Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, April 9, 2012

bila suami sakit

Assalamualaikum

selamat berhujung minggu..oh oh..jarang sekali diri ini menulis entry di hujung minggu..namun hari ni sahabat terbaik dalam hidup saya tidak sihat..semua itu ujian Allah..tapi saya mahu juga coretkan kronologi bila suami ditimpa kesusahan..

Actually suami saya demam hampir 5 hari. suami demam sejak rabu lepas..bfore demam, pada malam tu husbandku dengan tidak sengaja marahkan sangat kat sofiya kerana telah mengganggu tido dia, dalam 3 pg camtu sofiya mennagis dengan kuat ....maybe itu kafarah yang Allah kepada suamiku untuk muhasabah balik apa yang dibuat suami terhadap sofiya..ya sofiya menangis kerana lapar..maafkan ibu yer sofiya...sofiya tidak bersalah.

suamiku demam bila petang saya ambil dia balik dari office...sempat lagi saya bertanya, "abg, dah pi klinik ke belum?"..jawapan dia, 'tidak'..'kenapa abang tak pi klinik, tak tahu ke kawasan rumah kita ada wabak denggi?..jangan main-main bleh tak?'..itu la perbualan saya bila tahu suami tidak sihat...

andainya saya tahu demam dia melarat sampai hari ni..sudah pasti saya paksa suami jumpa doktor seawal mungkin kan..huhuhu..saya bukan isteri prihatin..tapi apapun Allah itu maha Mengetahui..Dia mahu bagi pahala free kepada saya..(abang, andainya abang baca blog ni, tika sayang tulis ni..mmg sayang menangis, isteri abang kan kuat menangis).


suami saya ada satu petua, kalau demam sila berselubung yer, nnt baik la kebah dari demam..ya, mmg jadi tapi demam kembali semula...hari pertama dan kedua mmg dia still tak berapa sihat, tapi masa tu saya buat tak endah je..maklum la diri sendiri pun penat memerahkan otak kat uia..lagipun research pun kan di stage last..so banyak yang kena bagi tumpuan..sakit suami diendahkan..bila diminta picit kepala, macam2 alasan saya bagi..jahatkan saya..sedangkan redha isteri di tangan suami..tapi lepas tu saya cepat tersedar..mudahnya saya dipengaruhi oleh syaitan..bukan lama pun picit kepala tu kan..

alhamdulillah, hari jumaat tu macam dah ok sikit kesihatan suamiku...opss lupa suami saya bergantung pada air 100 plus dgn juga panadol yang sedia ada dalam peti...so malam tu berangkat balik klang, jupe mil..kiranya hari ni jumaat ni macam dah sembuh la kan..

tapi pada hari sabtu, suami mengadu, 'walaupun demam tak, tapi still sakit2 badan, agaknya kesan demam hari tu'..so petang tu ajak dia pi gathering kat tasik shah alam..jupe kawan2 kat UB..rupa-rupanya suami masa tu mmg dah tak berapa sihat...nampak dari kurangnya selera makan dia...kami bertolak balik ke klang jam 5 ptg..tapi sempat ambil adik ipar kat uitm shah alam dulu...

balik-balik umah, suami terus tdo..dah masuk waktu maghrib, kejutkan dia, rasa badan dia..mmg amat panas..panas sangat2..takut tau..kemudian bila suami minta picit kepala, saya tak nak then bagi macam2 alasan lagi (sbb saya tak suke picit kepala..huhuhu) then cakap lepas maghrib la picit maklum la dah masuk waktu maghrib kan..padahal dok sibuk tengah gambar2 yang diupload masa program UB petang tu..sekali lagi syaitan berjaya jadikan saya isteri tidak taat..tapi actually malam tu ada program kat PJ..tapi memandang badan suami panas, terpaksa cakap kat naqibah bahawa suami tidak sihat...

Malam tu mmg paksa juga suami jupa doktor bila suhu badan panas sangat..ingatkan nak pi klinik berhampiran rumah je..tapi suami mahu ke HTAR..jom lihat kronologi di HTAR

10.15 mlm: tolak dr rumah, saya yang drive (mencabar juga, sbb jalan nak ke HTAR, traffic light rosak)
10.30 mlm: sampai HTAR, daftar...
1.30 pagi: giliran suami

bayangkan hampir 3 jam menunggu untuk dapat rawatan...sampai yang yang sanggup tunggu berjam-jam melainkan manusia yang tak nak habiskan duit ke hospital swasta..mmg lembap sistem hospital kerajaan..maafkan saya kerana mengutuk hospital kerajaan, tapi saya ni customer..jangan bazirkan waktu saya...api mmg ramai pesakit semalam..yang saya hairan kenapa hospital kerajaan pun kena bayar RM1 sebagai pendaftaran yer..kenapa?

oh..suhu badan masa tu 39.6 degree..tinggi kan!pastu after jupa doktor kat bilik rawatan 'fever', suami keluar..tak tahu pi mana, lama juga..tapi saya tak ikut pun hanya anak mata je ikut..risau juga, tunggu takde la muncul kelibat suami tu..puas menunggu, tengok2 jalan nak masuk wad..aik, suami masuk wad ke? pastu tak lama muncul la..pastu kena ambil sample air kencing pulak..aduish, mula kepala fikir macam-macam..serius kah!air mata pun rasanya kuar banyak kali la..depan suami awal2 dah kesat..tak nak dia perasan isteri dia menangis.... tapi suami saya ni jujur orgnya, bila pembantu perubatan tanya, sakit apa lagi, dia cakap la sengal-sengal sendi, sakit kepala dan yang penting dia bagitahu pasal perumahan kami ada wabak denggi..sbb tu kena ambil x-ray la, air kencing la dan juga darah..kami balik pukul 2.15 pagi sampai umah..hebatkan..dr kul 10.30 malam hingga 2.15 pagi....itu la service government hospital..agak-agaknya ada tak yang demam terus baik yer? tapi husband ckp kul 7 kena pi hospital untuk dptkan result..huhuhu..penatkan...dan pertama kali sofiya tdo dengan neneknya...

esokkan 8 april, husband ajak saya menemani untuk dpt keputusan ujian darah..dalam 7.45 pagi camtu sampai HTAR, ingatkan bleh la settle awal..dr tak ramai org, akhirnya penuh tempat duduk...pukul 9.15 pagi camtu baru kami balik..tengok2 sofiya dah bangun, dah mandi..huhuhu menangis bila everything MIL yang siapkan, pastu nak dukung sofiya, MIL ckp nak kasi sofiya makan pagi..sdih...sedih....bukan benci MIL, tapi sofiya anak saya..saya mahu buat tu semua..tapi husband cakap lagi esok kena pi ambil darah lagi..so macam tak pi UIA je..sdgkan Ubai nak datang UIA..oh terbengkalai lagi research saya ke? suami suspect demam denggi, sbb ada beberapa siptom ada pada suami..

sepanjang menjaga husband, dia seorg degil...mmg degil..minta minum air pun tak nak..ya, saya tahu mmg tak sedap bila badan tak sedap..saya belikan dia air kelapa 2 biji...first time minum ok, je cepat je abis...cuma kali kedua minum lambat benar nak habis...yang first minum, mmg badan dah kurang panas, tapi petang tadi panas balik, tu kasi air kelapa semula..makan pun tak lalu..kalau makan tak lalu takpe..jangan minum yang tak nak...cuma masa 1st jadi nurse kepada suami mmg relax je..tuamkan badan dengan tuala basah..sofiya pun mahu membantu tuamkan badan ayahnya..kebah la seketika...urut sana sini..

tapi lepas maghrib, panas semula..hati saya dah berkaca-kaca..mahu menangis..ya saya amat sensitif orgnya..saya tuamkan badan dia..tapi dia alihkan pula tuala yang ada kat kepalanya..sapu losyen mustajab nak kurangkan sakit sendi...tapi saya dah give up bila suhu badan asyik panas je..mula la google pasal demam denggi..ya, sup ketam bukan salah satu rawatannya tapi minum air banyak adalah kuncinya..tapi suami tak nak minum air, macam mana nak buat..hati ni menangis lagi..walau suami tak tahu..air mata mengalir laju..ye la, ni demam denggi..bukan demam biasa..hati mmg cuak..mungkin Allah tahu saya kuat, maka Allah uji lagi, Allah nak bagi pahala lagi melayan kerenah org sakit..abang, saya suka jadi nurse abang, tapi maafkan sayang kerana sayang seorg nurse kasar, sbb sayang sayangkan abang,,saya mahu abang cepat sembuh, lagipun abang ada interview next Friday..abang, maafkan sayang kerana layanan tak se'class' layanan 1st class tapi percaya la, sayang cuba..ok


okey, itu la kronologi pertama kali jadi nurse kepada suami..dulu, suami pernah kena batu karang, tapi masa tu saya pregnant..tapi masa tu setakat cry saje dan tak mampu jadi nurse pun...tapi awas, menangis mmg kawan paling akrab saya..yang saya malu bila MIL tegur, 'nurul, tak lalu makan ke bila suami tak sihat'..mmg nak je cakap, ya..saya mmg tak lalu makan..mana mungkin mahu tunjuk berselera bila suami sakit..suami itu la tulang belakang saya skarang..dia la ketua saya..andainya ketua saya sakit, maka anak buat pun sakit..cuma anak bauh kena kuat..betul tak....

maaf la kawan-kawan, entry 'show off'..maklum la jarang sekali dapat title nurse kpd suami tercinta..saya mahu abadikan dalam blog kesygan..semoga suami tahu yang saya tetap sayang dia walaupun sometimes layanan saya kasar dan juga saya ni mengada-ngada..sikit-sikit menangis...

Ya Allah, aku terima ujian Mu dalam aku meneruskan kehidupanMu, mungkin aku alpa, leka dengan nikmat dunia yang Engkau berikan sehingga Kau uji aku dengan kesihatan suami yang kurang sihat. Ya Allah, Kau maafkan aku, KAu tunjukkan aku jalan yang lurus, dan matikan dalam agamaMu..Aku berdoa semoga suami, Mohamad Syafiq Yasin sihat seperti sediakala dan diajuhi demam denggi. Ya Allah Kau permudahkan urusan aku, suami dan anakku.ameen


p/s: Sofiya, 2 malam sofiya tanpa ibu..ibu rindu,,ibu tak dapat peluk dan cium Sofiya belum tdo..sofiya tidur dengan Uwan...Ibu sayangkan Sofiya


sorry kawan-kawan..entry beremosi yang jarang disajikan..entry dari seorg ibu yang rindukan anaknya dan entry dari seorg isteri yang sayangkan suaminya

2 comments:

Farah Jasni said...

Semoga suami Nurul cepat sembuh.. Amin...

CaHaYa^KetEnaNGan said...

Thanks farah...