Pages

Monday, September 26, 2011

hujung minggu kami

Salam hari Isnin


wow! hari ni aku ada mood nak berblog pulak...hehehe..nak citer la cuti this week wat per..padahal banyak citer weekend aku tak update..no time to write..ni pun sambil ber'simulation' sambil berblog...ye la result bukan 20 s terus dapat..so tulis la apa yang menarik yang perlu dishare...

tapi before tu kata pujangga yang aku jupe dr blog seseorg

" Dalam dakwah, takde istilah "COPYRIGHT", maka sampaikan ilmu atau apa sahaja walau sepatah ayat"

maka, dengan ini, dalam kerja dakwah tiada istilah meniru org, apa2 artikel yang dijupe perlu dishare bersama..apa org putih kata tu.."sharing is caring"..:-)

ok, berbalik tajuk entry kali ini, minggu ni aku tak pulang kampung...means tak balik klang, kami bertiga dok kat pantai ria, pantai dalam..bila dok umah tanpa mak ayah, mak mertua, seronok la kami nak bangun kul berapa, nak breakfast ke tidak..mmg enjoy the life bila hidup tanpa mata2 mak ayah dan mertua..adakah anda segan bila bangun pun lambat..breakfast mak and mertua sediakan...opss sudah tentu malu dan segan kan!

so pada hari sabtu, macam biasa la kalau cik husband war-warkan nak kemas rumah, maka dengan rajinnya cik suami kemas umah, cik isteri bantu mana yang perlu je...kemudian diikuti si kecik sofiya yang menyibuk sama..tp dok umah flat ni, kemas skit dah berabuk..tapi takpe la..Islam sukakan kebersihan..so tak perlu la nak merungut2 bila kemas ada habuk semula...so lepas menjamu selera, kebetulan jiran aka atok n nenek sofiya ada kasi tom yam, maka mudah bagiku masak nasi je dengan goreng kepok lekor...sofiya lak makan neslec je...punya la tak teratur hidup aku pada hari sabtu tu..mengemas umah la konon hingga kebajikan anak terabai..tapi aku suapkan juga nasi kat sofiya..maklum la sofiya kan semua benda dia telan....

masa berlalu dengan cepat, dalam kul 3 petang, kami bertolak umah CC Razak, staf sejabatan ngan cik husband...siap msg CC, kot2 kami tak jadi pegi..sampai kat sana, terpegun tengok umah CC, kemas, cantik, maklum CC bukan ada anak kecil, adapun 2 lelaki yang dah masuk u pun..stail umah CC mmg stail english la...nasib sofiya behave skit..kalau tak, abis la umah CC bersepah...kami dihidangkan mee kari...tapi best, 1st time dapat makan putu bambu world..setelah sekian lama mengidam tau!...umah CC ni area wangsa setia...dalam kul 6 lebih bertolak ke chow kit..singgah chow kit beli barang skit untuk sebulan..hopefully..thanks opah aka isteri CC kasi duit raya kat sofiya..ten ringgit tu..alhamdulillah, raya kali ni sofiya dapat menabung ke tabung haji..mmg banyak la juga..rezeki sofiya... masa sampai chow kit tu, kedai hampir tutup, tapi aku beli apa yang ada la..janji peti ais tak kosong....cuma terkejut bila ayam sekilo 8.20 ringgit..mak aii, mahalnya...itu citer hari sabtu.


 IKEA catalogue

sekarang citer hari ahad, secara ringkasnya aku pi IKEA...tak best..sbb barang nak dibeli tak dpt approval by cik husband..dah la org ramai, maybe gaji dah masuk,,tapi nak citer la, kali ini aku pi IKEA, tak perlu bayar tol..aku dah tahu jalan tak perlu bayar tol, maklum la selama ni aku lalu SPRINT mesti kena...tapi masa balik suami aku silap jalan..terpaksa buat amal jariah, kena bayar tol kerana silap jalan...kalau tak perlu bayar tol..yes! lagi senang la nak pi IKEA lepas ni..dari umah aku dalam 15 minit je, tapi sbb construction, mahunya 30 minit baru sampai IKEA...jalan2 kat situ, tapi takde benda sgt pun beli...yang hairannya dkt 100 ringgit gak abis...itu la kalau membeli tak merancang..lain nak beli, lain yang dibeli...ingatkan yang place mat tu harga 4 keping, 2.90 rupa2nya satu keping 3.50..so bayangkan 4 keping..uisshh dah lari budget....takpe la, next week mahu terjah jj day kat mid valley..mahu beli apa je yang boleh cantikkan umah...b4 finish entry pasal IKEA, kempunan lagi nak makan meatball yang org ckp spesel tu..sbb suami tak nak makan..dia nak gak makan curry puff sedap kat IKEA tu..nasib sedap....agaknya bila la bleh merasa meat ball tu kan..huhuhu...

 

curry puff sedap

tazkirah pendek :-

"Semoga semua dapat mnjd sehebat Khadijah, sabar sprt Fatimah & sebijak Aisyah-Semoga berani berjuang sprt Khawlah & Nusaiybah yg berperang bersm Rasulullah, penyayang sprteperti Safiyah..semoga ditingkat Iman & dimuliakan Allah sprt wanita di dlm Quran, Siti Hawa, Puteri Balqis, Asiah &Maryam...semoga mnjd wanita ISlam Muslim hebat & kontemporari mampu berdebat & berbicara di pentas antarabangsa- Mampu menerima perbezaan pendapat, PROFESSIONAL dan solehah seperti Dr Heba Rauf, Ingrid Matson, Dr Harlina Halizah Siraj dan ramai lagi wanita masa kini. Ameen

No comments:

Post a Comment