Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, October 29, 2008

KeWajiPAN BerDAKwah




Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan kebaikan (iaitu melakukan pekerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang buruk dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan) dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 159-160).

Dalam satu lagi firman-Nya yang lain bermaksud: Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. (al-A'laa: 9)

Berdasarkan firman Allah di atas maka MANUSIA diciptakan Allah adalah untuk beribadat kepada-Nya dan antara tugas dan tanggungjawab paling utama dalam ibadah itu termasuklah berdakwah, iaitu menyampai dan menyeru sesama insan kepada Islam walau hanya dengan satu ayat.

Selain itu, Islam adalah agama untuk semua manusia dan seluruh isi alam, yang mana al-Quran dan al-sunah adalah pegangan serta panduannya.

Namun berapa ramai kalangan kita yang sanggup dan bersedia melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut? Terutama untuk bersemuka bagi menyampaikan apa dan mengapa Islam kepada yang bukan Muslim.

Sekali gus membetulkan tanggapan negatif, fitnah serta salah faham bukan Muslim yang digembar-gemburkan musuh Islam terhadap agama suci itu.

Sifat manusia lazimnya, lebih mudah menerima atau mengikut dan terikut daripada memberi, menyumbang mahu pun menerangkan serta berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai Islam secara terbuka.

Sebabnya, kebanyakan kita kurang yakin dan tidak cukup persediaan untuk menjadi penyumbang, pengingat, penasihat atau pendakwah secara peribadi kepada insan lain, khususnya bukan Muslim, meskipun kita tahu kejahilan dan salah faham mereka mengenai Islam.

Wujud rasa kurang yakin, bimbang atau ragu-ragu pada kemampuan diri mahupun terhadap penerimaan bukan Muslim mengenai apa yang hendak disampaikan berlaku kerana jarang dari kita yang berusaha untuk memulakannya.

Akibatnya, agama Islam dan umat Muslim terus dipandang negatif malah dimusuhi bukan Islam kerana salah faham mereka mengenai Islam.

BAGAiMANA INGIN MENJADI PENDAKWAH YANG BERKESAN?

No comments: