Pages

Tuesday, September 13, 2011

kematian tazkirah pada yang hidup

dalam kesibukkan org meraikan syawal...rupanya masih ramai yang sedang bersedih..lebih2 lagi bila kehilangan org tersayang...

pada minggu lepas, ada dua tiga kematian dilaporkan..dan paling tak diduga kematian ayah sahabatku, Nasriah Johaidi..dia merupakan sahabat aku semasa belajar di uia...dia pasangan FYP aku...bila aku mendengar berita kematian ayahnya, masa tu aku berada di office suamiku, DBKL..ayahnya pak cik Johaidi salah seorg pegawai DBKL, jawatan pun tinggi, timbalan pengarah...terkedu sebentar bila mengetahui tentang kematian ayahnya..hati ni mmg dah sedih..macam specchless..dah tak nak nak cakap apa..nak contact, takde no..maklum la phone hari tu rosak, so semua no hilang...

semalam je, asal ingat kawanku, Nas mst mencurah2 air mata ni, kawan aku tu anak 1st, adik beradik lak 8 org, yang aku tahu adiknya Maya je yang dah kawin, kawanku, Nas belum lagi..bila teringat arwah, teringat ayah di Dungun sana...tak tahu ayah Nas sakit apa tapi maybe komplikasi kencing manis, darah tinggi, ayahnya dah seminggu di ICU HUKM sebelum meninggal..mmg sebelum ni ada hati nak melawat kawanku tu, umahnya bukan jauh sangat, taman tun hussien Onn, Cheras...andainya aku tahu ayah dia lama masuk hospital, aku boleh juga melawat..rasa ralat sangat..ni pun bz..tak sempat lagi nak melawat...suami lak dah start kelas...insyaAllah akan aku usaha juga...

sesungguhnya kehilangan org tersayang amat lah sedih..lebih2 lagi kalau mak ayah kita..di situ la tempat bermanja..suami aku pun kehilangan ayahnya tika usia 12 tahun..baru mengenal erti kehidupan...sudah 16 tahun arwah ayah suamiku pergi menemui Allah..pencipta alam semesta..andainya kita sayangkan ayah, mak kita, maka kita perlu doakan mereka di sana..supaya mendapat kesejahteraan kat sana..

sesungguhnya kematian adalah tazkirah kepada yang hidup..'setiap yang bernyawa pasti akan mati'..yang hidup pasti akan mati, cuma kita tak tahu bila waktunya..selagi ada nyawa, kumpul la pahala..nak kumpul pahala ni bukan hanya diri sendiri je..tapi sekeliling kita..apa yang Allah jadikan di dunia ini ada kegunaan..anadainya dengan pokok kita pun boleh rosakkan, mana mungkin syurga tempat kita, begitu juga kalau hidup ini sebatang kara, tak hirau jiran, adakah kita mudah nak masuk syurga, kerana syurga Allah adalah untuk org yang paling baik dengan diri sendiri, manusia lain dan juga makluk Allah yang lain...tapi kita selalu lalai untuk jadikan diri ini yang terbaik kerana syaitan itu ada di mana2..menghasut kaum Nabi Adam..mmg janji dia sejak dia ingakar arahan Allah supaya sujud pada Adam a.s...
semoga kita sentiasa baiki amalan kita untuk berjumpa Allah di sana...

p/s: Tarikh kelahiran sahabatku Nas pada 3 Sept, adiknya Salman pada 21 Sept, dan adiknya Asraf pada 18 Sept dan tarikh kematian ayah mereka pada 11 Sept...

No comments:

Post a Comment