Pages

Tuesday, May 15, 2012

hari nakbah: 15 May


We love Palestine..
adakah anda termasuk?
15 May setiap tahun merupakan hari nakbah
perlu kah kita mengingati? 
Jawapan Ya..

apa itu hari nakbah?


Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera 'The Star of David' dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram israel diistiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

dan cerita lanjut boleh dibaca di sini

oleh itu kawan-kawan, isu Palestine ini merupakan issue ummah, bukan issue politik semata-mata. Kalau kawan-kawan nak tau pasal palestine, boleh blowalking  kat aqsasyarif dan jugqsa2gaza2.blogspot.com.
tertarik dengan kata-kata, 

``isu yang berkaitan dengan permasalahan bumi Palestin bukan isu politik tetapi ia adalah isu yang berkait langsung dengan akidah umat Islam. Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah SWT, apabila umat Islam membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis Yahudi?``

Dari Ibn Hajar al-Asqalani
Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW “Allah Maha Besar akan member kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan.”
oleh itu kita kena prihatin apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita yang berjuang mempertahankan aama dari pihak yang mahukan Islam hancur.
dan yang terbaru adalah kempen tukarkan dp kat fb kepada ambar2 di bawah
jom tukar profile picture / DP kita sebagai tanda sokongan terhadap tahanan2 palestin yang tengah kelaparan kat sana sebab kena seksa dengan israel..

warna koko lambang kepada pakaian mereka, media2 arab semua menghebahkan hal ini, mereka memang target seramai mungkin umat islam agar tukar DP untuk menunjukkan solidariti (perpaduan) yang kita menentang kekejaman Israel laknatullah!

No comments:

Post a Comment