Assalamualaikum
Salam Jumaat. Jom list down apa aktiviti nak buat di hari Jumaat yang mulia ini. Jangan lupa Al-Kahfi.
Nampaknya, minat untuk menulis sudah kembali. Hope istiqamah. Tahun 2014, tak banyak pun posting kan, walaupun banyak peristiwa cemas pada tahun ini. Jom kita lihat apa peristiwa penting yang berlaku di dunia dan juga Malaysia.
Pertama kisah kehilangan MH370. Sampai sekarang tak tahu apa kesudahan. Sungguh misteri. Hilang pada tarikh yang sama dengan kematian ayah.
Kedua, kisah MH17 pula yang terhempas. Katanya ditembak oleh Pro-Russian. Kapal terbang from Amsterdam to KL, terhempas di bumi Ukraine, sempadan Ukraine-Rusia, kawasan yang bergolak.
Ketiga, kisah Sabah diceroboh. Ada warga asing yang diculik. Tak abis-abis dengan kes jenayah kat Malaysia. Belum lagi kes budak kena bunuh, kes rompak sana sini. Dunia, kalau tak ikut syariat Islam, gini la jadinya.
Jom kita lihat cerita lain pula, tahun 2014 adalah tahun Piala Dunia 2014 di Brazil. Germany juara. Tapi tak follow sgt. Mood Piala Dunia kelaut. Kemudian diikuti Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland. Itu pun tak ambil pot..ntah..mood puasa plus mood raya. Tapi kecewa, Malaysia hanya mampu 6 pinggat emas..target 7. Kementerian Belia patut buat kajian. Takkan ini pun nak main politik. Patutnya ambil la atlit yang layak..bukan sebarangan atlit nak dimasukkan dalam sukan ke-2 terbesar. Apapun please jangan bazirkan duit rakyat.
Cerita hangat sekarang, kemelut politik di Selangor. Takde angin takde ribut, nak tukar kepimpinan Menteri Besar pula. Saya tak perlu perempuan untuk pimpin sebuah negeri. Macam takde lelaki yang berkebolehan dalam mentadbir satu institusi. Please la, think about rakyat, bukan individu. Saya sokong Khalid Ibrahim. Full stop.
Itu la serba sikit warna-warni peristiwa yang berlaku di Malaysia. Secara ringkas, hidup kita ini tidaklah panjang. Kehidupan di dunia sebagai asas untuk mencari redha Ilahi untuk hidup di syurga Allah. Tapi layak ke kita nak duduk dalam syurga, sedangkan kita tidak buat-buat apa. Paling mudah, dalam sehari kita berapa banyak kita cakap pasal Islam. Jawapan..garu kepala kan..
Kita selalu mimpi nak masuk syurga, tapi cara hidup kita tak mencerminkan kita nak ke syurga pun. Lihat lah cara hidup kita. Pergi kerja, balik kerja..rehat, tidur, bangun esoknya. The same routine kita buat kan. Kita jarang spend masa untuk Allah. Kita gagal untuk manage masa. Hidup kita singkat. Tapi dengan singkat itu la kita kena cari jalan untuk bantu diri ini untuk masuk syurga Allah. Kita kena cari jalan nak buat amalan-amalan sunnah..kita perlu follow cara hidup Rasulullah. Nak tahu cara hidup Nabi kita, sure la kena baca sirah Nabi. Agak-agak ada tak buku sirah Nabi tu kat rumah kita? Kalau ada, dah khatam ke belum? Bila kita dah tahu cara hidup Nabi Muhammad saw, kita akan mudah aturkan kehidupan kita.
Actually, saya kagum dengan akak-akak IKRAM. Sungguh hebat dalam kerja dakwah mereka. Tiap weekend ada je program dengan adik-adik, dan juga masyarakat especially area Taman Medan, PJ. Itu adalah satu tempat yang Allah anugerahkan kepada IKRAM PJ untuk menyantuni mereka supaya menjadikan Islam sebagai syariat dalam kehidupan mereka. Good job IKRAM PJ.
Akhir kata, semoga kehidupan kita ini adalah kehidupan yang bermanfaat, yang dikira amal soleh dalam menuju kehidupan akhirat.
Followers
Mutiara Kata
Friday, August 8, 2014
Warna-Warni kisah di tahun 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AGAMA
baby
birthday
CORET-CORET
family
give away
Hari Raya
hobi
iklan
ilmu
islam
kahwin
kehidupan
keje
keluarga
kerja
KESIHATAN
langkawi
life
makanan
memori iium
Mu'adz
NASYID
negARA
nursery
palestine
pendidikan anak2
perkahwinan
politeknik
pregnant
projek
RESEPI
sahabat
sakinah
school
sofiya
solid food for baby
student
studnt
study
suami
susu ibu
tazkirah
uia
universiti
VACATION
video
WANITA
WEDDING
No comments:
Post a Comment