Pages

Wednesday, February 20, 2013

Pendidikan: Potty Train

Salam Wednesday :)

Rindu pada sofiya..rindu sofiya masa baby dulu2...lamanya tak tulis tentang sofiya....
tak lama lagi sofiya 2 tahun 6 bulan..lagi 6 bulan 3 tahun..tp tak belum train untuk potty train..
hari train kejap..terus give up mak ayah dia...pakaikan pampers..nak cuba weekend ni..tp macam nak pi umah adik kat puchong...dah wajib train untuk kakak sofiya ni...semoga dipermudahkan usrusan saya dan suami saya...

Dalam facebook ada teknik ajar si anak untuk potty train..antaranya :-

Bila masa yang sesuai dipraktikkan :

1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si kecil sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.

2. Latih si kecil memberi isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.

3. Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi.Sama ada anda lakukan sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.

4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali.Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang.Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.

5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.

6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya.Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil masa yang lama.

7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil.Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.

8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri.Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing.

9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.

10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air.Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.

Perkara perlu dielakkan:
1. Memakai lampin pakai buang sehingga melebihi usia 3 tahun ke atas.
2. Memakai lampin pakai buang di waktu malam sehingga usia melebihi 5 tahun.
3. Memakai lampin pakai buang setiap kali keluar.
4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh terhenti dengan sendiri.
5. Memarahi atau memukul apabila si kecil terkencing tanpa memberitahu.

Sumber : Majalah Harmoni


Perkembangan tentang sofiya tika usia 2 tahun 5 bulan ialah dah pandai ajuk org cakap, kalau bercakap bukan main laju, panjang..tapi tak faham..yang word last tu baru faham...macam petang semalam..

I : Farisha datang kat umah atuk tak?
S: Farisha alik kampung.

laju je dia jawab, last2 tanya cik husband..farisha ada tak kat umah atok..suami cakap datang je..aik..confius dengan sofiya ni...

selain itu, sofiya dah tak takut dengan org..especially dgn uncle dan aunty dia..okey je..cuma skrg dia kurang sgt minum susu...takpe la..as long as nampak dia sihat ok la..last week husband bawa jupe doctor nak check mata dia...maklum la mata dia macam juling..risau kan...so nnt follow up next 12.03.13..hope takde apa2 la mata dia tu...
actually writing pasal sofiya sbb rindu sangat kat sofiya masa baby..skrg sudah besar...





tapi semua gambar sofiya tahun lepas..masa umur 2 tahun
rindu nak tocangkan rambut dia
skrg dah gunting kasi pendek
sbb rambut dia ada cik kutu
gara-gara anak2 kat atuk dan nenek ada kutu


Tuesday, February 19, 2013

peringatan untuk diri

Salam..

Rajin pulak nak menulis, maklum la takde benda nak baca..so terlintas dalam fikiran nak tulis something yang boleh dijadikan kenangan...

Semalam, excited sgt bila dalam tummy ada baby, hari ni pun baby pun aktif pulak..asyik nak 'kick' je kerja dia...tak sabar nak shopping barang baby.."tapi ibu belum ada gaji yer sayang, nnt ibu pun barang baby macam ibu menanti kehadiran kakak sofiya..sabar yer sayang"..ini pun saya dah list apa barang yang perlu dibeli atau diguna pakai yang kakak sofiya je...jimat satu..tapi rasanya baju seluar, beli yang baru la, barut dan lampin, check dulu..kalau condition bagus..guna dan top up sikit2..kalau baju tu, sure la tak boleh..sbb kakak sofiya pun masih pakai baju tu, kakak sofiya size kecil, tu baju 6 bulan still boleh pakai...ibu dia yang menambah size....

baru la saya excited nak baca semula apa-apa yang boleh diamalkan sejak pregnant kan! dulu, masa sofiya, saya amalkan dgrkan al-quran..cuma beza kali ini..adik sofiya dalam perut dah pi usrah, sedangkan sofiya masa umur 4 bulan...maknanya adik sofiya dalam perut dah berkenalan dengan usrah...cuma rasanya perlukan tambah pahala, tingkatkan amalan...macam tak konsisten je amalan ni..huhuhu...cry...malu pada Allah..

dan akan cuba menambah pengetahuan tentang penjagaan selepas bersalin...saya mengalami sembelit yang teruk selepas bersalin...itu sbb antara yang saya jarakkan mengandung (2 tahun) selain alasan study master...nnt anak ke-3 lepas phD la yer..boleh tak? perjanjian dengan suami penting...

nanti saya akan beli majalah pa&ma semula..walaupun ada yang ckp majalah pa&ma adalah isu berulang..tapi saya lebih prefer baca majalah drpd internet..internet ni sakit badan, kalau baca majalah, boleh baring, melentang..tapi yang penting nak baca bahan ilmiah yang banyak..nak jadi macam mak...mak saya mmg suka membaca orgnya...especially bahan2 ilmiah...bukan majalah Wanita, bukan majalah Jelita tapi buku2 berilmiah...





Monday, February 18, 2013

Anugerah ke-2

Salam Isnin...

Bersiaran dr ofis di Uitm...
Alhamdulillah, tika usia kandungan 20 weeks 4 days, saya berjaya juga buka buku merah...
Sofiya bakal jadi kakak..alhamdulillah..Allah memberi keizinan untuk saya menambah lagi saham saya untuk mendoakan saya di dalam kubur nanti...syukur padaMu ya Allah..

Anak yang ke-2 mmg kami nantikan..ye la, sofiya sudah 2 tahun..dia patut ada kawan...kawan untuk dia bermain, kawan untuk dia share cerita...so bila period delay, saya yakin yang saya pregnant..tapi saya diamkan je..nobody know except my husband...saya tidak buat UPT..sbb masa tu bz siapkan thesis, risau time nak buat correction, masa tu tak larat..ye la mind kita kan selalu bila tak test nothing happen, tapi bila dah test, mula lah angin sakit sana, muntah sana sini...

cuma yang saya perasan mengandung kali ini, saya rasa lenguh2 badan, selera makan pun kurang, makan tetap makan...cuma kuantiti sikit..nak kata tak muntah..opss tipu la....mmg muntah juga...cuma tak seteruk sofiya dulu..lagipun berat saya turun, walaupun saya dikategorikan obesiti...pregnant kali ini, makan pun berpada-pada, tak nak naik banyak sangat..masa sofiya dulu 8kg berat naik...yang ni tak sure la...lagipun buat buku masa kandungan 5 bulan...

lagi satu, saya tak boleh bau-bau yang bleh mengingati memori mengandungkan sofiya..even suami pakai perfume..tak boleh tau!rasa tak sedap...tapi takde la sampai mual..walaupun letih, lenguh..tapi saya masih boleh masak..ye la kalau saya tak masak, siapa nak tolong??? takkan hari2 nak makan kedai...bankrupt la camni....

memandangkan masa 1st bersalinkan sofiya, vacuum (dengan alat), maka sticker buku merah berwarna hijau...harap-harap mengandung kali ini takde masalah..lancar je...dan paling happy, saya berjaya merancang family kaedah manual..means takde makan ubat, pil atau alat, (pakai kondom pun kejap, sbb suami tak selesa)..so bila kami betul2 nak anak, kami doakan pada Allah macam masa kami nak sofiya dulu..alhamdulillah dan harap-harap baby yang ini pun sihat macam sofiya...

pasal 1st medical check up ni, actually jangan tiru yer..sbb buat buku merah dah lambat...check UPT lambat..sbb ada alasan tertentu..tapi bila 1st time medical check up untuk this baby, semua buat.. scan, dan cucuk tetanus tu...minum air gula je belum..nnt minum kat shah alam pulak..hope takde MGTT la masa pregnant...bila dapat dengar denyutan baby, suka sangat..sbb mmg saya pregnant la kan! then bila scan, yes, nampak jantung dia berdenyut..sure yakinlah yang sofiya akan jadi kakak..suami pun yakin saya mmg pregnant..yes!baby bump pun dah nampak....rasanya kena baca buku tentang pregnancy semula..maklumlah pengalaman lalu dah berusia 3 tahun...

semoga saya dan cik husband berjaya mendidik anak-anak kami, dan mereka menjadi saham untuk kami ketika bertemu Allah nnt....