Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, December 21, 2011

Ajar lah anak anda bersyukur


Al-Imran:145

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُّؤَجَّلًا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.


Dalam menempoh kehidupan seharian, bermacam-macam amalan yang perlu diajar kepada anak-anak mahupun diri sendiri.. lagipun kita juga merupakan contoh teladan terhadap anak-anak kecil yang masih di peringkat pembelajaran..antara pendidikan yang perlu dididik ialah sikap bersyukur. ramai anak-anak sekarang memberontak bila apa yang dikehendaki tak dapat...maka kita as a his/her parents should teach he/she how to thankful to Allah. ini kerana setiap rezeki itu sudah ditetapkan Allah, oleh itu kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Kita jangan terlalu sangat mengikut kehendak anak ini, kerana suatu hari nanti dia pasti akan memberontak apabila tidak dapat apa yang dikehendaki..lagipun zaman skrg penuh dengan teknologi canggig2, maka sudah pasti bermacam2 kehendak yang dikendaki..maka ibubapa ada yang membelikan sesuatu untuk anaknya...dan ini memberi kerisauan jika  pendidikan tentang syukur tidak ajar pada anak-anak dr kecil, akan menambah beban apabila ibubapa bila anak sudah besar seperti kartun di atas,, diajak beli kasut jenama adidas, tak mahu, nak juga nike...risau andainya sekarang kita dah biasakan anak-anak dengan barang berjenama itu ini, bila besar nanti barang kurang berjenama tapi same quality dia tak nak...

teingat masa pi talk show yang dianjurkan IKRAMPJ dengan penduduk Damansara Damai, tentang pendidikan anak-anak...agaknya sudah ramai yang sedia maklum bahawa ada 3 peringkat dalam pendidikan anak-anak.
pertama ialah: memberi sepenuhnya kasih sayang tika usia dr 1 hingga 7 tahun. oleh itu ibubapa perlulah memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak supaya suatu hari nanti anak-anak ini tidak tersalah langkah. risau bila anak-anak ini kurang kasih sayang, maka akan berlaku lah keluarga pincang sehingga mereka terpaksa mencari kasih sayang melalui kawan-kawan berlainan jantina. dalam erti kata 'couple' diusia muda sehingga terlanjur.

kedua ialah: bertegas dengan anak ketika usia 7-14 tahun. di mana diusia ini, ibu bapa perlu la memainkan peranan mengajar anak-anak dalam ibadat solat, berpuasa dan menutup aurat. pesanan Rasulullah yang mengatakan ajarlah anakmu solat tika 7 tahun dan pukul lah dia ketika 10 tahun jika masih enggan solat. begitu juga dengan hal bilik tdo, ibu bapa perlu mengasingkan bila tido anak lelaki dan perempuan tika usia 8-9 tahun. semua yang berkaitan dalam kehidupan ada dalam Islam. dan ibu bapa juga lupa mengajar anak-anak tetap aurat. bagi perempuan perlulah diperjelaskan bagaimana dikatakan aurat perempuan dan begitu juga lelaki...

peringkat ketiga ialah: jadikan anak-anak itu kawan tika usia mereka 15-22 tahun...masa ini ibu bapa perlu la menjadikan anak-anak itu sahabat, kawan, di mana masa ini la ibu bapa perlu lah ajak anak-anak share bercerita especially tentang kehidupan. contohnya kita perlu tahu anak-anak berkawan dengan siapa dan sebagainya..kebanyakkan peringkat ketiga sukar ibubapa amalkan...ini kerana bila anak sudah meningkat remaja, ibu bapa sudah tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka..tetapi sebaliknya..

semoga apa yang dinyatakan diatas, boleh aku amalkan untuk anak-anakku nanti...mendidik anak sebaik mungkin dan juga menjadi anak-anak ini sebagai kawan.

oleh itu, untuk menjadi keluarga hebat, maka ibu bapa perlu juga hebat dalam mendidik anak-anak..yang penting ialah dididikan agama, sekarang terlalu ramai ibu bapa yang obes pada pendidikan anak-anak menggunakan medium english...bangga kalau anak-anak kecil dah berbahasa org putih ni..sehingga tentang keesaan Allah langsung tidak kisah...dan payah nak jupe pendidikan pre-school medium in malay..apapun pendidikan agama ni kalau dalam bahasa kita lagi mudah untuk difahami compare to others language...oleh itu selagi anak masih kecil ni masa itu la kita berfikir apa yang kita mahukan dr anak ini. macam diri ini nak sangat sofiya jadi doktor mata, maka kami suami isteri selalu panggil dia dr.sofiya yasmin....cuma kat sini aku mengharap kemudahan drNya dalam mendidik anak-anak dalam suasana yang penuh cabaran...ameen


No comments: