Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, October 27, 2011

kisah hari RABU

Assalamualaikum

hari ini hari khamis yang bersamaan 29 Zulkaedah 1432 Hijrah, maka tak lama lagi akan masuk bulan baru iaiatu bulan Zulhijjah. Dalam bulan Zulhijjah ada beberapa peristiwa penting dalam Islam, anataranya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s,  di mana bagindat telah mendapat arahan drpd Allah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedihkan bila anak kesayangan perlu disembelih..tetapi kerana arahan itu datangnya drpd Allah, maka ia wajib dilaksanakan dan sebagai seorg nabi, dengan penuh tawaduk dan Nabi Ibrahim melaksanakan arahan tersebut sehinggalah ia dijadikan ibadat korban pada hari ini. ibadat ini hanya dilaksanakan selama 4 hari dlm bulan Zulhijjah setiap tahun.hari2 tersebut adalah 10 Zulhijjah, 11,12,dan 13 Zulhijjah di mana ia dipanggil hari tasyrik.

okey, sekarang aku mahu imbas kisah semalam di mana semalam merupakan public holiday. memandangkan Allah mencipta pelbagai bangsa, kaum, maka pelbagai agama telah wujud, antaranya agama Hindu, oleh itu org India yang beragama Hindu telah selamat meraikan hari deepavali..actually aku tak tahu la bagaimana upacara perayaan tersebut..maka tak boleh la nak cerita detail pasal perayaan ni..salah fact kan kena hentam kromo pulak..


memandangkan cuti sehari je, maka kawan2 ku telah menganjurkan program "Gathering Laga-Laga Pipi Ukhwah Blogger' yang bertempat di Mines, Serdang...secara tepat lagi ia dianjurkan oleh Pn Mama Elly, di Critter Land, The Heritage Village,Mines...1st time aku jalan2 ke sana tau..banyak sangat shopping complex kat area Selangor ni, so rasanya kalau nak terjah semua mmg tak tercapai oleh akalnya..so bila ada gathering macam ni, boleh la jalan2 tempat yang tak pernah pergi kan!..apapun thanks to Mama Elly...

sebenarnya hati aku berbelah bagi nak pi ke tak..sbb the reason satu je, hadiah belum beli, padahal beria2 nak tukar hadiah, suggest la paling murah pun 10 ringgit, tapi kekangan masa, so tak sempat nak beli tu semua..tapi memandangkan mahu bagi sokongan, aku rasa tidak salah aku datang walaupun lewat, sekadar jupe kengkawan kan! dgn malunya aku berjaya join juga majlis tu..tu pun lewat sampai..majlis kul 10 start, tapi sayangnya 10.30 masih kat rumah, menguruskan sofiya..sofiya kalau tak diganggu tdo mmg kul 10-11 pagi baru bangun...lagipun adik2 aku dtg dr terengganu. so kena la layan dulu, kena sediakan sarapan dulu. tp mood semalam baik, aku masak nasi lemak tau!

dalam 10.40 macam tu baru bergegas bertolak, nasib la dr Pantai Dalam ke Serdang tak jauh mana, cuma nak cari Critter Land tu la bermasalah skit kan...tengok maps pun sepintas lalu..sampai2 kat sana, 1st aku nama Dayu anaknya Cha, kemudian diikuti Ana anak Dani mastu tengah tdo..ingatkan aku yang terlewat...hehehehe...sampai2 kat dalam tu dah ada Husna, mamanya Fashya, Ainul anaknya Aleessa, Naurah mamanya Ena, Eryna mamanya lupa nama (hihihi), Jue anaknya Alif, Imaan mamanya Fad, Kaisya mamanya Ann, Mika mamanya Na, Isya mamanya Elly..dan ada 2 aku tak kenal, hihihi...segan pulak nak tegur..teruk btul aku nak bertanya siapa empunye badan..rasanya itu je kot yang memeriahkan acara tu semua...

actually kalau nak pi sini, mesti dgn group. kalau dengan anak dan suami, mahunya bosan..tak berbaloi bayar 22 ringgit tetapi dok dalam 10 minit je...tapi kalau weekdays  mmg 15 ringgit..sape la yang ada masa nak bawa anak2 jalan weekdays kat tempat camtu, setakat taman tak berbayar boleh la kot...kat pukul 1 baru bergegas pulang, sbb hajatnya mahu shopping barang pasar kat chow kit..mmg akan ke pasar chow kit sebulan sekali..mmg itu stok sebulan....

tapi yang tak bestnya kat critter  land ni satu je, sofiya tak bleh berjalan, nak main gelongsor pun tak kesampaian, sofiya ni sejak 2 menjak ni kurang rajin nak turun katil sendiri, turun kerusi sendiri..selallu pantang letak, mst dgn lajunya turun, kena banyakkan doa supaya dia cepat berjalan..so masa kat critter land, nak tak nak mmg kena pantau dia la, lagipun kalau bab merangkak dia la yang paling laju...

habis shopping kat chow kit, aku bergegas simpan stok tu semua, terus mandi dan solat, sbb ada rancangan lain yang menunggu iaitu aktiviti mingguan aku..apa lagi kalau bukan usrah kan!kalau ni usrah ku target nak rehlah kat mont kiara tu, kawasan ttdi tu. tapi hujan, terpksa lah rehlah dalam masjid al-taqwa kat ttdi tu...kalau korg nak tahu, kawsan ni merupakan kawasan elit..masjid pun canggih, ada kedai, ada dobi then husband cakap, pengerusi masjid tu bekas datuk bandar dbkl....

  


@TTDI park


semalam usrah aku berbincang citer fadilat puasa di bulan Zulhijjah..ilmu ini aku share kat sini yer..puasa dari 1 Zulhijjah hingga 8 Zulhijjah diikuti puasa Arafat mmg digalakkan. ini kerana fadilatnya amat besar. antaranya sesiapa puasa pada hari tersebut, dosanya tahun selepas dan tahun sebelum diampunkan oleh Allah swt. Dan bulan Zulhijjah juga merupakan bulan segala ibadat, means dalam bulan Zulhijjah, kita boleh lakukan ibadat haji, keluarkan zakat (yakni berkorban), puasa (yakni puasa dr 1- 9 Zulhijjah) dan solat yang merupakan perkara utama dalam kehidupan kita. boleh kita renungkan kembali, sebenarnya kita mampu untuk laksanakan ibadat korban, simpan seringgit sehari..


macam2 aku tulis pulak dalam entry ni, kejap citer bersuka ria, kejap kasi tazkirah..takpe la, mana yang baik amik panduan, yang tak elok jadikan sempadan..walaupun tak dapat rehlah di taman, aku dan sahabat2 seangkatan tetap seronok ber'rehlah' di masjid tu..macam2 makan ada...aku hanya buat puding, nak buat pavlova, tak jadi. malas sudah menguasai...so sambil makan, sambil berbincang isu semasa...antaranya apabila sahabatku, zi memceritakan pengalaman pergi seminar kat muzium negeri shah alam minggu lepas, di mana ada seorg remaja lelaki mempersoalkan, 'kenapa perempuan tidak dibenarkan berkahwin lain seandainya suami sakit, dan sebgaianya' opss mencabar juga kan soalannya..kalau perempuan tanya lain citer..ni remaja lelaki..nasib ahli panel, pandai menjawab.'  dia bagitahu la kalau perempuan kawan lebih satu, keturunan tak dapat dinasabkan, yang penting maruah perempuan, sbb tu poligami hanya untuk lelaki sahaja'.

so sambil aku ada group ukhuwah blogger, tapi aku juga ada group usrah sendiri. di situ la tempat untuk berbicara tentang ilmu agama, sesungguhnya menyambung pejuangan Rasulullah adalah tugas kita as muslim. lihat bagaimana kehidupan rasulullah menyampaikan Islam sehingga tersebar seluruh dunia...di mana Nabi Muhammad pernah menyampaikan dakwah secara sulit selama 3 bulan, kemudian terang-terangan di Makkah selama 13 tahun disana. di situ nabi tidak putus asa menyampaikan ajaran Allah.  kemudian di Madinah selama 10 tahun. sebgai umat Nabi Muhammad, kita patut contohi baginda dalam semua aspects.

oklah ini saja entry untuk aku hari ni..nak tatap gamabr kat critter land, takde la..ntah bila nak upload tak tahu..aku ni bab upload gambar malas skit..takpe la....kat blog kawan2 blogger banyak..sila terjah di sana...

jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.renung-runungkanlah..wallahualam

2 comments:

Nurul aziyana said...

seronoknyer berjalan2..bila nk dtg kuantan ni nurul?

CaHaYa^KetEnaNGan said...

nak datang kuantan? org sana jemput boleh la datang, InsyaAllah...