Pages

Friday, September 9, 2011

kasihnya abang terhdp adik-adiknya

Salam Hari Jumaat

Mesti kebanyakkan kite tak sabar menghabiskan hari ini..ye la esok lusa kan cuti..mood raya pun makin menebal..especially yang dah seminggu beraya sakan di desa dan kampung..sekarang tiba la beraya sakan di rumah kawan2 di kota pula...macam aku ni..minggu ni akan dihabiskan sebaik mungkin, menziarah sana sini, memandangkan next week akan pulang ke Terengganu...open house di rumah mak ayah pula...

ntah tetiba nak write something yang boleh dijadikan contoh atau teladan..seronok juga turun naik bas pergi dan balik uia, kadang2 cik husband anto. apa org kata jauh berjalan luas pemandangan..maka sambil mata tu dok memerhati sekeliling..melihat sebuah kehidupan..dalam memerhati gelagat kakak dan mak cik indon ni...maka aku terpandang raut si abang dan 2 org adiknya yang comel..anak foreigner katakan..dgn kulit putih, mata berwarna coklat, adik yang kecik tu pakai cermin mata, macam genius orgnya....

aku kagum lihat 3 beradik berulang alik pi sekolah naik bas...diorg ni sekolah kat iis (international islamic university)- jalan sg pusu gombak ni...umahnya mereka sure area setapak...hari2 macam tu, kadang mmg pagi dan pulang aku dgn mereka bertiga akan satu bas..aku suke tengok wajah adik..comel giler..opss no picture yer..malas nak capture gambar dok dalam bas....

mesti mak ayah dia bz giler sehingga anak2 diberi kebenaran ke sekolah dengan hanya menaiki bas..kalau bas sekolah ampun lagi, ni public transport yang kebanyakkan digunakan oleh pelbagai pihak..abang mungkin sudah di alam sekolah menengah..adiknya perempuan, mungkin dlm usia 11 atau 12 tahun, manakala adiknya pula maybe usia 6 atau 7 tahun..ye la dulu, adik dia pakai baju tadika..sekarang ni dan tukar uniform sekolah rendah, sama macam kakaknya...

abang mmg bertanggungjawab. abang akan menahan bas, kemudian bayarkan tiket untuk adik2nya..kalau takde duit kecil, pi tukarkan dengan mana2 customer dlm bas tu..kemudian akan pastikan adik bongsunya tu dapat duduk dalam bas, biarpun abg dgn kakak terpaksa berdiri...sambil tu galas beg adik dia lagi..memang menjadi tanggungjawab seorg abg memastikan adik dia selamat pg dan balik sekolah. 

aku dok dalam bas berfikir sendirian, pandai mak ayah didik abang sehingga berjaya memastikan adik2nya selamat di dalam jagaan abangnya..ye la zaman sekarang bukan senang abang nak jaga adik2 ni..lebih2 lagi kalau usia remaja..kadang2 biarkan je..walau naik bas sama, abang bayar tiket untuk abang, adik kena bayar sendiri..so nnt aku pun nak didik sofiya menjadi kakak yang bertanggungjawab. walaupun dia perempuan , dia tetap kena pastikan keselamatan adik-adiknya nanti..usah dibiarkan tanpa pengawasan.

pendidikan anak-anak ni memang bermula di rumah..sekarang ni kalau cakap ,'sofiya salam..ameen..ameen..'..mst tangan dia bergerak salam tangan aku dan cium..tp bila aku salam suami first depan dia..then ckp benda sama, sure laju tarik tangan dan cium tangan aku...see, bagaimana tingkah laku kite mengajar anak2..so dalam pendidikan anak-anak ni, perangai dan pembuatan kite amat penting, tersilap langkah, buruk la perangai anak2..

anak-anak ni adalah cerminan mak ayah..betul atau tak? maybe ada yang kata betul..dan ada juga yang kata tak betul..ye la kalau ayahnya penagih dadah, sedangkan anak dia berjaya masuk universiti...itu la, tapi tak ramai pun camtu, hanya segelintir je yang macam tu..so sebagai kesimpulan walau macam mana pun, akan ada juga cerminan mak ayah tu kan! tak percaya tengok kite dgn mak ayah kite...cari kat mana yang perangai habit sama dengan mak ayah kite..wallahulam.

sesungguhnya mendidik anak di era yang teknologi hanya di jari mmg mencabar. kite la hendaklah memberi perisai terbaik untuk anak supaya tidak terlibat dengan perkara yang merosakkan diri..akhir kata..nak iklan kan: -  ANDA BIJAK JAUHI ZINA


berminat?

Panelis Jemputan: Ustaz Zahazan Mohamed & Dr Rubiah K.Hamzah
Pengacara Jemputan: Pn Wardina Safiyyah
Penasyid Jemputan: Inteam & Demascus

Antara Pakej yang ditawarkan :
JUALAN MEJA/KERUSI :
Platinum - RM 10,000/meja (RM 1,000 x 10 kerusi)
Gold – RM 5,000/meja (RM 500 x 10 kerusi)
Silver – RM 3,000/meja (RM 300 x 10 kerusi)
Bronze – RM 2,000/meja (RM 200 x 10 kerusi)
Sebarang bentuk sumbangan dan tajaan sangat dialu-alukan.

NO. AKAUN Raudhatus Sakinah:
5621 0672 0426
(Maybank Berhad)

atas nama

“RAUDHATUS SAKINAH BERHAD”

Hantarkan resit ke email: rsakinah@gmail.com atau faxkan ke: 03-41071754

Untuk tempahan, sila hubungi:

Sekretariat Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011
03-41073379 @ 03-41089669 @ 03-41053159
Puan Rosmawati Zainal : 019-2386333
Puan Yusnani Abd Hamid : 012-6350071
Puan Siti Fazhana : 013-9908814
Encik Joannes Lukas : 013-3040834
Encik Abdullah Omar : 013-2466190



No comments:

Post a Comment