salam hari isnin
selamat pagi semua...apa khabar semua? harap masih dikurniakan kesihatan yang baik olehNya
Alhamdulillah masih bersiaran di lab uia lagi...minggu lepas dapat la jenguk lab selama 3 hari after cuti yang amat panjang..
Alhamdulillah, adikku sakinah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Tanah Merah Kelantan..Tahniah pada kalian, semoga rumah tangga kalian mendapat keberkatan daripada Allah swt. Untuk melancarkan perjalanan majlis tu, seminggu aku cuti di terengganu..walau seminggu, tapi rasa macam sekejap sangat...dalam sibuk bungkus door gift and packing paper bag, kepala ni asyik dok ingat research je..itu la perjalanan seorg master student yang buat research....
kalau nak citer pasal majlis tu, rasanya takde apa sangat..cuma bila lihat sepanjang perjalanan majlis tu dapat disimpulkan bahawa bila majlis ni dah pakai catering, hubungan dengan mak cik pak cik saudara dah tak serapat dulu, ye la, datang hanya sebagai jemputan...nak borak banyak, bercerita itu ini sudah tidak ada lagi...memang la mak cik pak cik makin di mamah usia, dah tak mampu nak masak bagai..better guna katering kan, tapi apa salahnya kalau ada kumpul sedara mara b4 majlis, hanya sembang2, bertanya khabar....nampaknya kena ada Family Day untuk kuatkan ikatan persaudaraan ni...
kemudian, majlis sambut menantu hari Isnin, terus kami balik ke KL kerana risau dengan research..tp kan best kalau berlama-lama di rumah mak ayah kan...seronok, macam syurga dunia tau!..so perjalanan pulang kami, kami lalu laluan Gua Musang-Cameron Highlands...tapi sayang, tak singgah pun..sadis tak? juz lalu je...dah la jammed, maklum la kami kurang arif bahawa ada pasar malam kat Brinchang sana tu...lagipun kul 7 baru sampai Cameron Highlands...takpe, ada rezeki boleh singgah dan jalan2 area kat Cameron Highland yang sungguh crowded tu...
itu la cuti-cuti kami sempena CNY 2012..walau takde apa yang menarik, tapi kami berjalan ke 4 negeri, Terengganu (of course la), Pahang, Kelantan dan juga Perak...harap-harap lepas abis master mahu berjalan sakan..insyaAllah..mahu cuti2 Malaysia, tapi dengan syarat kumpul duit dulu...tapi tahun ni dah ader booked flight..hope jadi la..harap-harap master abis la termasuk viva, baru best jalan kan!
melihat perkembangan research? opss nak citer la sikit perjalanan master a.k.a thesis ni...writing baru 4 chapter..tu pun rongak-rongak lagi..experiment masih berjalan...tak tahu nak coding camner..dah try banyak perkara ni...ni try coding lain pulak...hope dpt settle this week...
perkembangan sofiya: masih belum berdiri a.k.a masih belum berjalan..tapi makin lama she is so cute...pada mata aku as her mother....gambar sofiya? belum ditransfer lagi, tunggu laptop siap dibaiki..ntah bila dapat, wallahualam.
okey la stop dulu cerita merapu meraban..apapun jadikan hari ini lebih baik dari semalam..so sila buat research anda..masa mengejar anda..terlalu cepat....
No comments:
Post a Comment