Pages

Wednesday, June 1, 2011

hari kiamat itu pasti

sebenarnya tak tahu nak tulis entry apa..cuma mahu melepaskan gian untuk menulis beberapa patah perkataan di blog kesayangan aku..rasanya mahu menulis sedikit ilmu drpd perjumpaan usrah mingguan aku..alhamdulillah Allah masih memberi keizinan untuk aku menghadiri usrah di bawah naqibah kak normah. kalau korang pernah baca entry aku yang lalu, kak normah ni adalah seorg doktor pakar bius kat hospital serdang..kak normah kategori yang cantik la..kalau tengok muka kak normah ni, mmg sejuk..mempunyai perwatakan yang lembut dn mmg sesuai dgn title seorg doktor dlm bidang perubatan..dan tak lama lagi kak normah bakal memiliki cahaya mata yang ke-5, insyaAllah..dah 36 weeks minggu ni..


semalam my usrah membincangkan tafsir surah insyiqaq..salah surah dalm juz amma..mempunyai 25 ayat..kalau tak silap la...surah ini menceritakan kisah hari kiamat..bagaimana terjadinya hari kiamat dan juga balasan manusia pada hari itu..yang aku nak highlight kat sini adalah balasan yang akan diterima..ia menceritakan orang yang baik amalnya akan menerimanya dgn tangan kanan manakala yang jahat pasti akan menerima dgn tangan kiri..beruntung la kalau yang dapat amalnya dgn tangan kanan kerana yang pasti mmg akan masuk syurga. Allah pun hanya tengok sepintas lalu je amal-amalannya..takde dan rungkai satu2 macam org jahat yang terima buku amalnya melalui tangan kiri..dahla bagi ikut belakang..seronok tak kalau org kasi kite dgn tangan kiri??mst tak kan! kalau yang terima buku amalnya melalui tangan kiri, Allah akan rungkaikan dengan menayangkan sperti melihat video..bayangkan andainya umur kite dah 28 tahun..Allah tayangkan perjalanan hidup kite dr umur kite baligh sehingga mata..banyak dosa ke pahala??skrg ni kalau tgk video kahwin pun rasa malu apatah lagi dgn aktiviti seharian sepanjang hidup ditayangkan oleh Allah.sungguh hebat Allah tu kan!!...bukan hanya aku je yang akan ditayangkan tapi juga semua manusia ciptaanNya..so dengan akal yang dikurniakan Allah ni, apa kata setiap kali nak buat sesuatu kita pikir dulu sebelum bertindak..terutama kite ni yang dah jadi suami atau isteri atau ibu atau bapa.

sejauh mana kite hormatkan suami kite, sejauh mana kita didik anak supaya menjadi hamba yang taat pada penciptaNya, sejauh mana hubungan kite dgn ibu bapa kite, macam mana kite kasihkan ibu mertua seperti mana kite kasihkan kedua ibu bapa kita, bagaimana kehidupan kite dgn jiran2, dan setrusnya masyarakat. aku selalu ckp kat diri ni, nak masuk syurga Allah tu bukan senang..tapi kenapa diri ni tak nak berusaha kumpul amal banyak2..kite kan tak tahu bila ajal akan tiba..

bila aku renungkan kembali perjalanan hidup ini, terasa jauh sangat aku disisinya..tapi aku cuba untuk dekatkan dirinya..macam semalam..kata sayang rasulullah, tp kenape berat sangat nak dodoikan sofiya sambl berzikir dan berselawat kepada Allah dan Rasul? kerana ego atau malu sehingga sukar untuk kite basahkan lidah dengan zikrullah..wahai diri ini, muhasabah lah diri selagi nyawa masih bernafas..bila tengok kematian, aku mmg takut, aku terbayangkan macam mana org akan mandikan jenazahku, kafankan ku..kemudian  bawa ke kubur, tanam aku..arhhgg takutnya bila fikirkan kematian..tapi kenapa aku masih alpa dengan keseronokkan dunia..semoga Allah sentiasa membawa diri ini ke jalan yang lurus..sekian renungan untuk diri ini...


p/s:- ayat tunggang-langgang


No comments:

Post a Comment