Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, April 22, 2011

hope my dream come true

our dream

mata dah ngantuk
tp nak gak update
malam2 camni nak gak coretkan
pasal picture above
actually dh lama letak gambar ni kat blog
tp cam nak buang je
tp syg
so b4 nak remove
baik aku tulis dlm post kan
so bila tgk picture above
apa korang pk?? wah macam ramai la yang baca blog aku

gambar tu 
adalah aku lukis
guna paint
dedicated kat my cik hubby
masa tu tahun 2007
sempena anniversary percintaan kami
yang ke-6 tahun

aku lakarkan impian dalam lukisan
maaf lah gambar tu tak tutp aurat
itu impian my hubby
maka aku jadikan my dream too

my hubby mahukan
5 anak
1st n 2nd child -boys 
tapi in reality 1st adalah girl..my cutiey sofiya
third and last bongsu baru girl
siap ada panggilan utk anak2 gitu
cuma
panggilan untuk hubby adalah ayah
untuk aku ibu
kenapa??
sbb untuk kekalkan kemelayuan kami
takkan ummi, tak nak abi
sbb kami bukan org arab
tapi org melayu
bangga dgn setiap perciptaan Allah

so hope our dream come true
just tinggal lagi 4 org
actaully, 
anak 1st ngan anak 2nd takde gap
setahun..tapi
nampaknya kena tangguh dulu
maklum la
tengah study lagi
tunggu abis master
dan berkhidmat ngan uitm shah alam  
(hope dpt uitm shah alam)
baru pk anak lagi
stop production
mahu manjakan SOFIYA YASMIN dulu

ni dia sofiya yang chumel bagiku


malas nak upload gambar..cam buruk je kan..takpe tepet je selagi boleh


Thursday, April 21, 2011

semudah 1,2,3


sambil tgk citer SAHARA update blog. kali ni nak share sarapan pagi atau minum petang semudah 1,2,3. janji semua barang ada.

jom tengok lanakah2nya

STEP 1: celup roti gardenia dlm telur yang sudah dipukul + garam




step 2. Salut roti tadi dgn bread crumbs



step 3: goreng. better guna olive oil..nak sihat kan!!!




step 4: letak burger atau daging seperti kat bawah




step 5: letak cheese


step 6: kapitkan dgn roti lagi satu..makna 2 org mst goreng 4 keping roti




step 7: potong segi tiga..biar berseni skit



step 8: akhirnya jadi camni..boleh dibawa bekal ke uia atau office

kisah pagi tadi

sudah hari khamis, so fast time is running..rasa macam dah tak terkejar kan!nasib pi uia hari2..kalau dok umah, mmg cpt sgt masa ni berlalu, dgn xtvt as wife and mom.


si manja ibu..miss you

b4 running the experiment today, why not aku write something for today. actually nak write skit pasal perkembangan sofiya. today, she almost 7 months and 2 weeks, so another 2 weeks she become 8 months..masih terbayang2 sofiya masa pantang dulu, tapi sudah membesar di depan mata aku ini.

alhamdulillah, setakat ni sofiya belum diuji dgn sakit atau demam..kuatkan sofiya!!! macam ibunya juga..ibunya pun jarang kena demam..antibodi kuat, tapi tak nak la riak..nnt diuji Allah dgn penyakit yang teruk, baru padan muka..nak citer la skit, hari ni sofiya bangun dulu pada aku..selalunya aku time jam kul 5 pagi, tp jam 5.20 baru betul2 sedar, tp aku smbung tdo sbb aku btul2 akan bangun pada pukul 5.50 pagi..

tetiba dalam keadaan mamai, aku dgn ada bunyi2 macam plastik bergerak..pelik gak..sbb sblm ni tak de....tup2 aku tgk sofiya dah ada kat meja laptop aku, dia start main mouse laptop..sofiya ni pantang tgk benda bertali atau ader wayar, mula la menarik perhatian dia..diam je dia bangun..terus2 mengengsot mencari benda yang menarik perhatian dia tu..

tapi bila dah nampak aku, apa lagi makin laju mengengsot mencari aku..mst dia tak nampak aku tu, maklum la aku tdo kat bawah skit, gara2 jam hs berbunyi, tu dia pi main mouse tu..dah nampak aku terus wat aksi manja..mahu nenen..so aku nenenkan sebentar menanti azan subuh berkumandang..bagus btul sofiya, skit tak cry..bleh main..nasib tdo kat bawah..means tdo atas toto..kalau tdo atas katil, sure jatuh kot..nauzubillah..sejak sofiya jatuh katil tempoh hari, sejak tu aku tdo atas toto, tu pun 2 kali tdo atas katil pasal merajuk punye pasal..hihihi..tp b4 terlupa masa sofiya balik umah uwan minggu lepas pun jatu katil gak..cry la jugak..huhuhu..gara-gara dh waktu subuh tp ibunya masih menidokan diri, akhirnya anak jadi mangsa..Allah nak bagi peringatan tu...tapi aku tak cakap la kat ibu, nnt tak pasal2 aku yang kena marah..mmg salah aku..masa tu aku mamai, nampak sofiya macam nak jatuh, tak sempat pegang, akhir bergolek ke lantai...sofiya..sofiya..sudah 4 kali kamu jatuh tau!!!

perkembangan sofiya yang terbaru, dah mula angkat punggung mahu merangkak, tp misi belum berjaya, maklum la tangan belum kuat lagi..tapi geli hati tgk dia angkat punggung, kadang2 suke dia lenyekkan muka di lantai sambil pusing kanan kiri-kanan kiri...actually tak sabar nak tunggu sofiya bleh jalan, bleh aku pakaikan gaun yang chomel2 yang ada kat blogshop and butik baby kat pasar raya..last week hari tu, aku jalan kat jj bukit tinggi, aku masukkan sofiya dlm baby carrier, murah je aku beli, kat jj masa sofiya 2 bulan, tp br skrg rasa selesa pakai baby carrier tu, nasib tak bli baby carry yang lain yang banyak kat blogshop, yang mahal skit sbb pakai yang murah tu masa kecik tak dpt mengimbangi badan sepenuhnya .. bla dah besar skit kot baru selesa sampai tertido la sofiya kat dalam tu..so sampai kata barang yang murah tak berkualiti?? 


belum ada sofa sendiri, dok atas ni jadilah

skrg stroller dah tak berapa nak guna, sbb keter kecil, nak bawa banyak barang sure tak muat..huhu..tunggu duit banyak skit..bleh pakai keter baru skit macam honda city ke, toyota vios ke, takpn naza forte...hehehe..berangan nak pakai keter camtu, nnt bulanan, servis, road tax and insurans pun mahal..so bila nak beli keter baru kena banyak pkr..apapun dptkan umah 1st..baru beli keter yang ke-2..ni tak sabar2 nak abiskan master...doakan ibu yer sofiya...

walaupun sofiya dah 7 bulan 2 weeks tapi sofiya still tak menentu waktu makannya..menu utama still menyusu susu ibu walaupun susu ibunya dikategorikan pump hari ni untuk esok..tapi syukur la kan..alhamdulillah..masih dikurniakan susu..kalau stok dlm peti tu, mmg untuk guna sebulan je...tak de la expired kan susu aku..apapun nak ckp syukur juga krn Allah tak meriahkan susu aku ni. tak perlu lah bengkak  breast, tak perlu bangun2 tdo tgk baju basah..sbb Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik untuk si cilik aku tu..kalau ckp bab makan, rasanya tak perlu sgt kot mengikut apa yang ada dalam internet ni, maksud aku bukan tolak mentah2 tapi tak perlu la ikut 100 %..makanan baby tak perlu garam, gula ..ya, itu mmg kemestian, kalau aku masak bubur sofiya, mmg takkan letak gula atau garam..tp maksud aku, biasakan baby dgn makanan yang berkhasiat..yang hairannya, bila masa baby, semua dijaga, makan itu ini tak perlu..tapi bila dah besar skit, junk food tu bleh lak kasi kat anak-anak..padahal junk food tu la yang tak leh kasi..banyak gula dan garamnya..wallahualam...so peringatan kpd diri ini, jangan bila kecik je nak jage makan minum si anak, tp dah besar tak kisah anak nak makan apa..seelok2nya pantau la makanan anak2..dah besar jangan dedahkan dgn junk food.

cakap pasal junk food, aku pun ada kisah macam mana mak ayah aku tak ajar aku makan junk food..tp lain kali aku citer..stop dulu..nak wat research ni...

Wednesday, April 20, 2011

Wanita pertama masuk syurga sebelem anak Rasulullah s.a.w

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda,


 “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.



Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.


Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.


Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.


Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.


Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.


Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.



Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.


Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.


Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.


Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda 
maksudkan itu”.

 

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
——————————————–
Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.
Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.


Renung-renungkahlah wahai kawan-kawan.


Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan