Pages

Friday, September 23, 2011

pemakaian tudung masa kini? fesyen atau menurut syariat?

Salam 25 Syawal

Sekejap je masa berlalu...sudah nak abis syawal..tapi ada masa lagi kalau nak kejar pahala puasa 6 syawal kan! tapi every week ada je jemputan umah terbuka..sungguh kaya org malaysia..tapi aku hairan PM boleh buat open house banyak tempat..last week kat pekan, this week lak kat titiwangsa..wow! banyak nyer duit dia..hehehe..
dalam sibuk beraya jangan lupa pada sahabat-sahabat kita yang susah di luar sana..bantu2 la meringankan beban mereka...

apa topik aku hari ni..actually, banyak nak coretkan..maklum la saban hari dihidangkan dengan citer, pengalaman, peristiwa yang baru..maka sudah tentu akan diupdatekan untuk sama-sama jadi teladan dan juga pengajaran bukan sekadar hiburan...

aku rasa topik aku kali ini..pasal tudung..okey tak? atau ko...aku tak nak la citer pasal fesyen tudung, tapi sekdar pengkongsian dan kemudian muhasabah diri especially yang menulis ni...saban tahun dah ramai artis bertudung..yang terbaru ialah siti nurdiana..adik aku cakap..agaknya tudung sekarang dah lawa2..tu ramai artis dah berjinak2 dengan tudung..tapi apapun syukur la kerana artis dah ramai bertudung..Allah masih sayangkan mereka dengan memberi hidayah..tapi jangan pulak kita perlekehkan mereka pakai tudung kenapa..kenapa..n kenapa..sudah tiba Allah bukakan hati mereka untuk berhijab..

agak-agak la kenapa perempuan ni kena pakai tudung? sbb satu je, mmg termaktub dalam al-quran menutup aurat wajib bagi perempuan baligh..wajib mereka menutup segala anggota kecuali tapak tangan dan muka..so pakai tudung ini memang suruhan Allah kepada hambaNya...

tapi sayang, dalam kita melakukan syariat Allah, adakah kita sedar tudung yang macam mana dikatakan menurut aurat...kita sedia maklum, pakai tudung, labuhnya sehingga menutupi buah dada..tp macam mana dengan fesyen2 tudung yang banyak di pasaran...tudung ariani, fareeda, ntah apa2 lagi jenis tudung yang harganya mmg cecah ratus la...adakah kita merasakan bila pakai tudung yang mahal, berjenama ni dikatakan menutup aurat..risau andainya pakai tudung, tapi still menimbulkan fitnah..

di sini ada beberapa kesalahan dalam menutup aurat

  1. Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja sedangkan bahagian lain tidak ditutup.
  2. Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek
  3. Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya (kebaya, terutamanya)
  4. Bertudung tetapi baju atau seluar sendat, sempit dan nipis, lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leler, tenguk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia tidak tepat sama sekali.

dan tips yang betul adalah seperti berikut :-

  • Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang
  • Baju mestilah labuh dan longgar
  • Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
  • Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali
  • Ðigalakkan untuk memakai sarung kaki
  • Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah.


Bertudung tapi tidak menutup aurat

Menurut Ustaz Haji Haslin Baharim, yang juga seorang penceramah bebas, bertudung pada asalnya adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini agak mengecewakan bila pada masa yang sama, mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sudah tidak ada.

Sebaliknya wanita bertudung kerana ingin mengikut fesyen. Malah kita boleh nampak ada antara wanita muslimah yang memakai tudung tetapi masih nampak telinga. Sudahlah begitu, ada pula subang untuk nampak lebih bergaya. Bukan itu sahaja, tudung pula sudah semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai tudung yang betul? Sudah tentu tidak!

Menurut Ustaz Haslin lagi, wanita perlu sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan kerana mengikut aliran fesyen tetapi untuk memenuhi tuntutan syariat. Sepatutnya setiap perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan pada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas alasan dan niat untuk mengambil hati orang lain dan bukannya kerana Allah SWT, sudah pasti mereka tidak mendapat keberkatan menjalankan suruhan Allah.

Jadikan pemakaian tudung itu sebagai fesyen pakaian Islam, jangan jadikan ia sebagai fesyen disebabkan orang lain pakai, kita pun tidak mahu ketinggalan. Jika mengenakan tudung, pastikan ciri-ciri menutup aurat seperti tidak menampakkan telinga, leher dan menutup paras dada.

akhir kata...tanya iman, kenapa pakai tudung? pakai tudung kerana fesyen atau kerana tuntutan..kalau kerana tuntutan sudah pasti tudung yang dipakai itu perlu memenuhi ciri2 pemakaian Islam yang dinyatakan di atas..wallahualam

1 comment:

  1. pakai tudung yang menutupi dada tetapi tidak menutupi dagu juga cara pemakaian yg tidak menutup aurat dengan sempurna..ustazah masa usrah cakap tudung tu biarlah sampai kita boleh guna untuk sembhayang..
    alhamdulillah, skrg ni bila tgk mcm2 fesyen tudung, dh xde keinginan untuk bli tudung instant tu

    ReplyDelete