Pages

Wednesday, July 27, 2011

suami pukul isteri?

hari ni aku berjaya edit blog sambil runningkan aku punya MATLAB..apapun result tetap sama even aku top up itu ini..biasa la tu..yang penting dont give up and cari solution how settle it..arghh tak perlu la cakap research ni..bukan benda yang menyeronokkan..even hari tu berita pun ckp yang kerajaan memerlukan lagi 30 ribu org dlm penyelidikan..so ia menunjukkan pekerjaan research sesuatu yang kurang menyeronokkan..kalau research, buat sekali terus dpt result kan bagus..tp nama lagi penyelidikan, perlu la ada try and error..btul tak???

korang tengok header aku dah berbaur kekartunan kan, maka mulai hari ni, aku dah tak nak show2 wajah kesayangan anak aku dah..malas nak promote my baby tu..lagipun baby ni semua comel kan, maklum la belum ada dosa..aku risau kalau asyik tampal muka comel sofiya, ada yang kat luar sana menangis kerana masih dikurniakan anak..aku perlu jaga hati mereka supaya satu hari nanti mereka juga menjaga hati aku..so lepas ni, entry aku hanya la gambal dr insan 'google' je la..




bahagiakan tengok gambar kat atas tu...tapi tak semua manusia kat dunia ni sentiasa dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat..ada yang dah 30 tahun usia perkahwinan pun bercerai..itu lumrah kehidupan..hari ni aku nak buka fikiran korang tentang wajar kah seorg suami memukul isteri? ini satu topik yang perlu dibincangkan selepas melihat kes2 penceraian di malaysia sungguh tinggi especially negeri terengganu tu..


aku dapat idea ni selepas terblog walking pasal kes jimmy pengacara tu..dalam hal ini, kita tdk boleh menuding hanya sebelah pihak je..lagipun bila kita baca keterangan isterinya kita pasti tahu siapa yang betul dan siapa yang salah..bila citer hal ni kat suami, dia citer hal sebenar...tapi hal tu biar lah dirahsiakan dulu..balik kpd persoalan, adakah suami yang cool akan memukul isteri sesuka hati? jawapannya adalah tidak..sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorg, seeloknya kita perlu lihat diri kita. adakah bila kita layan suami seeloknya suami akan memukul kite..lain la kalau mmg dia jenis panas baran..lelaki yang jenis panas baran ni, kite sebagai isteri perlu tahu memainkan peranan untuk mententeramkan keadaan. jangan kite pulak yang mengapi2kan keadaan sehingga makin bertambah buruk. bagi aku la, suami yang suke pukul isteri tak memasal ni, mmg adalah suami yang tidak tahu tanggungjawab..tetapi suami yang asalnya cool, caring, memukul isteri mungkin disebabkan keadaan yang memaksa.contohnya mungkin, isteri ada buat silap yang sukar sehingga suami itu sukar menerima kesalahan seperti tidak menutup aurat, keluar berfoya2 dgn kawan walaupun telah diberi nasihat..


korang masih ingat tak kisah nabi ayub a.s yang diuji oleh Allah swt, di mana apabila baginda sakit, isteri kesayangan meninggalkan?  dan apabila baginda sihat, isteri balik semula kepangkuan baginda..dan bagaimana baginda memukul isterinya kerana meninggalkan semasa baginda sakit..iaitu dengan setangkai rumput..ini adalah pengajaran kepada isteri jangan sewenang2nya mengikut kata org lain sehingga meninggalkan suami dlm kesakitan.  ini bermakna suami boleh memukul isteri tapi dalam keadaan memberi pengajaran bukan untuk mencederakan si isteri tersebut...



sebelum menutup entry kali ini, mahukah kamu bahagia macam pasangan kartun di atas..terdapat beberapa tips yang yang boleh diamalkan. di antaranya:-

1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

2. Jaga kemaluan suami. Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta.

3. Jagalah minatnya. Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok. 

dan bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan  3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami

marilah sama2 kite memperbaiki diri untuk sama-sama menuju syurga Allah. keberkatan hidup isteri adalah keredhaan suami..wallahulam

No comments:

Post a Comment