekerjaan yang terjamin, lagipun itukan kerajaan..lagipun bila keje dkt ngan mak, maka umah mak la jadi tempat perlindungan.


setelah 6 buln bekerja di poli, maka tangan ku gatal isi scholarship tpm uitm...alhamdulillah, rezeki org nak kahwin , aku dpt offer tu..dan aku decide akhir tahun baru aku sambung master..dan universiti menjadi pilihan tentula uia...alhamdulillah, rezeki masih berpihak, aku dpt 2 offer, satu uia satu um..maka uia menjadi pilihanku...itu la rezeki aku..dari gaji kecik sehingga gaji 4 angka, semua aku rasai..syukur sangat dengan perjalanan kehidupan aku..bak kata pepatah...'bersakit2 dahulu bersenang kemudian'


melihat kepada kehidupan ini, semua itu adalah perancangan Allah..kerana Allah amat teliti dalam setiap pengaturan dalam kehidupan hambaNya..lihat aje dengan kejadian bumi..ada siang maka ada malam..bila siang ada matahari, bila malam ada bulan dan bintang..kat dunia pun ada kehidupan lain, ada haiwan, ada tumbuhan...sungguh hebat penciptaan Allah yang tak dpt ditandingi akal manusia..tapi adakah kite bersyukur? bila senang mmg susahkan nak ucap alhamdulillah, Allah itu mudah sahaja dilupakan...tapi bila susah, Allah la tempat pertama di hati..berdoa bagai semoga Allah mengembalikan kepada keadaan yang elok dan baik2 aje..


apapun dalam mengecapi kesenangan di dunia ini, kite perlu berusaha, Allah tidak akan memberi sesuatu tanpa usaha kite..Allah itu maha adil..org yang rajin akan dapat apa yang dikehendaki tapi org yang malas mmga akan dok tahap tu je..sebagai hamba Allah, kalau nak murah rezeki, rajin2 la amalkan solat dhuha..



Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
“Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat munkar (nahi munkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha.” 
[HR. Muslim, Abu Dawud dan riwayat Bukhari dari Abu Hurairah]

Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat shalat Dhuha dan melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad- Darami]

Dari Zaid bin Arqam, bahwa ia melihat orang-orang mengerjakan shalat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang], maka ia berkata: “Ingatlah, sesungguhnya mereka telah mengetahui bahwa shalat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama, karena sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shalatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak onta sudah bangun dari pembaringannya karena tersengat panasnya matahari”.
[HR. Muslim]


akhir kata, muhasabah diri supaya hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..selamat beramal.

Wednesday, July 27, 2011

suami pukul isteri?

hari ni aku berjaya edit blog sambil runningkan aku punya MATLAB..apapun result tetap sama even aku top up itu ini..biasa la tu..yang penting dont give up and cari solution how settle it..arghh tak perlu la cakap research ni..bukan benda yang menyeronokkan..even hari tu berita pun ckp yang kerajaan memerlukan lagi 30 ribu org dlm penyelidikan..so ia menunjukkan pekerjaan research sesuatu yang kurang menyeronokkan..kalau research, buat sekali terus dpt result kan bagus..tp nama lagi penyelidikan, perlu la ada try and error..btul tak???

korang tengok header aku dah berbaur kekartunan kan, maka mulai hari ni, aku dah tak nak show2 wajah kesayangan anak aku dah..malas nak promote my baby tu..lagipun baby ni semua comel kan, maklum la belum ada dosa..aku risau kalau asyik tampal muka comel sofiya, ada yang kat luar sana menangis kerana masih dikurniakan anak..aku perlu jaga hati mereka supaya satu hari nanti mereka juga menjaga hati aku..so lepas ni, entry aku hanya la gambal dr insan 'google' je la..




bahagiakan tengok gambar kat atas tu...tapi tak semua manusia kat dunia ni sentiasa dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat..ada yang dah 30 tahun usia perkahwinan pun bercerai..itu lumrah kehidupan..hari ni aku nak buka fikiran korang tentang wajar kah seorg suami memukul isteri? ini satu topik yang perlu dibincangkan selepas melihat kes2 penceraian di malaysia sungguh tinggi especially negeri terengganu tu..


aku dapat idea ni selepas terblog walking pasal kes jimmy pengacara tu..dalam hal ini, kita tdk boleh menuding hanya sebelah pihak je..lagipun bila kita baca keterangan isterinya kita pasti tahu siapa yang betul dan siapa yang salah..bila citer hal ni kat suami, dia citer hal sebenar...tapi hal tu biar lah dirahsiakan dulu..balik kpd persoalan, adakah suami yang cool akan memukul isteri sesuka hati? jawapannya adalah tidak..sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorg, seeloknya kita perlu lihat diri kita. adakah bila kita layan suami seeloknya suami akan memukul kite..lain la kalau mmg dia jenis panas baran..lelaki yang jenis panas baran ni, kite sebagai isteri perlu tahu memainkan peranan untuk mententeramkan keadaan. jangan kite pulak yang mengapi2kan keadaan sehingga makin bertambah buruk. bagi aku la, suami yang suke pukul isteri tak memasal ni, mmg adalah suami yang tidak tahu tanggungjawab..tetapi suami yang asalnya cool, caring, memukul isteri mungkin disebabkan keadaan yang memaksa.contohnya mungkin, isteri ada buat silap yang sukar sehingga suami itu sukar menerima kesalahan seperti tidak menutup aurat, keluar berfoya2 dgn kawan walaupun telah diberi nasihat..


korang masih ingat tak kisah nabi ayub a.s yang diuji oleh Allah swt, di mana apabila baginda sakit, isteri kesayangan meninggalkan?  dan apabila baginda sihat, isteri balik semula kepangkuan baginda..dan bagaimana baginda memukul isterinya kerana meninggalkan semasa baginda sakit..iaitu dengan setangkai rumput..ini adalah pengajaran kepada isteri jangan sewenang2nya mengikut kata org lain sehingga meninggalkan suami dlm kesakitan.  ini bermakna suami boleh memukul isteri tapi dalam keadaan memberi pengajaran bukan untuk mencederakan si isteri tersebut...



sebelum menutup entry kali ini, mahukah kamu bahagia macam pasangan kartun di atas..terdapat beberapa tips yang yang boleh diamalkan. di antaranya:-

1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

2. Jaga kemaluan suami. Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta.

3. Jagalah minatnya. Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok. 

dan bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan  3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami

marilah sama2 kite memperbaiki diri untuk sama-sama menuju syurga Allah. keberkatan hidup isteri adalah keredhaan suami..wallahulam

Thursday, July 21, 2011

baju sofiya


kali ini entry yang aku tulis ni berunsurkan saje2..coleteh si ibu sofiya..kalau org lain sibuk buat persiapan syawal, aku diam je..tak reti sangat nak buat persiapan syawal ni..ntah la..kalau org bilang mahu shopping sana sini, tapi aku diam je..tak tahu nak shopping mana..cik suami pun diam..org lain sibuk mahu beli biskut raya atau buat..aku pun tak tahu nak jawab apa..walaupun ada kala bosan aku bw tentang biskut raya..mood raya? aku tak sure wujud ke tak walaupun hakikatnya tahun ni aku bakal balik terengganu..insyaAllah..maybe 9 hari kat sana..satu waktu jangka masa yang panjang...mudah-mudahan aku dipanjangkan usia..

dalam sibuk org tengah bersembang nak shopping mana, nak beli baju raya anak mana, rupa-rupanya sofiya dah ada dua baju gaun..direka khas oleh aunty haliza rahmat..ni pun aku blogwalking juga...boleh link sini yer
wat baju raya sofiya homemade la...hope sofiya cantik la pakai baju ni..aku kalu bleh nak baju sofiya semua islamic, sopan santun, bukan pakai celuk je...kalau bleh tak nak la beli gaun takde lengan yang nampak ketiak tu...gambar kat atas tu pun semua dr aunty haliza's fb..belum lagi dapat..tapi tak kisah, janji baju sofiya dah ada..itu la kan..dalam tak sedar sofiya dah ada baju nak dipakai waktu raya...baju kurung? sepasang je..sofiya kan budak lagi, tak perlu la baju kurung banyak2 ni...baru 10 bulan, bukan bleh jalan lagi pun...so lepas ni kalau tak shopping baju sofiya untuk raya pun takpe kan..dah ada pun...

bercakap pasal syawal, mesti ada yang tak sabar nak beraya, 1st beraya dgn anak yang dah besar skit, anak yang pandai berjalan..tapi kenapa jarang org yang menanti kedatangan ramadhan? takut sangat org nak menghadapi ramadhan..yer..sbb bulan ramadhan kena puasa selama 30 hari...30 hari tak makan di siang hari macam satu masalah kan..sebab selama ni kalau tak bulan puasa, kejenya asyik makan je..nak puasa sunat tu payah sikit..maklum la, nafsu dah berjaya menguasai diri..

so apa kata ramadhan kali ni kite jadikan ramadhan yang terbaik..sbb kite tak tahu kite akan jupe ramadhan itu lagi atau tak..tapi skrg bukan bulan ramdhan lagi..ini sebagai persediaan..lagi 9 hari nak berpuasa..insyaAllah..tanam azam cepat2..tanam apa yang kite mahu tingkatkan...antara amalan yang boleh ditingkatkan :-

i - andainya tak pernah solat malam, cuba solat malam walaupun hakikatnya mmg susah, banyakkan solat sunat
ii - tadarus al-quran walaupun hakikatnya nak mengaji sehari satu muka pun susah - kalau bleh cuba khatam 30 juzuk
iii - sedekah - bulan puasa mmg ramai yang akan bersedekah..so jadikan sebahagian dari org itu. kat sini, bila masa time puasa, bleh buat lebih2, bagi kat jiran
iv - jangan lupe solat terawih - usaha juga walaupun ada anak, yang suami sila rajin2kan diri ke masjid atau surau..biar kenal jiran2
v - cuba banyakkan menuntut ilmu dgn membaca bahan ilmiah dan juga pi kelas2 agama
vi - iktikaf di masjid terutama 10 malam terakhir ni sesuai untuk lelaki
vii - jangan asyik sibuk buat biskut raya je..manfaatkan bulan ramadhan sepenuhnya..baca mathurat
viii - berahklak mulia - beradap sopan dgn suami, anak2, adik beradik, ibu ayah, pak cik mak cik, jangan mulut dr bercakap benda sia2.

itu je yang mampu disenaraikan..semoga aku bleh list senarai ni kat peti ais, sekurang2nya aku bleh perbaiki apa yang perlu..dan moga ramdhan kali ini adalah yang terbaik dr tahun2 sudah..ameen..

Wednesday, July 20, 2011

cita-cita

agak lama tak menulis di blog kesayanganku..mesti gara2 sibuk buat research...kononnya la tu...tapi masa mmg mencemburui aku..asyik aku yang terkejar masa..seolah2 masa mmg tak pernah cukup..tapi bila renung, apa yang aku buat dalam 24 jam sehari tu..berapa banyak aku ingat Allah?? arghh terkena lagi aku...apapun aku sentiasa mengharapkan hari2 esok lebih baik dr hari ni dan hari ni lebih baik hari semalam..


tetiba bila blog puan dayu, teringin sangat nak menulis tajuk cita-cita ni...apa cita-cita korang? adakah sama keje korg dgn cita2..ya puan dayu merupakan jurutera di jabatan kerja raya..aku jeles sama dia, sbb aku tak pernah jadi engineer walaupun aku lulusan engineer..sbb itu cita-cita aku..apakan daya, time interview post engineer tak nak pi, alasan sbb tempat tu jauh.:-)


kat sini nak citer2 la..apa cita2 aku masih kecik dulu..ya masa aku sekolah rendah tu aku dah faham apa itu cita2..bila time tu semua org akan ckp bila besar mahu jadi doktor..engineer mmg jarang jawapan yang didengar..yes..jawapan doktor juga pernah keluar dr bibir mungil aku ni bila ditanya tentang cita2...tapi masih aku ingat, bila tulis dlm buku biodata masa darjah enam, sure aku tulis cita-cita aku guru atau lecturer...


then bila aku berpeluang menunaikan haji tika usia 16 tahun, tetiba impian nak jadi doktor muncul kembali..maklum la masa tu, nenek asyik sakit je...masuk hospital kat mekah..kat arafah pun nenek sakit..so dlm melihat nenek dirawat, aku kagum sangat keje doktor tu...sbb tu beria-ia nak jadi doktor...tapi maybe tak doa kot..maka bila balik malaysia, dok kelas bio asyik ngantuk giler..maklum la yang ajar cikgu cina, pn choo..bukan salah cikgu la..aku dulu, bio dok dlm lab...sapu la air kat mata, tetap tak jalan..mengantuk yang amat..maka dengan ini aku buat kesimpulan..arghh tak leh jadi doktor ni...


so bila nak spm, aku masih mencari arah, apa aku nak buat ni kan..memandangkan kawan2 ayah ramai engineer...petronas lak tu..ye la sape keje petronas zaman 1998 tu mmg kagum la..kalau engineer petronas tu semua graduate oversea...tu buat aku semngat nak amik engineer...so aku tanam cita2 nak jadi engineer hingga la spm kuar..bila nak isi upu..sure aku isi pasal kejuruteraan...medical??arghh terkubur even result bio aku agak ok...


so bila bertungkus lumus belajar engineering 6 tahun, 2 tahun di matrik uia dan 4 tahun di main kampus...maka akhirnya aku berjaya dapat scroll...sekarang ni pun sambung master dlm engineering...sungguh sayang aku pada bidang kejuruteraan...cuma aku tak berpeluang nak jadi engineer..nasib praktikal tempat kejuruteraan..boleh la belajar sikit2 kan...dr aku grad, keje aku mmg mengajar...dr budak tadika sampai budak poli..semua aku ada...agaknya Allah makbulkan doakan aku nak jadi pengajar atau org putih cakap ialah lecturer..so after aku abis master pun, aku sure akan jadi lecturer juga..sbb ada bond...itu la sejarah cita2 aku...


sebenarnya masa umur 4 bulan dlm kandungan ibu, Allah dah tugaskan malaikat tuliskan tentang hidup, mati, rezeki dan juga jodoh.. bila tengok ayat tu balik, segala perjalanan hidup ini mmg ketentuan Allah. kita ini yang perlu berusaha..


bila cakap pasal cita-cita dunia, maka apa cita-cita akhirat nanti???..kerana kehidupan yang kekal adalah akhirat sana..di sana hanya 2 pilihan sahaja..syurga atau neraka..tidak ada lagi jurutera, doktor, pensyarah..yang ada hanya tempat balasan apa yang dibuat kat dunia..andainya kite pilih dunia, maka kita akan hanya mendapat dunia..tapi bila kita yakin bahawa kehidupan akhirat lebih indah dari kehidupan dunia, maka kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita yang terbaik..tapi sayang, kehidupan di akhirat tu adalah benda ghaib, yang sukar digambarkan dengan akal fikiran..sbb tu kita asyik keja dunia je..kite sentiasa tak puas apa yang kite dapat...contohnya perempuan ni, even lawa atau cantik mst rasa tak cantik lagi, yang gemuk berusaha untuk kurus..bila gemuk, pakaiannya sentiasa longgar, bila dah kurus..mulalah tunjuk body sana sini..ni boleh tengok dr iklan2 slimming world tu..bila rasa diri tak cantik, mulalah tanam itu ini kat muka..pakai susuk..sedangkan umur 60 tahun still nampak 30-an..operate sana sini..tapi cuba kita cantikkan diri dengan apa yang disuruh Allah, pasti kite akan sentiasa diri cantik, muka sentiasa berseri kan..


okey la..ini sahaja penulisan untuk hari ni..sbb sofiya dah mengamuk..so stop here..semoga aku kena lebih tekun mengejar cita-cita untuk masuk syurga Allah..buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang..jadikan kehidupan Rasulullah sebagai pedoman dalam kehidupan kita ini..