Followers
Mutiara Kata
Wednesday, September 30, 2009
citer yang perlu dishare
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.
Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah.
Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd
“ Apa benda nih ” detik hati Nabil. “ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.
“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
' Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.
' Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'. 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' May Allah bestow this favour on all of us.
Monday, September 28, 2009
new task that i got
but in evening kena tunggu kul 4 ptg..
when read blog aziyana...budak2 poli sem 1 still bercuti..same with my brother
cuti gak...but student sem 1 in psmza..kena masuk semula same with the senoir-senoir mereka.
okey..nak citer yang baju nikah ku dah siap ditempah..tapi belum siap dijahit...huhuhu
ntah bila nak siap yer..just 55 days i will be a wife to my fiance
okey..sambil tempah baju nikah..siap tempah tirai...memang dalam kepala tak nak pelamin..setakat tirai ambil gambar2 je..lagipun kos sewa tak mahal mana..180 ringgit..
kedai tu tak kat umah je..sebelah surau pas..rupa2nya tauke tu wife kepada ustaz wan hasan, adun sura...selain sewa tirai sewa par sekali ..sewa 1.50 tambah alas 1.50 maka 3 ringgit..9 par kali 3 ringgit maka 27 ringgit je...wow memang kahwin budget..alhamdulillah
ni nak bagi tahu gak, i got a new task..aku kena translate..kononnya aku pandai bi..tapi takpe..percubaan..bila lagi nak tunjuk bakat...apapuh..congrate to myself..mudah2an aku mampu buat kerja yang diamanahkan...
test 1
dah pertengahan sem rupanyer..
aku kalau bgi test memang la banyak soalan..bukan aper..nak budak2 belajar
cara jwb exam..tp ader ke diaorg kata soalan susah..senang sgt..tukar2 dari soalan
assignment n quiz je...tp tak pe la..kepandaian seseorg tu berbezaokey..sebenarnya aku dalm cad lab..tu bleh online..kalau tak melangut la
aku..semalam aku dah buat list untuk diberi kad kahwin..baru staf poli..itu pun
yang sama jabatan...so dalam pada tu..aku terfikir apa la nak kasi lagi for my door gift...hari tu mak cakap nak kasi buku..ntah dapat ntah tidak...so dalam pada tu aku buka balik blog akamika..rasa nak order mini mug
pulak..kalau dalam seratus...harga sebiji 2.50 darab dengan seratus baru 250
ringgit...pada dalam tu..aku juga tengok ole2..ingat nak tempat papaer bag yang
60 sen tu kalau seribu..cantik la..![]()
mini mug oleh akamika dan beg yang kertas ole2
pening-pening..kena istikarah ni...dalam pada tu aku punya budjet still ader
2000 ribu..ntah aper nak beli yer.... aku tak buat pinjaman peribadi..wang hantaran pun
takde..tp okey kot kalau aku tempah kot..nanti dapat mas kahwin...so berbaloi
kot...mak aku ajak pi kamdar..ada sale..tamat 3o sept..tinggal lagi 2 hari
la....kena cepat2 ni..langsir belum jahit..ingat langsir bilik nak jahit
sendiri...tak pandai pun belajar la...
Saturday, September 26, 2009
start to work
- based on the title...i know what should i do tomorrow..
- actually. tomorrow my class will be begin again..i don't know what must i teach tomorrow
- because my note at office. saje tak nak buat balik because i know the reason..
- so now, terkial2 what should i teach to them..but i will give the test to my student..
- actually, 2 days i'm at home..but dunno la if today i will go to kemaman..jalan2 cari duit raya..should i got 'duit raya'??
- okey, i just to story about my life..actually, rasa macam bingung skrg..ye la my wedding day juz 57 days..cuanyer..because semua persiapan belum buat..always ada kekangan..
- nak berhenti kerja surat tak buat lagi....tapi takpe la..doa pada Allah untuk memudahkan segalanya..
- my washing machine still rosak..nak tak nak semalam dah pi dobi layan diri..7 kg for 4 ringgit..so 3 times basuh..so the total is 12 ringgit..back from dobi, jemur lagi..then petang angkat..lipat..wah!!!macam housewife pulak..nanti pun akan jadi housewife..suami bukan tahu baut kerja kalau tak disuruh..walaupun tugas perempuan ni hanya sebagai pelayan kpd suami bukan buat kerja2 rumah but kasihkan kpd suami..dengan rela hati pi buat kan..itu la perempuan..hati yang lembut.
- okey, baju nikah tak tempah lagi...hari tu nak pakai jubah chiffon..tp malu...jarang sangat..nanti aku tak pakai masa nikah..so i must do the new one for my nikah..so kalau tak ke mana2 hari ni nak tempah..mudah-mudahan Allah permudahkan...insyaAllah..
- skrg tgh cari hantaran paling best..survey and survey...i got and idea...okey..stop dulu...
