Pages

Monday, September 26, 2011

chunky loaded

Salam hujung minggu

agak-agaknya hari ni la yang paling banyak open house, maklum la next week dah masuk bulan Zulhijjah..mak aih..cepatnya masa berlalu..aduish, kenapa masa tak menunggu kita..kenapa yer? asyik terkejar sehingga tak terkejar..opss satu mutiara yang nak dikongsi bersama
" Berhati-hati dengan masa lapang, kerana ia adalah musuh yang nyata"

actually, aku sekarang betul2 buzy dengan research, so tak sempat nak update blog selalu..so maka aku tak leh la jadi blogger tegar lagi aka hot mama blogger...aku sekarang tengah sibuk tulis paper..due date akhir september..baru separuh jalan, maklum la result aku nak macam tak de lagi..result tak btul..dah banyak cara aku guna tapi still fail..huhuhu..macam nak cry je bila fikir tu semua..tp kalau tak usaha, mana ada kejayaan..kejayaan perlukan usaha..bukan hanya doa tanpa usaha....so selagi kudrat aku ada, aku akan berusaha...

cuma terkilan, bila ada one of my research group lab citer yang kawan dia kata bila dia target abiskan master on time, kawan dia lak kata, " jangan berangan la kau nak abiskan on time kalau kat uia, kalau uia la boleh la..aduish..apa punya kawan..sedih tau..dr semangat terus down nak buat research...namun petang tu, adik master jupe aku, ckp batch kami ni kebanyakkan dah last stage..hahahaha..tengok??? kan ramai yang dah nak abis....baru semangat semula....


terliur tak? hahaha..ni la benda yang aku makan masa celebrate my 28th birthday on last Friday..thanks to cik husband yang sudi belanja aku, sofiya pun tumpang sekaki..sofiya sekarang, asal suap je makan..takde istilah pun menolak langsung...makin gemuk la cik sofiya aku...alamamak, jarang bebenor aku update citer sofiya..tunggu aku ada idea nak menulis blog, sure aku selit citer sofiya..

alhamdulillah 21 september lepas, genap la umur aku 28 tahun..maka banyak la yang akan dipersoalkan dan dihitung di akhirat kelak..bila fikir kematian menghampiri, maka terasa sesak dada ni..kerana kematian adalah yang pasti bagi semua benda hidup..alhamdulillah, tika usia 28 tahun, aku sudah memiliki seorg husband yang InsyaAllah mampu jadi pemimpin terhadap keluarga kecilku ini dan juga anakku yang bernama Sofiya Yasmin, yang sudah berusia setahun 2 minggu...dan juga bersyukur tika ini, aku masih dikurniakan rezeki untuk menyambung pelajaran ke peringkat ke-2 tertinggi dan andainya masih ada peluang mahu aku sambung ke pringkat ke-3..tapi dalam mengejar kehidupan, aku kena beringat bahawa akhirat adalah yang kekal abadi..maka aku kena berusaha jadi insan yang terbaik untuk memasuki syurga Allah..memang menjadi impian setiap insan untuk memasuki syurga Allah kerana syurga ini adalah lebih indah sehingga tidak dapat digambarkan dengan mata kasar..wallahulam...

tapi terkilan sedikit beli suamiku mahu beli hs dengan guna plan digi, gagal..kerana out of stock..tp tak kisah la, aku masih ada hs lama ku iaitu L7..so pakai la buat masa ni..ada rezeki boleh la pakai hs canggih2 ni..maybe Allah nak aku pakai iphone 5..so sebab tu Allah hold dulu rezeki nak pakai hs htc tu...dalam duit yang makin kurang, ada hati nak pakai iphone tu...takpe...kalau bukan hari ni mana la tahu masa akan datang...

walau suamiku sambunt besday lewat 2 hari, tp thanks yer cik husband..kekangan masa yang menyebabkan takleh sambut on the that..dalam aku jalan2 kat mid valley, aku singgah jusco, hajat di hati nak beli langsir baru..maklum la tetiba hati ni membuak2 nak deco rumah..walau umah sewa, tp my husband ada hajat nak beli umah sewa yang kami duduk tu..tapi melencong skit hari tu, suami ku jalan2 kat bahagian baby, ternampak stroller..suami aku mahu beli stroller baru untuk sofiya...maklum la stroller sofiya yang lama tu dah jual kat kawan cik husband....so nak tak nak kena la beli baru..lagipun sofiya belum boleh jalan...tapi masa sibuk dok nak membeli, aku tanya la akak promoter tu, tak de sale ke? dia jawab nnt 4 & 5 okt ada jj card member's day...wow! mahu terjah......mahu beli langsir, alat2 deko umah...syoknya...tak sabar....

okey la rasanya dah panjang entry ni...jom aku quote beberapa mutiara kata yang bleh jadi panduan kita semua...

Petikan dari  Surah Ali 'Imran

       " Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi   
          yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" : 133


SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????

           "(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan  
            amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat
            kebaikan":134

LETS BE THEM!!! Mari jadi antara mereka yang bertaqwa:-

1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...
2. Orang yang menahan MARAH!
3. Maafkan lah orang yang menyakiti kita!
4. BUAT BAIK! ALLAH WILL LOVE YOU!

No comments:

Post a Comment