Pages

Friday, June 24, 2011

Taat pada suami

Memandangkan hari ni hari jumaaat, apa kata aku kasi korg idea apakah yang dikatakan taat kepada suami sepnuhnya. Jelas sekali isteri wajib taat pada suami. kalau ikut kefahaman, taat ni adalah tunduk dan patuh. kalau suami cakap A, maka isteri patuh pada A. 
Dan seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.
Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

kalau kita tidak taat pada suami, kite dikatakan nusyuz. apakah yang dikatakan nusyuz? jawapannya adalah derhaka pada suami. setelah kite berkahwin, maka tanggungjawab isteri adalah di tangan suami, bukan lagi pada ayah si isteri. sebab itu kite kena taat pada kehendak suami. taat pada suami ni banyak. kena patuh pada percakapan dan suruhan selagi ia tidak bertentangan syarak. kalau suami minta menutup aurat, maka perlu la menutup aurat tanpa bangkangan. 
Namun persoalannya, kenapa zaman skrg sukar isteri mahu patuh atau taat pada suami? kerana terlalu mengikut budaya barat? Untuk menjadikan diri sebagai isteri yang terbaik di sisi suami, kepatuhan pada setiap arahan suami amat penting, cuma kadang2 kite sendiri pun rasa adakah kite ni cukup patuh pada setiap arahannya. Apabila kita mengkhianati suami kita, kita dikategorikan sebagai menderhaka kepada suami atau lebih dikenali dengan istilah nusyuz.

Firman Allah bermaksud: 




“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” 
(Surah an-nisa’, ayat 33)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh.” 
Maka dengan ini, walau penat macam mana pun kita kena patuh pada arahan suami. Kerana nak masuk syurga Allah perlu mendapat keredhaan suami. Andainya tiada keredhaan suami maka hancur lah harapan kita nak masuk syurga walau hakikatnya kite beramal, buat ibadat siang malam.
So sebagai kesimpulan, selagi tak melanggar syarak, maka kita wajib taat pada suami. 

No comments:

Post a Comment