Pages

Friday, April 6, 2012

kahwin ketika belajar

assalamualaikum

salam jumaat kepada semua kawan-kawan. semoga diberi kesihatan yang baik dan juga sentiasa dalam rahmat Ilahi..makin hari makin tua usia kita, namun bagaimana dengan pencapaian amalan kita, makin hari makin meningkat atau menurun atau turun naik? jom kita muhasabah semula. apa-apa pun amalan walaupun sikit tapi istiqamah itu adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi tak istiqamah.

semalam, dalam kelewatan malam, saya keseorangan menonton tv..rancangan yang menarik perhatian saya ialah Semanis Kurma - Kahwin ke Belajar? satu topik yang perlu difahami oleh pelajar, ibu bapa..ya, kini saya sudah berstatus seorang ibu maka amat patut la rancangan ini ditonton...

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


imagine kan one day sofiya datang menghampiri saya dan bertanyakan soalan
"ibu, bolehkan sofiya kahwin"...apa jawapan saya?, "ya, sofiya sudah tentu boleh".. sofiya tanya lagi, "ibu, tapi sofiya masih belajar?"..jawapan yang akan saya bagi, "boleh sofiya, ibu izinkan"

 


saya tidak teragak-agak untuk membenarkan sofiya kahwin masa belajar..sbb saya tahu kebanyakkan yang kahwin masa belajar adalah mereka bertanggungjawab..mungkin org akan mempersoalkan lagi, bagaimana mahu tanggung makan isteri kalau sendiri tidak bekerja...sebenarnya untuk kahwin masa belajar ini, yang penting tanggangjawab. saya dulu pun berkeinginan kahwin masa belajar..masa degree la...tapi malangnya suami ketika itu boleh mahu lagi...tapi sekarang saya masih belajar juga..belajar ke peringkat satu lagi....dan saya kahwin ketika saya mahu sambung master, bezanya adalah saya pernah kerja hampir 2 tahun sbg penyediaan kewangan untuk kahwin...

kahwin masa belajar ini tidak salah..yang penting tahu tanggungjawab..andainya sofiya kahwin dengan sesama pelajar, maka dia perlu la tahu status seorg isteri dan seorg pelajar yang mempunyai suami yang juga seperti dia, masih belajar. maka tika ini, suami perlu juga berusaha untuk mencari nafkah...tapi zaman sekarang macam2 boleh buat, especially dengan internet ni..jalankan bisness..tapi jangan lupa study...mungkin untuk walimah, saya dan suami boleh sediakan untuk sofiya, tapi untuk kehidupan, sofiya dan suami la yang perlu uruskan diri..saya akan bantu yang mana boleh..namun kena yakin dengan Allah, bila buat sesuatu yang halal, maka mudah bagi Allah mahu memberi rezeki kepada yang berkenaan.

adakah bila kahwin masa belajar akan terjejas pelajaran? jawapan tidak...kerana apabila ada masalah dalam membuat assignment, pasangan masing2 akan membantu..dan macam semalam, isteri Ustaz Zamri pun bagitahu, after kahwin pencapiaan dalam study lagi meningkat...kan betul..saya pun kahwin masa belajar master..mmg trcabar juga pada mula..kalau kewangan pada mulanya takde masalah..cuma akhir-akhir ni terpaksa berjimat la sedikit..kenapa saya bercakap belajar ketika dah kahwin amat mencabar? jom soroti cerita saya di bawah ini..

kenapa saya sambung master? sbb saya mahu berdekatan dengan suami..saya membuat keputusan berhenti kerja apabila mendapat tawaran TPM..itu la pengorbanan..ye la..dah kerja tetap, alih-alih berhenti..sambung master pun belum pasti abis atau tidak. selepas kahwin, saya tinggal di rumah mak mertua selama sehingga sofiya lahir..umah MIL di Klang sana, sedangkan saya belajar di UIA gombak, perjalanan yang hampir satu jam..suami pula bekerja di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.. dalam seminggu, 4 hari saya akan bertolak dari Klang ke Kuala Lumpur pukul 6.00 pagi, kemudian akan lepak di office husband..dah la tengah mabuk2 pregnant, kemudian baru pi UIA, tapi kelas kul 5 petang tau! maklum la budak master..pukul 7 atau 8 atau kadang-kadang 9 malam baru bertolak dr UIA ke Klang..sampai umah, makan, solat, tidur...setiap hari buat rutin yang sama...tapi tak tahu kat mana kekuatan yang Allah kasi untuk saya lalui semua itu. 

agak-agak masa bila saya buat assignment..ntah la tak pasti...yang masih ingat, kalau minta suami hantar saya ke UIA, kat masjid la saya lepak..kat situ saya banyak tidur dari study..sbbnya saya penat, tak larat..dan alhamdulillah..sekarang saya di final stage untuk siapkan my research...dan ketika ini saya dah dok Pantai Dalam, KL..itu pun mengambil masa 30 minit nak sampai UIA..kalau naik bas mahunya 40-60 minit perjalanan..dan itu la yang ditetapkan Allah kepada kehidupan saya...saya akan menghabiskan masa saya sepnuhnya di UIA untuk belajar..sampai rumah saya adalah isteri dan ibu.

pernah stress dalam menyiapkan assignment atau thesis di rumah? ya, gangguan dari anak dan juga suami..tapi saya tidak mengatakan dia beban..kalau gangguan suami boleh la tahan, tapi gangguan anak..masyaAllah..maka jalan penyelesaian ialah saya tidur bersama anak sehingga Subuh..tapi jangan rasa takut andainya mahu kahwin ketika belajar dan mempunyai anak..setiap manusia akan diuji dengan cara berbeza...cuma yang saya cakap kahwin ketika study mmg seronok..pergi UIA siapkan research, balik umah menjalankan tugas seorg isteri seperti memasak, membasuh baju, jemur baju, lipat kain, siapkan beg sofiya, masak makanan sofiya ke umah bs, layan sofiya dan juga suami merupakan rutin harian saya...bila masa writing thesis? jawapannya adalah pukul 10 ke atas, apabila siap semua kerja di atas...

so bagi saya, tiada halangan andainya sofiya pun mahu kahwin masa belajar macam ibunya..bezanya nanti adalah saya kahwin master sofiya tidak pasti..maybe usia 20 tahun saya dah izinkan anak-anak kahwin..kalau kahwin tika usia macam saya, di akhir 26 tahun then 27 baru dapat sorg anak..macam mana mahu 8 anak? takkan tiap tahun kena lahirkan anak..so saya mmg galakkan sofiya dan adik-adiknya nnt kahwin awal.
apabila kahwin awal, kurang la dosa bercouple ni kan..lagipun saya berkahwin sambil belajar ni satu keseronakkan yang jarang-jarang boleh dirasai oleh manusia lain...oh..oh..nanti bila saya bekerja, saya akan tulis entry perbezaan kahwin ketika belajar atau kahwin dan kerja, mana yang seronok...


antara contoh yang kahwin masa belajar ada di sini  dan di sini sebagai inspirasi


Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

2 comments:

  1. Nurul,
    Thanks for sharing
    malam tadi terlepas tgk Semanis Kurma
    itu pun sebab gangguan dari anak
    hehehe

    btw pernah rasa juga dulu, ms kita study di awal perkahwinan
    alhamdulillah husband banyak membantu
    wpun pd awalnya mcm sukar sgt n hampir nak stop
    tp Allah bg kekuatan'
    now husband pula niat nk sambung study
    hopefully saya pun akan sekuat dia dulu
    :)

    ReplyDelete
  2. ya Ann. both kena kuat..tapi paling kuat sure la yang menghadapinya kan!

    ReplyDelete