oh oh..dah kul 12 lebih..cepat btul masa berjalan ni...banyak kerje tertangguh..lebih2 lagi system wireless kat uia sejak 2-3 minggu ni lembab..kat sini ada satu tazkirah yang boleh dishare bersama
" Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini." - credit by Zaharuddin.net
Tertarik dengan quote from Dr Zaharuddin..ya, sekarang menjadi trend anak-anak muda yang ingin berkahwin akan buat pre wedding la, pre engagement la..sehingga lupa apa yang disaran oleh agama. org kita suka ikut adat hingga abaikan agama..masyaAllah..ada yang cakap sekali seumur hidup..who knows kita akan kahwin sekali seumur hidup? itukan perancangan Allah..andainya suami meninggal dunia, maybe si isteri berhajat mahu kahwin lagi..begitu juga dengan lelaki..ditakdirkan si isteri meninggal dahulu, maka si suami akan kahwin lain...
kebanyakkan lelaki yang kematian isteri pasti akan cari pengganti untuk membantu dia dlm pengurusan kehidupan, dalam mendidik anak-anak, menjaga makan pakai itu dan sewaktunya...opsss..sudah lari tajuk penulisan aku ini..
ya.. aku bersyukur krn Allah memberi rasa malu yang menebal dalam diri ini..nak buat aksi yang diarahkan oleh photographer, masyaAllah malunya....kalau nak citerkan kisah perkahwinan aku yang hampir 3 tahun, mmg takde pun aku hired photographer profesional...ntah, tak terfikir langsung, kalau pelamin pun terus terang cakap takde, cuma yang ada mini pelamin je, tu pun just to show itu adalah hari pernikahanku...cuma side suami ada la photographer..bila tengok album tu semula..masyaAllah, malunya aku dengan Allah..kat belah umah suami tu mmg takde jugak pelamin, cuma photographer tu set sekali dgn catering..kononnya nak buat outdoor la..last2 outdoor tepi umah je..argh..aku sudah penat..tak perlu nak bergambar bagai2 ni...cukup la gambar2 kahwin tu hanya koleksi peribadi...lagipun berdosa kan tayang aksi manja depan org especially bukan mahram kita...nnt macam2 org komen..pastu timbul lak rasa riak..wallahualam...
sebab tu kan bagus kalau yang gambar kahwin tu dari kalangan saudara kita..ini hired ntah mana-mana photographer..then dia buat itu ini kat gambar kita..aku punyer hari tu mmg siap cakap kat photographer, jangan papar gambar kami...alhamdulillah, setakat ni takde la gambar2 dipamerkan...
dalam mencari keredhaan Allah, punca rezeki itu juga perlu tahu halal ke tidak...kekadang org tak faham. itu yang susah...sama juga semalam, tertengok 'money drop'..rezeki pak cik dan anaknya dpt 240 ribu..tapi hari tu ada org ckp 'money drop' ni haram, sbb permainan macam judi kan! ye la, mempertaruhkan jawapan dengan duit..tp ada yang mempertikaikan dengan menjawab exam yang multiple choice tu...oh, adakah bila jawab exam kita mempertaruhkan duit??? oh tidak....tapi smlm bila AC Mizal tanya nak buat apa dgn duit tu, pak cik tu cakap dia fikir zakat dulu...mmg bagus jawapan tu..cuma aku tanya husband, kalau benda tu haram, tapi bayar zakat, halal ke? ohh macam mengharamkan yang halal..sudah tentu tidak...takpe la tak nak komen banyak pasal 'money drop' sbb kan cakap lebih2 ada lak yang terasa ngan statement aku..cuma bagi aku 'money drop' haram...fullstop.
kalau kat dunia ni, nak cakap pekerjaan yang haram ni rasanya banyak kot...cuma kita yang ada akal kena la fikir, sama ada setiap pekerjaan itu halal dan diredhai Allah atau tidak..Allah dah kurniakan akal, maka guna la sebaik-baiknya...jangan kerana nak keuntungan kita sanggup terlibat sama dalam melakukan dosa..Ya, hidup di dunia hanya sekali..kemudian akan dimatikan dan dibangkitkan semula di akhirat...takkan bila di akhirat sana baru nak menyesal atas perbuatan yang dibuat selama ini...apapun pekerjaan di dunia ini, seeloknya adakah cara yang kita laksanakan seperti yang dianjurkan oleh Islam...termasuk pekerjaan dalam berpakaian, menuntut ilmu, makan dan minum dan sebagainya...
sebagai kata terakhir, setiap manusia yang dijadikan Allah adalah khalifah. Ingatlah aurat kita hak Allah..Allah tidak menyuruh hambanya memakai tudung tapi menutup aurat..semoga kita sentiasa menjaga aurat supaya tiada pun seinci kulit kita terbakar kerana tidak menutup aurat di akhirat kelak...semoga kita sentiasa diredhai Allah swt.
2 comments:
setuju!
bahaya jugak jd op ni kan..lg pulak mane kite blh wt syarat pd pengntin wajib pakai tudung time amik gmbr..huhuhu
itu la yana, rasanya kalau nak ambil gambar kahwin ni, hanya family juga yang afdalnya kan!
Post a Comment