Pages

Wednesday, February 20, 2013

Pendidikan: Potty Train

Salam Wednesday :)

Rindu pada sofiya..rindu sofiya masa baby dulu2...lamanya tak tulis tentang sofiya....
tak lama lagi sofiya 2 tahun 6 bulan..lagi 6 bulan 3 tahun..tp tak belum train untuk potty train..
hari train kejap..terus give up mak ayah dia...pakaikan pampers..nak cuba weekend ni..tp macam nak pi umah adik kat puchong...dah wajib train untuk kakak sofiya ni...semoga dipermudahkan usrusan saya dan suami saya...

Dalam facebook ada teknik ajar si anak untuk potty train..antaranya :-

Bila masa yang sesuai dipraktikkan :

1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si kecil sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.

2. Latih si kecil memberi isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.

3. Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi.Sama ada anda lakukan sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.

4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali.Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang.Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.

5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.

6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya.Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil masa yang lama.

7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil.Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.

8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri.Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing.

9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.

10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air.Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.

Perkara perlu dielakkan:
1. Memakai lampin pakai buang sehingga melebihi usia 3 tahun ke atas.
2. Memakai lampin pakai buang di waktu malam sehingga usia melebihi 5 tahun.
3. Memakai lampin pakai buang setiap kali keluar.
4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh terhenti dengan sendiri.
5. Memarahi atau memukul apabila si kecil terkencing tanpa memberitahu.

Sumber : Majalah Harmoni


Perkembangan tentang sofiya tika usia 2 tahun 5 bulan ialah dah pandai ajuk org cakap, kalau bercakap bukan main laju, panjang..tapi tak faham..yang word last tu baru faham...macam petang semalam..

I : Farisha datang kat umah atuk tak?
S: Farisha alik kampung.

laju je dia jawab, last2 tanya cik husband..farisha ada tak kat umah atok..suami cakap datang je..aik..confius dengan sofiya ni...

selain itu, sofiya dah tak takut dengan org..especially dgn uncle dan aunty dia..okey je..cuma skrg dia kurang sgt minum susu...takpe la..as long as nampak dia sihat ok la..last week husband bawa jupe doctor nak check mata dia...maklum la mata dia macam juling..risau kan...so nnt follow up next 12.03.13..hope takde apa2 la mata dia tu...
actually writing pasal sofiya sbb rindu sangat kat sofiya masa baby..skrg sudah besar...





tapi semua gambar sofiya tahun lepas..masa umur 2 tahun
rindu nak tocangkan rambut dia
skrg dah gunting kasi pendek
sbb rambut dia ada cik kutu
gara-gara anak2 kat atuk dan nenek ada kutu


No comments:

Post a Comment