Pages

Tuesday, July 5, 2011

bila rajin, inilah hasilnya


bila rajin, ini la jadinya..bagusnyer aku..puji diri sendiri..
masa blogwalking blog nano nor td, aku jupe la web masak2 ni..tajuk dia sambal taugeh + pucuk paku pakis + kerang..so blogwalking la...tetiba dlm blog tu ada resepi 'puding roti'...tengok2 bahan nak buat cam senang je...

balik2 dr uia, pi kedai bawah umah aku..aku ni dok flat..sure ada kedai2 terdesak kat bawah ni kan..korang mesti tahu kedai terdesak apa kan..kedai2 ni mmg mahal la skit dr harga supermarket macam giant, tesco, carrefour dan econ save.

untuk buat puding ni..semua total adalah 10.60..mahal kan! maklum la bahan2nyer banyak yang takde..yang ada telur dgn susu cair...so dgn pewarna pun 2 ringgit sebotol..aku beli 2 maka 4 ringgit...mahal btul pun pewarna..lepas ni bleh wat makanan warna warni sbb dh ada pewarna...hihihi..mengarut je aku..ok jom terjah bahan2 nak wat puding roti

tajuk : puding roti
masa: 20-30 minit

bahan2:

bahan A : (semua kena masak atas dapur terlebih dahulu)

1 paket agar2
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

bahan B: (Kisar kesemua bahan yang tersenarai ni)

2 biji telur
1 tin susu cair atau 2 cawan santan
1 sudu teh esen vanila
3 keping roti gardenia
3 sudu teh besar susu pekat

setelah bahan A masak, masuk bila agar2 dan cair, maka masukkan bahan B yang dikisar.
kemudian bahagikan 3 bahagian - 1 bahagian hijau, 1 bahagian kuning, 1 bahagian warna asli

kemudian sengetkan sedikit loyang. kemudian selang-selikan masukkan agar tu. sejukkan
dan keras bleh dimakan..sedapnya..Alhamdulillah..

ni 1st time aku buat agar macam pelangi ni..alhamdulillah menjadi..tak macam aku buat kek coklat kukus hari tu..topping tak jadi...so aku dpt 3 bekas..okey..sape2 nak, sila angkat tangan, bleh aku wat amal jariah...
kemudian aku 1st time juga wat kuew teow ladna..tapi tak letak ayam..sbb ayam keras..aku berjaya dptkan ayam organic kat pasar raya metamorf..dkt ngan komuter pantai dalam..alhamdulillah...

sape2 nak try buat la..aku rasa mmg sedap...mmg skrg ni aku rajin skit nak masak kuih muih ni..maklum la kalau nak beli kat kedai pikir banyak kali..maklum la mahal..even pagi tadi aku makan kuew teow dgn begedil daging pun kena 3 ringgit..ni dalam kampus uia..ntah kul berapa kuew teow tu dia masak..sejuk macam dlm peti..makan pun dlm terpaksa mengenangkan 3 ringgit aku dah laburkan..okey.,,mmg tak lama dia tender kat uia tu..aku jamin..sbb jual mahal2 pada student..

No comments:

Post a Comment