Pages

Thursday, December 15, 2011

Hilang Permata Ini

Assalamualaikum semua


Agak lama tidak menulis di ruangan khas ini. Apakah alasan aku kali ini? Semalam baru je aku balik dr sedikit diskusi dengan sahabat-sahabat perjuangan (kawan-kawan usrah)..ada satu perkongsian yang ingin dikongsi sebagai satu dorongan dalam mengharungi kehidupan di dunia ini...


Percayakah anda dengan kewujudan akhirat? sebagai org Islam, menyakini hari kiamat merupakan rukun iman yang ke 5...maka sejauh mana persediaan kita untuk masuk syurga Allah...dalam Al-quran terlalu banyak kisah dan gambaran syurga Allah sehingga ada yang mengadaptasi menerusi keindahan syurga bila duduk di hotel bertaraf 5 atau 6 bintang...masyaAllah, syurga Allah itu lebih indah dr hotel itu kan! dalam al-quran ada menggambarkan syurga Allah ini adanya sungai2 yang mengalir di bawahnya..wah sungguh cantik, sungguh nyaman dan sungguh indah sekali ciptaan Allah...


dalam perbincangan dalam usrah semalam yang berlangsung dalam tempoh 2 jam, sempat la naqibah kesayanganku, kak normah menceritakan tentang buku dibaca, kisah seorg wanita unggul..iaitu Allahyarhamah Ustazah Yoyoh Yusra dalam buku bertajuk 'Hilanglah seorg permata' (maybe la- actually ingat2 lupa tajuk buku ni)..Ustazah Yusra sudah meninggal pada 21 May 2011 kerana kemalangan selepas menghadiri konvoksyen anaknya..Ustazah Yusra merupakan ahli parlimen di Indonesia...merupakan ibu kepada 13 anak. dalam kesibukan menjadi ahli parlimen, ustazah masih ada masa dengan kerja2 dakwah..setaip minggu dia akan bawa 11-12 usrah..masyaAllah..itu la contoh kepada kita..usia uztazah ni masih muda, dilahirkan tahun 1962..cuba bayangkan kita yang takde usrah ni rasa berat nak pi usrah apatah lagi kalau dikehendaki membawa usrah...hebatkan ustazah Yusra ini....


jom kita selidik apa rahsia ustazah ini yang boleh membawa 11-12 usrah seminggu...hanya ada 2 kunci...pertama adalah sentiasa mengamalkan solat malam (itu merupakan kunci seorg pendakwah) dan kedua sentiasa menghafaz al-quran (maka di waktu solat malam, sentiasa amalkan bacaan surah-surah yang panjang)...ini la rahsia yang menjadikan diri ustazah cukup kuat dalam mengharungi kehidupan bersama suami, anak-anak dan seterusnya masyarakat...


antara cerita-cerita menarik tentang ustzah Yusra ini adalah, dia seorang sangat yang low profile, yang mana dari segi penampilan, pakaian tidak menampakkan yang dia seorg yang ahli parlimen, sama sperti org-org biasa...salah satu cerita yang dishare kak normah ialah tentang hand bag..di mana ada satu rakyat menegur bahawa bag tangannya cantik, apabila dengar pujian dr rakyatnya, maka dengan sewenang2nya dia ambil segala barang dr begnya kemudian diberi kepada rakyatnya, sedangkan dia hanya memakai plastik sahaja..begitu luhur hati ustazah yusra ini..tp adakah kita akan bertindak seperti itu andainya someone memuji beg tangan kita?


kisah kedua tentang bagaimana ustazah yusra pergi melawat rakyatnya yang baru bersalin, di mana rakyat itu merupakan seorang student yang menjangkakan melahirkan anak after exam tetapi dengan izin Allah, dia lahir 2 weeks b4 exam...kebetulan ustazah yusra ingin ke tandas..selama satu jam ustazah yusra ke tandas, ini telah menimbulkan tanda tanya suami kenapa begitu lama isterinya di dalam tandas tersebut...jawapannya adalah ustazah yusra dengan rela hati mencuci lampin bayi tersebut. ini disebabkan pelajar tersebut sungguh bz sehingga tidak mampu basuh lampin dan baju-seluar anaknya. subhanaAllah, itu la pemimpin yang patut kita contohi..


cerita ketiga mengenai kisah ustazah yusra ditinggalkan oleh supirnya...di mana ustzah yusra satu kelemahan ialah tidak pandai memandu tapi satu kelebihan bagi dirinya kerana dalam perjalanan itu la ustzah yusra membuat hafalan al-quran...ceritanya begini, ustzah yusra telah ditinggalkan oleh drivernya ketika berhenti di stesen minyak untuk ke tandas...maybe driver pun alim, dia tak pandang pun ke belakang, dia ingatkan uztazah sudah ada dalam kereta...maka diteruskan perjalanan..apabila meyedari supirnya sudah meninggalkannya, maka uztazah berusaha meminta bantuan untuk menelefon suaminya kerana dia sehelai sepinggan, namun tiada yang sudi menolongnya kerana cara perwatakkannya tiada siapa sangka dia seorg ahli parlimen sehingga la ada la sorg makcik yang sudi menolongnya... kemudian ustzah yusra menelefon husbandnya dan menceritakan segala kisah kpd suaminya...dan suaminya menelefon supirnya..dialog suami dengan supirnya seperti berikut:-
husband: assalamualaikum, ibu ada?
supir: ada
husband: boleh bercakap sama ibu
supir: boleh (sambil tangan menghulurkan hp tanpa menoleh ke belakang)
bila ustzah tidak mengambilnya
supir: tuan, ibunya tidur
husband: (masih boleh kawal keadaan) cuma kamu tengok ke belakang
supir: argh..ibunya tidak ada..
husband: kamu sudah meninggalkan ibu di stesen minyak tadi.

maka perjalanan ke stesen minyak tadi mengambil masa 3 jam lebih..sampai je supir ke sana, ustazah yusra masih boleh tersenyum..langsung tak marah..masyaAllah..kalau kita macam mana yer? dah sumpah2 kan..kena perbetulkan keadaan..takde pun rasa marah ustazah pada drivernya sehingga perlu dibuang atau dipecat jawatan itu..


itu la kisah2 yang menarik yang ingin dikongsi..nak tahu kisah lanjut boleh baca buku yang disebut di atas..aku pun mahu membaca buku tersebut, pinjam dgn kak normah pun boleh agaknya kan! aku sungguh kagum dengan wanita ini kerana aku juga wanita. bergantung pada Allah, ini la hasilnya, iman yang mantap dan yang paling penting berjaya melakukan kerja2 dakwah yang merupakan itu la kerja Rasulullah..bayangkan kalau Nabi tak buat kerja dakwah, maka takkan ada Islam ini kat bumi Malaysia. oleh itu, selagi ada nyawa, maka kita perlu la manyambung kerja-kerja Rasulullah supaya Islam tidak ditindas lagi seperti berlakunya di Syria, Mesir, Yaman, Iran, Iraq, Bosnia dan lain2...



Antara sedikit kata-katanya yang boleh dijadikan panduan hidup kita semua especially perempuan


1. Apabila ditanya apakah beliau tidak letih menguruskan anak-anak. Jawab beliau sambil tersenyum, "Alhamdulillah, ramai anak itu malah meringankan!"


2. Ketika saat menanti majlis forum di mana beliau adalah di antara panelisnya, beliau berehat di belakang pentas bersama suami. Saat itu kelihatan Bonda Yoyoh dan suami sedang mengulang ayat-ayat suci Al-Quran bersama-sama. 


3. Apabila ditanya, berapa banyak halaman yang sudah dihabiskan, jawab beliau sambil tersenyum, "Masih sedikit berbanding apa yang harus kami tunaikan, hanya 3 juzuk." Ditanya apakah beliau sempat, jawab beliau "Berdepan dengan banyak masalah dan ramai orang memerlukan kita membaca Al-Quran dengan lebih kerap!"


4. Apabila ditanya, apakah beliau mempunyai masa yang diluagkan untuk anak-anak. Beliau menjawab, "Ternyata masa bersama anak-anak adalah sedikit tetapi kesedaran berdikari harus ditanamkan sejak kecil!"


5. Beliau sangat mementingkan persoalan pembinaan generasi buat bakal-bakal ibu. Lalu beliau berpesan, "Jaga suapan gizi. Jangan sampai Allah mengherdik kita jika generasi kebangkitan Islam lemah disebabkan ibunya makan sembarangan!"


6. Beliau juga selalu berbagi pesan dalam persoalan rumahtangga. Beliau pernah menasihat, "Hidup berumahtangga itu harus saling memberi.


Setelah membaca kenangan-kenangan insan yang mengenali beliau, saya jadi ingin sekali mengenali Bunda Yoyoh.


Bayangkan, mujahidah dakwah, sehingga tiada pun masih berdakwah, sehingga kembali pun masih mentarbiyah..


Moga Bonda Yoyoh menjadi murabiyyah hingga ke syurga Allah..

No comments:

Post a Comment