Pages

Tuesday, September 27, 2011

Ustazah Pilihan?

Salam Selasa

Sambil2 wat research, sambil2 tulis blog..tetiba masa sibuk ber'fb', ternampak satu gambar..then terus google pasal benda tu...jom saksikan dulu..baru anda fikirkan apa yang akan aku kupaskan nanti...


apa korg tengok? so mana satu ustazah pilihan anda? adakah wajar negara kita yang dikatakan Islam menganjurkan program realiti seperti ini? 


secara umumnya, Ustazah pilihan ini merupakan program realiti yang dianjurkan oleh pihak astro sana..tujuannya apa? tak lain tak bukan mahu menonjol kehebatan wanita setanding dengan lelaki..maklum la lelaki ada citer Imam Muda..so perempuan tak leh kalah..so kena la ada citer khas untuk wanita...tapi sapa la mahu menggelarkan diri dia ustazah kan! kalau dulu, bila sebut ustazah, apa korang fikir? mst pakai tudung labuh dan banyak ilmu agama kan!

bagi aku, program ini sama sekali aku tidak setuju, sbb menjatuhkan maruah seorg wanita..sama juga dulu citer gadis melayu tu..opss paling aku tak suke...mendekriminasi kaum wanita, mentang2 la perempuan ni lemah...

di sini aku copy beberapa pandangan yang boleh diterima akal kenapa program ini tidak wajar diadakan..
pertamanya ialah  seorg muslimah telah dikurniajan sifat Al-Haya (pemalu) dan yang paling utama kaum hawa merupakan fitnah terbesar dalam kehidupan di dunia ini.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Keduanya adalah disebabkan oleh perhiasan. Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. (wajah, bentuk badan, dan kadang2 kerana ciri ‘solehah’ yang ditonjolkan! )

Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : “Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita….”.

Dalam konteks ini, walaupun rancangan ini merupakan rancangan ‘Ustazah Pilihan’ pastinya segala aurat sudah ditutup bahkan mungkin lebih baik daripada itu. Namunsebenarnya rancangan ini sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama. Rancangan ini bakal merosakkan hati-hati kaum laki-laki hatta para Ustaz, sekaligus mengundang fitnah yang terbesar.

yang ketiga pula ialah cukuplah kalian menjadi Muslimah di hadapan mata suami / bakal anda sendiri. Muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang sangat cantik di dunia. Melihatnya sahaja walaupun dalam keadaan berpakaian penuh mampu mengundang syahwat dan nafsu. Bahkan bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), malahan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi ‘title’ muslimah itu sendiri.

yang ke-4, muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.

Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?

yang ke-5, asalnya bila dilihat rancangan ini memang sangat bagus. Tapi apabila, television ini kita tidak dapat mengawalnya.. kerana yang laki2 juga tengok. Maka kaedahnya menjadi tidak sesuai. Cara syiar Islam cuba disebarkan tidak kena pada cara dan keadaan. Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…
dan bagi  penganjur rancangan ini, anda harus siap untuk ditanya kelak oleh Allah taala, dengan apa yang telah anda lakukan. Anda mengundangan kepada maksiat dan fitnah. Sedangkan pada zaman Rasulullah saw, baginda sangat menjaga kemulian seorang muslimah itu. Sangat menjaga fitnah antara laki2 dan perempuan. Bahkan dahulu setelah selasai solat jemaah di masjid, para jemaah muslimat akan keluar terlebih dahulu.. beredar pergi meninggalkan masjid. Kemudian baru diikuti dengan yang laki2…


Dosa yang anda akan tanggung adalah sebanyak mana, dan bahkan lagi berlipat2 kali ganda.. Anda akan menanggung kesemua dosa2 maksiat dan fitnah yang terjadi dalam program ini.. ‘ Ustazah Pilihan! ‘
akhir kata,
Sebenarnya, seorang muslimah sangat mudah untuk memasuki syurga setelah berkahwin. mereka hanya perlu menjaga 2perkara :
Yang pertama : Melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Yang kedua : Menjaga suaminya.
Tidak perlu digilapkan dirinya menjadi pendakwah yang terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah jadi fitnah ke atas dirinya, membuat kesukaran kepada diri sendiri untuk masuk syurga. Cukuplah bagi kaum hawa untuk duduk di rumah, menjaga anak2 dan suami. Itu sudah sangat memadai!
Wallahaulam.

3 comments:

  1. setuju! setuju!
    rasanya dlm rancnagan ni ade yg menyanyi nasyid kot..er xsalah la..tp mmg xsesuai..nk jadi ustazah pun kene ada rancangan ke? xlogik di akal
    dunia akhir zaman, mcm ni la

    ReplyDelete
  2. btul tu yana...kalu ikut logik akal nak ke kite ni mengaku jadi ustazah..org panggil kite ustzah pun kite tak suke..ye la bila org panggil ustazah, mst kite btul2 alim, banyak ilmu agama...itu la apa la motif sebenar..takkan laki ada imam Muda, perempuan nak gak ada program cam Imam Muda, konon2 nak setanding lelaki la..sedangkan kite tahu lelaki adalah ketua perempuan pembantu..dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  3. ntah lah erk. kita tgk lah mcm mane rancangan nye nanti. wallahualam.

    ReplyDelete