Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, March 2, 2012

Ubat HATI


salam jumaat sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah dengan satu perkara iaitu nyawa..masih diberi kesempatan untuk mengumpul pahala dan juga untuk mengumpul dosa..namun andainya org itu bijak, sure dia asyik fikirkan kematian kan!kenapa org yang fikirkan kematian dikatakan bijak? sbbnya dia sentiasa takut pada Allah swt..

dalam perjalanan ke uia tadi, aku terbayangkan andainya hari ni hari terakhir saya di dunia..macam mana yer...macam mana nak jupe Allah kalau belum bersedia...'Ya Allah, matikan aku dalam iman'..itu yang penting...

bila ada sahabat post gambar di atas, 5 ubat hati...marilah kita sama-sama muhasabah di hari yang penuh barakah ni..banyak mana kah amalan yang bakal dihisab..adakah amalan di bahu kanan lebih berat dari yang belah kiri? bersyukurnya andainya amalan di bahu kanan lebih berat kan!

antara 5 ubat hati ialah

pertama: amalan membaca al-quran dan makna.bacalah al-quran, semoga ia memberi syafaat kepada kamu di hari perhitungan.
kedua: solat malam...masyaAllah, ini paling sukar untuk dilaksanakan..walaupun tiap malam bangun ke tandas ke, anak menangis ke..tp jarang masa untuk menunaikan hanya solat sunat 2 rakaat je..
ketiga: berkumpul dengan org soleh...yang ni mmg perlu supaya apa-apa masalah berkaitan agama mahupun kehidupan boleh dikongsi bersama..lagi hebat join la usrah kan!
keempat: perbanyakkan puasa sunat. ini juga sukar untuk diamalkan..alasan anak menyusu..Allah itu maha mengetahui..apabila kita tolong agama Allah, maka Allah mempermudahkan...
kelima: banyakkan zikir di waktu malam..yang ni kalau nak senang, pasang la tv oasis tak pun al hijrah dan juga pasang CD..sekurang2nya kita akan ikutkan..ni tak, asyik dok pasang lagu bukan-bukan...jom berubah ke arah menjadi hamba yang disayangi Allah..

okey sahabat-sahabat semua,
Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam..dan mudah-mudahan hari esok lebih baik dari hari ini..tanamkan niat kita mahu jadi seperti itu..wallahualam

1 comment:

Nurul aziyana said...

yg ni ade lagu kan..xsilap dr opick..
erm moga kita mbil ubat2 ni setiap hari...diri masih blum kuat nk bgn malam..puasa pun ganti xhabis2 lg..uhuhuhu