Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, October 9, 2012

sakit kepala bila berfikir itu ini

assalamualaikum

hari selasa bersamaan 091012..oh oh..besok 101012 adalah birthday my lovely sister and brother..iyer..mmg ada adik kembar tarikh lahir tapi tahun berbeza..happy birthday both of you..moga2 bertambah usia maka bertambahlah bekalan ke sana..jangan kurang sudah..

today nak citer skit la perasan bila bertambah ahli keluarga baru ni..oh ya, my sil baru je berkahwin, lebih kurang sebulan lebih kan...happy tu mmg la happy, adik ipar tu dah 28 tahun, selagi tak kahwin mil bising la, ye la, risau ...emak mana yang tak risau kalau anak tak kahwin lagi...

cuma saya la kurang happy la skit tntg aurat sesama ipar-duai ni..ntah la, tak tahu nak tegur ke, nak ajar ke camner...kadang2 kita rasa ringan sangat aurat dengan ipar-duai..sedangkan aurat tetap sama macam aurat dengan bukan muhrim kita, wajib tutup semua anggota badan kecuali tapak tangan dan buka, ni bagi perempuan, kalau lelaki sure la dr pusat hingga perut..ni yang belajar agama pun ambil ringan tentang aurat..tak tahu la nak kata apa..

nak kata saya ni bagus, jauh sekali..tapi masih faham la dengan aurat yang mmg tertera dalam quran..

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 

Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” [Al Ahzab:59]. 

 “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [An Nur:31]. 

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

cuma sedih, bila mulut ini masih tidak mampu nak menegur, setakat berbicara dgn hati saja...nak masuk syurga, tapi tak nak masuk sorg2, nak masuk satu family, ada mak, ayah, mil, adik2, kakak, nenek, husband, tokki, sofiya, adik2 ipar, tapi kalau mereka buat sesuatu yang mungkar, tapi kita tak tegur, camner nak masuk syurga?? argh..stress kan!! it is no easy to enter Jannah Allah...dan Jannah Allah tu kan Allah punya, so Allah akan masukkan sesiapa je yang Dia mahu...

Alhamdulillah, kalau my family, InsyaAllah, masih adik-beradik aku jaga la penampilan la bila berdepan abg ipar ataupun keluar rumah, cuma bab stokin tu masih mereka tinggalkan...cuma ada sorg tu jenuh nasihat, masih tak menutup aurat dgn sempurna..tapi itu adik, bleh la tegur menegur, tapi kalau melibatkan family belah suami pula macam mana? arghh stress lagi...bila cakap permasalahan ini dkt suami boleh buat bergaduh...so boleh tak kasi alasan, tak perlu la la blk umah mil selalu, kan nampak benda mungkar, hati yang sakit, better dok umah bertiga je dgn suami dan sofiya...selesai masalah...oh jawapannya pasti tidak kan..saya kena berusaha cari jalan penyelesaian...

saya bukan nak mencari kesalahan org lain, tapi kalau bab menutup aurat, itu benda asas dalam kehidupan..susah sangat ke nak menutup aurat yang disyariatkan dalam al-quran..sebagai kesimpulan kan, ilmu tentang menutup aurat ni perlu la dipelajari sbb masih ramai yang tak menutup aurat sepenuhnya..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka supaya menutup aurat seperti yang disyariatkan dlm al-quran...

p/s: masih mencari jalan untuk melihat org sekelilingku menutup aurat dengan sempurna




No comments: