Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, October 24, 2011

itu ini tentang sofiya

Agak lama aku tidak menulis perkembangan sofiya..lagi beberapa hari sofiya mahu menjejaki usia satu tahun 2 bulan..opss.. sofiya masih belum boleh berjalan..malas agaknya...time aku rajin nak ajar berjalan, dia tak nak pulak..tapi pantang aku kat laptop, mst dia merangkak dgn laju menghampiri aku...pastu mula la panjat sana sini..pernah hari tu dia merangkak dgn laju, tetiba kepala terhantuk ke lantai..aduish..menangis...pujuk la si ibu..


adakah aku seorg ibu yang baik pada sofiya? opss itu kena tanya sofiya..tapi mana ada ibu yang tak sayangkan anak..even haiwan pun sayangkan anak, cuma kalau baby yang terjumpa dalam tong sampah, kena campak, kena kelar, itu sebenarnya ada beberapa sebab yg memaksa anak2 malang itu menjadi mangsa kepada si ibu. salah satu bila anak yang tidak sah tarafnya, maka Allah akan wujudkan perasaan benci pada si ibu terhadap anak yang dikandung..yang aku pelik, ramai yang marah bila benda ni happen, tapi kenapa mereka tak cegah benda ni berlaku..antara yang pertama pergaulan anak2 perempuan dan lelaki...kekdg ada ibu yang redha bila si anak mereka yang perempuan bawa berjupe si kawannya lelaki..sedangkan dalam Islam, tiada istilah anak2 ni boleh memperkenalkan diri masing2..yang ada merisik..dah berkenan..sila la merisik..kalau bagusnya si polan, cuba la bertunang dalam tempoh tertentu dan berkahwin secepat mungkin..tapi ada setengah ibu bapa yang bila anak bertunang ni, boleh usung sana sini..seolah2 macam dah suami isteri...ibu bapa sekarang yang terlalu open minded..teringat zaman aku tahun 3 kat uia, adik roomate tu bagitahu, 'mak dia asyik sibuk tanya dah ada calon belum, takkan dah nak 4th year takde lagi..tak laku ke anak mak ni'...tapi terbalik dengan aku, ' mak ayah tak pernah tanya ada pasangan ke belum'... never ask..even adik2 aku pun sama sehingga bila nak bagitahu org nak datang pun cuak..maklum la mak ayah mmg tak kasi aku ber'couple'..


alamamk, asal nak bercoleteh pasal sofiya, mesti ada macam2 citer kan! so berbalik citer sofiya, agak lama aku tak amik gambar dia, bukan tak nak amik, tapi muka dia sama je..takde perubahan..yang ada 4 batang gigi..alhamdulillah..1st gigi dia tumbuh masa umur setahun, kemudian terus Allah bagi 4 batang...berat dia masa usia setahun 6.14 kg dengan ketinggian 60cm..hehehe..kalau berdiri dengan aku, kat paras lutut, atas skit...agaknya ikut genetik mak aku..kecil2 gitu orgnya..


sekarang ni sofiya kalau umah bs mmg fully CD, ingat time hujan nak tukar pakai pampers la pulak kan, maklum la kalau hujan, lambat la CD kering, tapi husband ckp, pakai CD je..tak perlu la pampers..tapi bila weekend pakai pampers pulak, maklum la senang nak berjalan...alhamdulillah sekurang2nya penjimatan pampers dan bumi pun hijau kan!


sofiya juga masih menyusu susu ibu, cuma sometimes top up dengan susu fresh jenama dutch lady..ada org ckp tak elok untuk baby, as long as perut dia ok, aku kasi je sambil tu ada juga kasi nutrigen atau vitagen..malam2 bagi minum madu dalam 1/2 sudu teh...takde nya suplement bagai ni..lagipun untuk perkembangan otak elok bagi makan ikan yang ada omega tu...so tak nak manjakan anak dengan suplement bagai ni..lagipun selera dia mmg besar, asyik nak makan je..syukur alhamdulillah...umur 10 bulan baru start makan sakan...so aku tak kisah kalau dia nak makan macam2..cuma aku ni yang kena rajin pelbagaikan..nnt boring pulak dia..susah lak aku..hehehehe...makanan anak tu penting dalam perkembangan otak dia, so bagi aku..no fast food, tapi macam mana dengan diri ini..kena juga 'puasa' dari makan fast food...


tika usia sofiya setahun 2 bulan ni, dia suka membebel, tapi suka sangat menangis, menangis yang teramat sangat...sedih mmg sedih, tapi apakan daya..tak tahu kenapa dia suke sangat menangis macam tengok benda yang menggerunkan...sejak usia setahun hobinya asyik menangis je..kalau dulu, bawa jalan2 kat shopping complex senang je, diam je dok dalam stroller..tapi sekarang cepat bebenor bosan, pastu mula la nak menangis..itu la, aku mengharapkan dia cepat jalan, senang skit nak bebas kan..tapi tak nak la lasak sangat sampai nnt terpaksa berlari kat shopping kompleks dok mengejar sofiya..hope sofiya behave nanti..

pesanan buatmu anakku sofiya,

sofiya, lihat la dunia ini, macam2 cerita yang menakutkan..ada kisah kanak2 usia 7 tahun diperkosa oleh murid darjah 4 dan darjah 5..ibu tidak mahu benda seperti ini terjadi pada diri sofiya..ibu mahu sofiya bila besar pandai jaga diri, pandai bawa diri, tutup aurat, pakai tudung sehingga menutup dada, baju hendaklah labuh sehingga punggung, baju lengan panjang, dan juga baju dan seluar yang longgar, ibu juga tidak mahu sofiya leka dengan kehidupan dunia ini..ibu tidak mahu sofiya terikut2 kawan sofiya..biar kita hidup sederhana...ibu tidak mahu sofiya berfoya-foya dengan benda2 sekeliling sofiya..dan sofiya ingatlah akidah sofiya, sofiya dilahirkan Islam, dan bersyukur dengan anugerah yang paling indah, jaga la ia, kerana hidup ini adanya kematian, bila mati akan dihidupkan semula..dan di situ hanya ada 2 sahaja pilihan, syurga mahupun neraka..ibu mahu sofiya pilih syurga, maka jalan ke syurga adalah mengikut segala suruhanNya dan meninggal segala laranganNya...


p/s: malas nak upload gambar sofiya..so letak gambar dr google sudah...

No comments: