Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Sunday, July 3, 2011

kenduri kahwin lagi


alhamdulillah, hujung minggu ni sudah berakhir..dan tercatat sejarah aku tak ke mana2..bosan? jawapan yang pasti yer..aku hanya menghabiskan masa si rumah mertua..dn hari ni adalah hari perkhawinan best student masa zaman aku convocation..tahniah Pn Illi dan Encik Yusof..rupe2 aku kenal husbandnyer tu..mungkin tak kenal secara dekat tp pernah ku dengar namanya dan juga pernah melihatnya..tp aku dah lupe di mana..tp rasanya masa matrik dulu...tp sayang, aku tak dapat memenuhi undangan kerana si daughter tdo dengan nyenyaknya..tak sampai hati nak kejutkan dia..semoga perkahwinan mereka berdua diberkati Allah dan dikurniakan anak yang ramai..tak lama Illi bakal dpt gelaran Dr.. maklum lah dalam usia 28 tahun sudah pun memiliki scroll PhD..tahniah yer Illi..





entry kali nak citer aku pi kenduri kahwin malam tadi..kenduri ni jemputan untuk my mil..ada bau2 bacang dengan ayah si pengantin..aku bertolak dr klang 6 lbh sampai kl dlm 7 lebih..ingtkan nak solat kat masjid kg baru..tp kawasan tak memuaskan maka kami pun solat kat balai felda...kerana majlis kahwin tu dilaksanakan di dewan kayangan merak, wisma felda, jalan semarak kuala lumpur..


alhamdulillah kami sampai on time kat majlis tersebut..pada asalnya masa nak masuk tu, hanya 2 saje dibenarkan masuk..malangnya kami dtg 5 org..dlm kad undangan takde lak kata kena hadir 2 org..apapun kami masuk dan duduk meja 41..biasa la kenduri org kaya..mmg camni..banyak protokol..huhuhu..hidup yang penuh protokol mmg membosankan...hahaha..kenapa la bila aku kahwin dengan cik suami, selalu je jemputan dgn org2 kenamaan..maka bila ada org kenamaan, maka penuh la proktokol..


bayangkan tulis dlm kad, pengantin tiba jam 8.30 mlm tapi sampai 9.15 malam..aduisss...perut sudah lapar..tapi apa daya, kerana protokol, maka kami terpaksa mengikut flow2nya..biasa la kalau org kahwin sekarang..kena berarak, bacaan doa..selawat..dan la dah banyak majlis skrg nak buat waktu malam..konon2 dinner la..tuan rumah ni tak fikir ke kalau yang ada anak kecik..ingatkan majlis kahwin bleh la mengeratkan hubungan silatulrahim...ntah la zaman sekarang semua majlis nak gah je..kalau tak gah, sure diperkatakan org...tension aku majlis2 camni..hahaha..maklum la majlis aku tak pernah berprotokol dan takde berarak masuk dewan, tepung tawar dn sebagainya...


dah la semalam sofiya asyik takleh dok diam, nak membuas je. nak capai itu ini..nasib la aku ni mahir lahir nak control sofiya ni...tak tahu kenape dia tak behave..agaknya dia tak berapa suke menghadiri majlis yang macam ni kot..maklum la kalau majlis kahwin, kalau ada nyanyi bagai ni, mst majlis yang lagha kan..kalau majlis yang mengagungkan Allah, sure selawat punyer...ni tak....opss tak nak la komen banyak..cuma kadang2 kena tanya hati kenape bila kahwin kena habiskan duit yang banyak..dalam sehari je, org sanggup untuk habiskan 20 ribu ke atas semata2 untuk satu perkahwinan yang gah..adoiiii...zaman sekarang, nak gah..mmg kena habiskan berpuluh2 ribu..kalau perkahwinan artis lagi la...dunia oh dunia..dunia akhir zaman..sedangkan perkahwinan yang diberkati Allah ialah perkahwinan yang tidak menunjuk2..dan dibuat secara sederhana...


Jom layan gambar lagi




Friday, July 1, 2011

gadjet baru


ini dia...
sebelum aku nak citer
apa kata aku tepet dulu gambar sofiya
alhamdulillah, lagi 6 hari sofiya bakal 10 bulan
kejap je masa berlalu..rasa macam baru je pregnant kan dia
tengok2 dah besar anak ibu

alhamdulillah
selama 10 bulan ni
dia belum pernah demam
tapi 
setakat hari ni dia belum ada gigi
walaupun selalu gak digigit masa menyusu
maklum la gusi dia kuat
dia tak pandai merangkak
agaknya dia skip kot
terus berjalan
sbb dia sekarang suke sangat memanjat
dan paling terbaru dia
memang manja dengan ibu..
asal ibu kat laptop
datng la bergesel2...

okey
skrg tengok gambar bawah lak






dengan rasminya
1 july aku dh beli dslr nikon
ingat nak angkat canon
tapi mana2 je aku rasa aku
maklum lah 
suami asyik jeles je..
selagi tak dapat benda tu
asyik2 buka mudah.my
semalam balik umah terus2 citer 
pasal dslr
maka aku berjaya angkat ni..
ini adalah harta kami berdua..
lepas ni nak angkat apa pula yer..
maklum la nafsu melebihi akal
alhamdulillah
itu semua ketetapan Allah
Allah yang memberi peluang
untuk aku memilikinya
kalau bukan izin Dia
pasti tak dapat..
aku beli dkt Plaza Pudu
wow! kawasan org2 cina
dah dapat barang tu..terus pulang
takde la nak shopping bagai
seriau la kawasan tu...
harga??
biar la rahsia...

lama tak update blog`

dh nak masuk bulan 7 esok kan!tapi entry bulan 6..ya Allah..ciputnyer..macam kekeringan idea nak menulis..:-)
actually mmg banyak benda nak diabadikan dlm blog yang tak seberapa ni..tp keadaan tak mengizinkan..bz dengan result research..nak analysis la..kenapa jadi camtu dn kenapa jadi macam ni..sampai terabai my blog..takpe la..selagi diizin Allah, maka tangan ini laju untuk menaip..insyaAllah..

actually hari ni aku bersiaran di rumah..nak citer la last sunday, my sony rosak..huhuhu, maka aku selongkar la kot2 ada koleksi hs yang lama yang masih bleh pakai..huhuhu..alhamdulillah..jupe L7 yang aku beli dgn duit praktikal aku..so far beli tahun 2006 sedangkan sony tu tahun 2008..nak ckp pasal sony tu..dia rosak satu per satu..bermula speaker tak leh dgr..kena loud speaker sehingga keypad lak yang rosak sehingga tak mampu selamat no2 kawan2ku yang lama..even no mak aku pun aku tak ingat..nasib no ayah aku ingat, maklum la aku pakai phone dulu adalah no ayah...so lepas ni kalau aku nak angkat hs baru sure yang cikai2 je..tak nak la yang slide ni..mudah rosak..baru pakai 2 tahun setengah nak hancurssss...stop talking pasal hs..

skrg nak citer pasal diri aku, tetiba aku selesema smlm..hingga berlarutan hari ni..esok tak tahu la camner..dh lah SV nak jupe esok..tapi result nak paparkan kat SV esok belum ada sepenuhnya..macam mana nak buat kalau asyik nak berhingus je...

Friday, June 24, 2011

Taat pada suami

Memandangkan hari ni hari jumaaat, apa kata aku kasi korg idea apakah yang dikatakan taat kepada suami sepnuhnya. Jelas sekali isteri wajib taat pada suami. kalau ikut kefahaman, taat ni adalah tunduk dan patuh. kalau suami cakap A, maka isteri patuh pada A. 
Dan seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.
Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

kalau kita tidak taat pada suami, kite dikatakan nusyuz. apakah yang dikatakan nusyuz? jawapannya adalah derhaka pada suami. setelah kite berkahwin, maka tanggungjawab isteri adalah di tangan suami, bukan lagi pada ayah si isteri. sebab itu kite kena taat pada kehendak suami. taat pada suami ni banyak. kena patuh pada percakapan dan suruhan selagi ia tidak bertentangan syarak. kalau suami minta menutup aurat, maka perlu la menutup aurat tanpa bangkangan. 
Namun persoalannya, kenapa zaman skrg sukar isteri mahu patuh atau taat pada suami? kerana terlalu mengikut budaya barat? Untuk menjadikan diri sebagai isteri yang terbaik di sisi suami, kepatuhan pada setiap arahan suami amat penting, cuma kadang2 kite sendiri pun rasa adakah kite ni cukup patuh pada setiap arahannya. Apabila kita mengkhianati suami kita, kita dikategorikan sebagai menderhaka kepada suami atau lebih dikenali dengan istilah nusyuz.

Firman Allah bermaksud: 




“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” 
(Surah an-nisa’, ayat 33)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh.” 
Maka dengan ini, walau penat macam mana pun kita kena patuh pada arahan suami. Kerana nak masuk syurga Allah perlu mendapat keredhaan suami. Andainya tiada keredhaan suami maka hancur lah harapan kita nak masuk syurga walau hakikatnya kite beramal, buat ibadat siang malam.
So sebagai kesimpulan, selagi tak melanggar syarak, maka kita wajib taat pada suami.