Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, January 30, 2012

10 kesilapan (kesalahan) isteri yang diambil mudah

suamiku kirim dr FB: 


Tiga kunci kebahagiaan suami: 
1- isteri yg taat pada suami. 
2- isteri solehah yg memberi ketenangan kepada suami ketika suami keluar rumah kerana isteri pandai menjaga kehormatannya.
3- isteri solehah yang jika dipandang membuat hati semakin sayang




dan di sini, ingin saya sharekan beberapa perkara yang boleh menjadikan wanita itu disifatkan derhaka kepada suaminya. 
Dirujuk seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

Pertamanya, menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk berjimak (bersetubuh) atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. Halangan isteri sama ada dengan perlakuannya mahupun kata-katanya. Perlakuan seperti menepis, mengelak dari disentuh oleh suami atau apa saja perlakuan sedangkan tiada alasan yang munasabah untuk isteri berbuat demikian. Ataupun jika dengan kata-kata seperti menghina, mengeji dan memburuk-burukkan suami.

Contoh seperti isteri berkata:
 "Tangan awak ni macam tangan monyet bila pegang saya. Atau "Bila awak sentuh saya, terasa digigit semut api sakit rasanya."

Firman Allah: 
"Isteri kamu adalah ladang kamu." Adalah harus dan halal perlakuan bersama di antara suami ke atas isteri dan begitu sebaliknya. Tiada hak tubuh badan suami atau isteri kecuali dalam hubungan suami isteri. Tidak halal kepada orang lain kecuali yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu dengan menghalalkan berjimak, maka wajib terhadap suami menafkahkan isterinya.

Kedua, perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada di rumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya.

Rasionalnya, suami yang prihatin dan faham, akan berasa dirinya diberi keutamaan dan perhatian oleh isterinya. Sudah pasti dia akan rasa dirinya dihargai. Tidak dibelakangkan oleh isterinya. Begitu jugalah jika mampu, suami akan memaklumkan dan mengkhabarkan kepada isterinya ke mana tujuan keluarnya.

Dijelaskan perbuatan ini dilakukan sekalipun suaminya berada di rumah adalah jelas, agar suami tidak akan mempersoalkan tindakan isterinya itu, apatah lagi jika suami tiada di rumah, maka lebih-lebihlah lagi keizinan suami diperlukan. Banyak hadith panduan dan kisah teladan dapat dirujuk bagi panduan dalam hal ini. Antaranya dikisahkan bagaimana taatnya seorang isteri tidak membelakangkan suaminya, sekalipun suaminya tiada di rumah, tetap akur dengan ketaatannya tidak keluar rumah sekalipun ayahnya meninggal, dan pelbagai lagi kisah lain sebagai teladan dan panduan isteri-isteri solehah.

Sebaliknya jika kebenaran juga diperlukan dalam tujuan keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain. Dibolehkan keluar untuk berlajar ilmu fardu ain jika suaminya tidak mampu mengajar. walhal suami sepatutnya faham dan pengetahuan dalam persoalan berkaitan isterinya. Suami perlu tahu antaranya berkaitan darah isteri, cara dan panduan beribadah isterinya kerana suami di sini wajib menunjuk ajar dan mendidik isterinya, maka memadailah hanya suami sahaja yang memberi pengetahuan ini kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak tahu dan tiada pengetahuan, suami tidak boleh menghalang isteri dari keluar untuk berlajar perkara tersebut. Maka isteri boleh keluar rumah dalam tujuan diatas.

Ketiga, isteri yang enggan berpindah bersama suaminya. Sifat engkar dan enggan adalah derhaka. Sedangkan hak ketaatan adalah kepada suaminya. Makan di mana sahaja ajakan suami, isteri tidak sewajarnya membantah, kecuali jika tujuan tersebut lebih buruk dari apa yang ada sekarang. Sikap enggan isteri ini ada kalanya betul dan boleh diterima.

Keempat, isteri mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

Kelima, memasam muka ketika berhadapan dengan suami. Oleh itu, janganlah isteri melakukan perkara ini yang boleh menyakiti hati suaminya.

Keenam, minta talak, walhal tiada masalah yang berlaku. Contohnya minta cerai kerana minat dengan lelaki lain. Maka dalam situasi ini, isteri sememangnya derhaka, malah islam dalam hal ini menggesa suami tidak menyimpan isteri yang berlakuan sebegini.

Ketujuh, berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

Kelapan, menyakiti hati suami sama ada dengan perkatan atau perbuatan.

Kesembilan, meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

Kesepuluh, membenarkan orang lain masuk kedalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. Terutamanya individu yang buruk perangainya atau akhlaknya. Larangan ini juga jelas terhadap membenarkan juga lelaki berada di rumah sedangkan suami tidak pula tahu.

Oleh itu, dengan adanya punca dan sebab yang seringkasnya di nyatakan diatas, perlulah dijauhi oleh para isteri. Agar tiada punca dapat dikaitkan dengan dirinya. Sentiasa mengabdikan diri, jiwa dan raga hanya untuk suami.

Sebagai panduan, jadikan pesanan Asma' binti Kharizah Fazariy kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya sebagai teladan kita, panduan untuk belayar di tengah lautan, katanya:

"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau di besarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu."


p/s: Sharing is Caring

3 comments:

deena awanis said...

moga kita dijauhkan dari sikap2 ini..=)

aziyana said...

nice sharing...
ustazah masa usrah cakap even kt opis nk g kuar makan pun kna inform suami

aThidEaN said...

thanks for sharing.