Pages

Wednesday, November 2, 2011

Bulan Zulhijjah

Salam 6 Zulhijjah

Alhamdulillah, masa bernyawa dan masih dikurniakan kesihatan yang sihat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi. Pelbagai ragam atau berita2 yang dipaparkan dunia hari ini antaranya anak bangga mengandungkan anak bersama ayahnya dan saling jatuh cinta..nasib org putih, kalau org Islam, tak tahu nak cakap apa..kita sudah berada di zaman jahiliyyah moden..jahiliyyah di zaman teknologi yang serba canggih..ayuh kawan-kawan, bangkit lah...Islam akan hancur seandainya kita as a muslim tidak mencegah yang mungkar dan menegak yang maaruf.

oleh itu sempena bulan Zulhijjah, jom baca apa yang bakal disharekan...ni pun google kat internet ni...


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;


Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).



Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah


Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Di Bulan Zulhijjah



HARI

AMALAN
1 hingga 9 ZulhijjahSunat berpuasa
8 ZulhijjahHidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 

  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali


  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya


  • Solat sunat qabliyah asar



  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali





  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.




  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib


  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...


  • Solat sunat tasbih


  • Solat sunat hajat


  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

  • 10 Zulhijjah 
    Hari Raya Haji/Korban
    Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
     Melakukan korban
     11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
    29 atau 30 ZulhijjahSelepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


    waallahu A'lam

    No comments:

    Post a Comment