Pages

Thursday, October 11, 2012

Stress: Ubatnya kembali pada Allah


Assalamualaikum

Salam Khamis readers semua..esok Jumaat..maka akan ketemu semula weekend..ya be da be du!! Betul tak? Weekend hari family…sape yang tak suke weekend, angkat tangan!! Esok saya ada mock viva with my supervisor…macam buat fully research pulak, ye la nak masuk 3 times dah mock viva ni..takpe..take positive, demi kebaikan diri juga…
InsyaAllah next Monday, saya akan ber’viva’…maka tamatlah pernantian yang hampir 2 bulan lebih tu…satu masa yang panjang walaupun hakikatnya masa makin singkat…teringat kata2 Hasan Al-Banna, “Tanggungjawab kita banyak tapi masa yang sikit”…betul tak? Perasan tak kawan2..a lot of think yang perlu kita lakukan tiap-tiap hari…tapi masa yang sikit itu membataskan pergerakkan kita..

Yes, minggu ni banyak sangat aktiviti yang perlu diikuti..tentulah program under IKRAM..bermula malam ni, perjupaan JK Pusat dgn ahli IKRAM Selangor, besok, Liqa’ Nuqabah, diikuti kelas Al-Quran dan Ahad, Seminar Kewanitaan oleh dr Harlina …saya cukup kagum kalau ada sahabta-sahabat mampu meluangkan masa dengan aktiviti2 tersebut..niat kerana Allah, sure dapat pahala kan! Saham di akhirat nnt..Jom kawan-kawan…jangan buang masa dengan perkara sia-sia..

Hari ni nak coretkan kisah …. …actually semalam berbual dgn sahabat satu fikrah, tentang seseorg bila stress je, mesti kelar tangan…nak tahu apa respon sahabat saya? Dengan spontan, she said lemahnya iman dia…dulu2, masa saya dengar cerita ni kan, macam tak percaya, takkan stress sampai nak rosakkan diri, adakah sama dengan bunuh diri? Sama atau lebih kurang..rasanya kalau kupas banyak2 takut tersilap..so for me, hanya dia dgn Allah je tahu..kalau bunuh diri, sah2 lah tempatnya di neraka Jahanam kan..Cuma kalau kelar diri, tak mati je..tapi macam mana pula kalau org hisap rokok? Itu pun merosakkan badan…kan dah banyak kena kupas…

Tapi hari ni biarlah bercakap tntg org stress je, toreh tangan sana sini, masyaAllah..mula la terfikir, macam mana hubungan dia dengan Allah.. terjaga ke solat dia? Kita walau stress dengan apa-apa sekalipun, berbalik pada Allah. Allah yang mencipta kita, maka bila kita ada masalah, padaNya kita pohon..Allah itu Maha Mendengar..bukan menyeksa diri sendiri…banyak perkara yang boleh dilakukan dalam keadaan stress ni, contohnya ambil wuduk, solat, solat sunat, baca al-quran, dan macam2 lagi kan!! Apapun berbalik pada diri sendiri..sentiasa mencari redha Allah, sentiasa bermuhasabah, apa tujuan sebenar kehidupan kita. Tujuan utama kita dijadikan untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah…Oleh itu, segala yang kita lakukan seharian mesti mendapat keredhaan Allah..dalam mencari rezeki, make sure, kena ada redha Allah supaya hidup kita sentiasa berkat, anak-anak pun perangai cantik, berakhlak mulia dan sewaktu dengannya.

Sebagai kesimpullan, apa-apa yang berlaku kat dunia especially dalam kehidupan seharian, kita yang corakkan.Selagi dipanjangkan usia, cari la sesuatu yang boleh menambahkan keimanan kita pada Allah stw. Jangan terlalu ikut perasaan sehingga apa yang kita buat itu menjadi cerlaan Allah di akhirat kelak..wallahualam..

No comments:

Post a Comment