Assalamualaikum
Agak lama tidak menulis..Maaf la tidak konsisten, atau dengan kata lain, tidak istiqamah.
Tahun ini tahun sedih bagi kami sekeluarga..Tahun DUKACITA..macam Nabi Muhammad saw pun ada tahun dukacita bila mana kematian Siti Khadijah dan bapa saudara, Abi Talib.
Tahun ini, kami beraya tanpa ayah, adik dan nenek. Mereka telah dijemput untuk bertemu Allah pada bulan Februari dan Mac yang lepas. Terasa kehilangan mereka. Ayah meninggal pada tarikh yang sama dengan kehilangan MH370 - 8 Mac 2014. Adik Sakinah pergi pada 13 Februari dan nenek pada 4 Februari. Walau hampir 4 dan 5 bulan mereka pergi, tapi rasa macam semalam je baru mereka pergi.
Kematian pasti akan berlaku. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu janji Allah. Namun, itu bukan tandanya kami yang hidup mesti lemah..tapi kami kena kuat. Kagum dengan mak. Sentiasa ceria. Walau bagaimanapun, raya tetap raya, cuma suasana yang berbeza. Rasa sayu tu ada lah sikit, cuma tahun ni beraya pertama di rumah ibu di Klang, kemudian pulang ke Rembau. Then, barulah pulang ke Dungun, kampung halaman.
Alhamdulillah, rumah emakku dah siap..Siapa2 yang teringin bercuti ke Dungun, jom la menginap di Homestay emak saya. Harga yang berpatutan. Ada 5 bilik tidur dengan 4 bilik air. Suasana kampung, dekat dengan Kuala Dungun. UiTM Dungun pun tak jauh. Jaraknya dalam 7-10 km melalui pesisiran pantai.
Pada hari raya ke-3, emak ada la buat makan2 dengan jemput sanak-saudara emak. Alhamdulillah penuh satu rumah. Mak Teh Kubang Jela, Mak Teh Mlah, dengan Ayah Chik KL plus Ayah Ngah Mzah je takde, wakil family yang ada, keluarga Mak Teh je..tapi penuh satu rumah, makanan abis..especially laksa. Marvelous gitu.
Pada hari raya ke-4, bertolak ke Kelantan, singgah rumah Pok Ngoh, adik ayah sebelum sampai Peringat, Kota Bharu. Malam tu adik lelaki, Muhammad Khairul Amin nikah. Alhamdulillah, dah ada 2 adik ipar. Majlis walimah esoknya. Alhamdulillah. Selamat sudah majlis mereka. Then balik Dungun, golek-golek kat rumah emak, then Ahad baru kembali ke KL. Begitu la seminggu raya kami.
Akhir kata selamat hari raya semua. Jom sambung puasa 6 pula di bulan Syawal. Semoga bulan Ramadhan yang lepas mendidik jiwa untuk laga bertaqwa pada Allah swt. Jom tambahkan amal, kurangkan dosa.
Ada rezeki, jom pakat-pakat beri sumbangan pada Aqsa Syarif dalam membantu mangsa kekejaman Zionis.
Semoga Islam makin maju, tidak akan ditindas lagi.
Salam Aidilfitri dari kami, En. Syafiq, Pn. Nurul dan anak-anak, Sofiya dan Muadz.
Followers
Mutiara Kata
Thursday, August 7, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AGAMA
baby
birthday
CORET-CORET
family
give away
Hari Raya
hobi
iklan
ilmu
islam
kahwin
kehidupan
keje
keluarga
kerja
KESIHATAN
langkawi
life
makanan
memori iium
Mu'adz
NASYID
negARA
nursery
palestine
pendidikan anak2
perkahwinan
politeknik
pregnant
projek
RESEPI
sahabat
sakinah
school
sofiya
solid food for baby
student
studnt
study
suami
susu ibu
tazkirah
uia
universiti
VACATION
video
WANITA
WEDDING
No comments:
Post a Comment