Dah awal December, macam-macam dlm fikiran ni..kalau budak sekolah, sure dah gembira..maklum la time cuti sekolah sudah tiba! before terlupa, nak wish congrats tu my cousin, Nani aka kakak yang dpt 5A dalam UPSR baru-baru ini...
Apapun hari ni happy sangat2 sbb berbulan2 aku running MATLAB, akhirnya berjaya dapat result yang dikehendaki...thanks to Allah yang memberi ilham ni...tahniah pada diri sendiri..lepas ni boleh fokus pada hardware pulak..kena study pasal PWM pulak..penat tau hari2 dok mengadap simulation, mengadap MATLAB, sampai otak ni jadi tepu dah...
actually takde benda sangat nak coleteh, cuma dari sehari ke sehari nak tulis pasal tentang 'bridal shower'...
korang tahu tak apa dia 'bridal shower' ni? dulu aku dengar tentang 'baby shower'..sekarang 'bridal shower'...maybe it like a pre-wedding ceremony...itu semua idea org kafir, tapi org melayu dan mengaku islam selalu nak tiru budaya org putih ni kenapa? apakah islam yang kita anuti tidak cantik? tanya hati di mana iman kita sehingga kita kadang2 sokong je aktiviti yang sahabat2 kita buat sehingga kita tidak sedar dalam diam merestui budaya mereka dan mungkin juga berkaitan agama mereka.
google
pada aku la, dalam islam ni ada upacara merisik, means lelaki datang merisik perempuan untuk menanya berpunya belum..dan bertunang (ini aku rasa adat melayu kot - wallahualam) kemudian diikuti walimah...kalau bertunang ni tak perlu la canang satu dunia...macam kisah husband aku yang tak pernah cerita pertunangan sehingga bila dia edar kad kahwin 3 weeks b4 pernikahanku kawan2nya semua terkejut..ye la takde angin masakan pokok bergoyang kan! so kalau pertunangan, aku lebih suke dirahsiakan drpd diheboh2kan..nnt tak pasal2 kecoh satu dunia kalau tak jadi kahwin...
sebenarnya, Islam is the right and best way...so as a muslim kita ada contoh terbaik, contohi cara kehidupan Nabi Muhammad s.aw..dan paling penting contohi Rasullulah saw dalam berdakwah..jangan asyik dok lihat yang barat je bagus...ini, bila 'bridal shower', ada kek yang lucah, means kek bentuk breast, pastu ada baju dalam la..eii tak malu ker..then tulis..'happy jerking'..Islam tak pernah pun adakah party before nikah untuk meraikan tamatnya zaman anak dara mahupun anak teruna...dan kalau google, macam2 istilah party yang diadakan sebelum pasangan dinikahkan..lagi satu tu, mentang2 la dah bertunang, takde segan silu berpegangan sana sini, ambil gambar seolah2 dah halal...jangan terlalu mengagungkan apa org barat buat...kembali kepada ajaran Islam...fikir kehidupan selepas mati kerana pasti itu pasti kepada setiap benda hidup...
begitu juga dengan 'baby shower'..maybe bagi bangsa Melayu mereka mengamalkan konsep adat lenggang perut menggantikan amalan 'baby shower' tapi kedua-duanya bukan ajaran Islam..konsep 'baby shower' yang aku faham ialah lagi beberapa weeks nak bersalin, maka diadakan 'baby shower'...pelik betul perangai org Melayu ni..apa salahnya kalau majlis tu ditukar majlis doa selamat untuk ibu dan bakal baby lahir...ini tidak, hanya makan2, istihar gender baby dan juga kasi hadiah....adakah itu wajar untuk dilaksanakan? jawapannya tidak, cuba bayangkan andainya baby yang dikandung tu dilahirkan meninggal, abis macam mana dengan pemberian hadiah oleh tetamu yang datang itu? adakah tidak berasa sedih bila melihat hadiah2 tersebut..so sebagai org Islam, kita ada cara yang macam mana nak sambut kehadiran bayi tersebut..iaitu dengan acara buat akikah dengan menyembelih 1 ekor kambing untuk anak perempuan dan 2 ekor kambing untuk anak lelaki...itu baru betul..
google
cukup la tazkirah ringkas semperna kedatangan bulan Muharram...semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sudah...
opss..entry yang dah basi...dah lama peram..baru hari ni nak publish...dah masuk bulan dec....apa yang penting, mencari keredhaan Allah adalah penting dalam segala-galanya....wallahualam
setuju!
ReplyDeletejarang benda2 yg berlaku dlm parti mcm ni ikut cara islam..kebanyakannya menyimpang jauh la