Pages

Thursday, June 16, 2011

usrah itu perlu

oh..oh..itu ke tajuk entry kali ni?? nak citer apa yer..
okey, actually, pagi tadi aku dengan cik husband telah berjaya membawa sofiya yasmin buat annual mediacal check up..nasib tak lama..pi kul 7.50, dok kat luar, kul 8 masuk, dpt la no 2..hari ni check yang biasa2 je..alhamdulillah..selama sofiya 9 bulan 1 weeks ni, dia masih kuat dn sekrang lagi aktif..dan belum lagi aku n cik husband diuji dengan kedemaman dia..thanks Allah kerana memelihara sofiya dr kena demam..kebanyakkan budak2 baya sofiya dah 2-3 kali demam, tp sofiya belum..


dengan rasminya berat sofiya ketika ini ialah 5.75 KG..dn ketinggian 62 cm (tak ubah masa 6 bulan lepas - kontot ke sofiya???) - ukur lilit kepala 41 cm...awal2 pagi aku kejutkan sofiya bukakan baju kemudian mandikan dia..skrg aku guna air paip je..dah takde air panas even mandi diawal pagi..nak dia biasakan diri..takleh manja2 tau sofiya...alhamdulillah..dia behave je (padahal sebelum ni mmg dia behave je - jrg nangis pagi2 camni)..dlm kul 7.00 bertolak..1st pi office cik husband kat kg baru - kemudian patah balik ke pantai dalam..pi ofis pun semata2 nak anto sardin yang nak dimakan dgn roti, gara2 kat ofis cik husband aku tu ada pop luck..bila diminta tolong, aku dengan senang hati buat la..maklum la bukan susah pun..potong bawang, cili..letak sardin..siap...


sampai ke kkia tu, mmg kecoh mulut sofiya..kagum gak dengan sofiya ni..nak bercakap je..tak tahu la apa yang diceritakan..mungkin excited dapat jalan2 pagi camni kan...tak berhenti la bercakap..sampai tersedu..dlm tersedu tu nak ketawa...ish..ish sofiya...dengan nurse pun, belum tnya bleh sebut 'da, ma' ke..terus dia bersuara..alhamdulillah..perkembangan sofiya masih dikira positive even merangkak still tak pandai..yang tahu angkat punggung je...



actually banyak sgt nak citer..tapi apakan daya, masa terlalu mencemburi diri ini..so apa kata dalam menulis tentang anak, diri n cik husband, apa kata aku selit2kan kisah manis n duka kita hidup ni..kenapa kite ni dijadikan Allah? bersyukur tak Allah jadikan kite sebagai manusia..bukan tumbuhan atau haiwan?? hari tu, aku selamat berusrah bersama teman2 seangkatan ku di tadika little azhar, petaling jaya..topik perbincangan ialah ' makanan kita'..mungkin kalian hairan kan..apa kaitan makanan kita dgn Allah?? sungguh hebat nya Allah menjadikan makanan itu..sememangnya kita hidup ini memerlukan makanan..tanpa makanan kite akan mati..sbb makan ini satu keperluan dan bukan kehendak..


sejauh mana kite melihat makanan ini dengan kehebatan dan kekuasaan Allah? yer..kite selalu lupa..Allah kurniakan rezeki pada kite..cuba perhatikan bagaimana seorg bayi yang asalnya dr air mani bertukar zigot..masih boleh dptkan makanan drpada makanan yg disalurkan menerusi tali pusat..think wisely, kite lihat hebatNya Allah boleh menjadikan setiap makanan itu sesuai usia baby yang dlm perut..kemudian apabila bayi tersebut lahir, bayi tersebut boleh makan menerusi buah dada iaitu susu ibu..susu ibu ini adalah fitrah seorg bayi..mmg seorg bayi memerlukan susu ibu untuk dia hidup, tp ramai yang menafikan..alhir je bayi tersebut, terus disuakan susu formula..bila kite berfikir dn merenung, kta dapat lihat Allah itu maha Mengetahui, Maha Berkuasa, maha Bijaksana..




kemudian, dipersoalkan lagi, dr mana asalnya makanan itu..Allah jadikan bumi. dr bumi, maka wujudnya tanah..setelah wujudnya tanah, maka Allah hasilkan biji-benih..dr biji benih tu akan tumbuh la bermacam2 pokok, maka dr pokok tersebut, akan menghasilkan apa2 makanan dan juga buah-buahan..kemudian Allah jadikan hujan yang turun dr langit untuk menyuburkan biji benih tadi..dan Allah juga tidak lupa untuk menghasilkan klorofil...SubhanaAllah...sungguh hebat pengetahuan Allah yang tidak dpat dipk akal manusia..
sebagai kesimpulan, lihat sekeliling kita dan perhatikan..sesungguhnya apabila melihat penciptaanNya, maka akan bertambah ketaqwaan pada Nya.. dan akan mengurangkan kita dr melakukan maksiat..








begitu la isi usrah aku pada malam rabu lepas..dan drpd isi itu juga, kite boleh ajar dia tentang Allah..kerana ilmu tauhid ini amat penting..jarang sangat ibu bapa yang mengajar anak2 tentang ilmu ketuhanan ni..ramai yang suke bile buku citer ntah apa2 untuk anak..mmg elok tapi lagi elok kalau kite lebih kan ajar kat anak-anak tentang Allah..salah satu topiknya hanya makanan kita..kita bleh createkan story macam mana wujudnya makanan tersebut..kerana ilmu akidah ini amat penting..dan ini adalah salah satu cara yang aku dpt dan mahu dipratikkan pada sofiya..sbb itu aku cakap usrah tu perlu..bukan hanya untuk diri kita, tapi untuk suami dan anak-anak..kerana kite sedia maklum tugas rasulullah adalah berdakwah..selama 13 tahun rasulullah berdakwah menyampaikan islam di makkah kemudian 10 tahun di mana..dan dlm tempoh itu juga 3 tahun rasulullah berdakwah secara sulit sulit di rumah al-arqam..so mari la kite sama kite berusrah..kerana bagi aku usrah itu indah..


No comments:

Post a Comment