Pages

Thursday, December 22, 2011

Tahniah adik2 PMR

assalamualaikum


sambil running simulation, sambil tu online fb dan juga blogwalking..hari ni hari bersejarah kepada adik-adik yang dapat pmr..hari ini result keluar..tahniah kepada adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut...



tadi sempat aku menonton berita buletin utama semata2 mahu melihat gelagat adik-adik dalam mendapatkan keputusan PMR sehingga menitis air mata melihat kejayaan adik-adik....kagum pada adik-adik yang kelainan upaya yang masih mampu memperoleh kejayaan cemerlang seperti  manusia biasa...


budak autism pun boleh dapat 9A...masyaAllah..mula lah aku fikirkan apa sebenarnya penyakit autism tu..nampak gayanya kalau aku nak tahu pasal autism kena banyak membaca...sambil melihat kejayaan adik-adik..aku mula berbisik, 'sofiya, nanti dptkan kejayaan macam kakak dan abang2 tu yer..ibu kan nak sofiya jadi doktor mata'.




ini lah dia pelajar autism yang dapat 9A..adik dia pun 9A - both sekolah Sheikh Malik, K.Trg




sebenarnya tiada apa yang nak diceritakan, tapi nak share la kan..selain kagum dengan adik-adik yang berjaya memperolehi 9A, 8A, mahupun 7A dalam PMR...aku juga kagum dengan adik-adik yang mampu menulis blog yang berunsurkan islamik..blog yang banyak memberi input dan juga output..nak compare dengan blog aku??? masyaAllah, teramat berbeza...risau pula kalau penulisan dalam blog ini terlalu banyak di'show off' sedangkan niat aku menulis ini adalah untuk berkongsi dengan para pengunjung sesuatu ilmu dan pandangan..agaknya aku kena banyak lagi membaca supaya penulisan dalam blog ini mampu mendidik jiwa kepada Pencipta.


kadang-kadang ramai blogger yang terlalu open menulis dalam blog mereka sehingga semua benda diceritakan...kita kena ingat bahawa penciptaan manusia adalah untuk menjadi khalifah...dan sepatutnya as a Muslim kita sepatutnya berusaha ke arah itu..oleh itu salah satu cara untuk menjalankan salah satu tugas khalifah ini ialah berdakwah. oleh itu, dengan adanya blog, boleh la penulisan itu dijadikan sebagai medan untuk kita berdakwah..wow! dah dapat point kalau apa penulisan kita sudah dibaca, dan bila dibuat apa yang disaran dalam pembacaan, bertambah la point pahala tu kan!...lagipun nak masuk syurga Allah kan susah...bayangkan macam mana la dengan saiz badan kita sekarang nak melalui titian siratul mustaqim...mmg tak boleh dibayangkan dengan akal macam mana nak lalu dititian itu yang dikatakan saiznya sehelai rambut yang dibahagi dengan 7...itu baru titian siratul mustaqim...bagaimana pula dengan buku amal? bertuah kan kalau dapat buku amal dgn tangan kanan..tapi bagaimana andainya diberi buku amal melalui tangan kiri? masyaAllah, sungguh menakutkan...tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupan di neraka itu yang mana bahan bakarnya dari org kafir dan batu-batu....tapi sejauh mana kita bermuhasabah tentang kehidupan kini bila org membicarakan tentang kehidupan akhirat..kadang-kadang ibarat seperti mencurah air ke daun keladi...dan bagaimana pula dengan persiapan untuk berjumpa dengan Pencipta..so  mari la sama-sama berazam untuk tahun baru agar penulisan dalam blog kita merupakan yang ilmiah, memberi panduan berguna kepada pengunjung dan kurangkan cerita yang berunsurkan kehidupan peribadi...risau bila banyak kisah peribadi dalam blog, akan mengundang fitnah pula..oleh itu dalam penulisan ni perlu berhati-hati. ibarat kata pepatah, 'kerana santan, pulut binasa, kerana mulut, badan binasa'..


sekadar coretan di malam hari...semoga setiap penulisan di blog ini membawa kebaikan dan menjadi panduan dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment