assalamualaikum
hari sabtu lepas, aku berjaya khatam pertandingan video OSEM..apaitu osem..google je blog angle pakai gincu..maka kat sana anda tahu apa itu OSEM...
actually, masih bersiaran di klang, maklum lah cik husband exam kat uitm, maka port terbaik la klang ni..dan masuk 4 hari sofiya demam, 1st time dia sejak lahir..alhamdulillah, Allah masihkan sayang sofiya bila dia diuji dengan demam seperti kanak-kanak yang lain...
tetiba dalam fb aku, wardina safiyyah ada cerita tentang bestnya usrah..ya..BULATAN GEMBIRA..mmg best...
jom aku coretkan serba sedikit perjalanan tentang usrah aku...aku dilahirkan dalam suasana mak ayah yang ada fikrah, means mak ayah aku asalnya join usrah ABIM, tp bila balik terengganu, usrah ABIM ni macam chipsmore, kejap ada, kejap takde....so dalam mencari, mak ayah aku diperkenalkan usrah JIM. JIM stand for Jamaah Islah Malaysia yang masa tu di bawah kendalian Abu Urwah (skrg adun Hulu Klang -kalau tak silap)...
apa yang aku ingat, bila usrah ni, ada makan-makan..ye la usrah seminggu sekali, kat Paka, Dungun..best dapat makan2..aku just follow my mom, kawan mak masak sedap-sedap..itu yang best tentang usrah...kemudian berpindah ke Dungun, masa kat Dungun, aku jarang ikut dah besar la kan..lagipun start pindah sana masa umur 18 tahun...dah masuk matrikulasi...
masih aku ingat dengan usrah la, hidup kami boleh pergi mukhayam, ada qiammulail, ada jaulah, macam2 istilah yang ada...mmg seronok...masa tu kawan-kawan mak still mudah termasuk mak aku la..tp mak ni pangkat kakak, maka aku ni adalah yang paling berusia la di kalangan anak-anak kawan mak...
bila aku masuk matrik, mak mmg pesan cari la usrah...matrik uia mmg ada usrah dipanggil usrah juga tapi tak best seperti usrah mak-mak ni...walaupun mmg usrah mak-mak ni ada modul, cuma usrah kawalan uia ni tak best, skema sgt, dtg lewat je potong markah ke apa...usrah uia tu mmg wajib la..lagi mmg masuk dlm sukatan pendidikan uia...so dalam mencari usrah luar waktu wajib uia, aku jupa la dengan usrah WUFI (we unite for Islam)..ni usrah under PAS...arghh aku tak nak yang nie..aku nak under KARISMA, JIM..tp takpe, aku follow dulu...tp best juga usrah ni..tapi bila tahun ke-2 kat matrik, aku tak follow usrah hanya disebabkan usrah tu kena puasa..means after iftar jamaie..baru usrah...so aku segan la takkan tak puasa nak buka puasa sekali..tp itu la syaitan..akan menghasut benda yang baik....maka terkubur la perjalanan usrah semasa di pengajian universiti..kawan aku ada usrah tapi ABIM la...tp kat main campus, gombak masih ada usrah for 2 semester...
sehinggalah di akhir sem di uia gombak, aku usrah under khadijah...aku dpt usrah ni pun sbb anak mak cik azmi, hanisah yang ajak...alhamdulillah..rasa sangat ukhwah dalam berusrah ni...namun ujian masih melanda...aku gagal juga usrah kali disebabkan bila aku diberi tugasan, aku tidak menghadiri usrah kerana masalah peribadi yang sengaja dibuat...then untuk menghadiri usrah seterusnya aku malu..namun naqibah aku still memujuk aku..tp aku malu...maka syaitan berjaya sekali lagi menjadikan diri ini tidak usrah...huhuhu
ada lagi nak citer..tp panjang sangat pulak, nnt2 la aku citer pasal usrah bila aku dah habis pengajian di universiti...jom baca kisah usrah wardina click here
artis-artis/personaliti yang berusrah: wardina, irma, najla, catriana ross, (boleh tengok video OSEM mereke pada entry2 lepas)
Followers
Mutiara Kata
Tuesday, January 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AGAMA
baby
birthday
CORET-CORET
family
give away
Hari Raya
hobi
iklan
ilmu
islam
kahwin
kehidupan
keje
keluarga
kerja
KESIHATAN
langkawi
life
makanan
memori iium
Mu'adz
NASYID
negARA
nursery
palestine
pendidikan anak2
perkahwinan
politeknik
pregnant
projek
RESEPI
sahabat
sakinah
school
sofiya
solid food for baby
student
studnt
study
suami
susu ibu
tazkirah
uia
universiti
VACATION
video
WANITA
WEDDING
2 comments:
Bukan ke angel pakai gucci?
opss silap..angel pakai gucci..thanks atas pembetulan
Post a Comment