Pages

Friday, June 17, 2011

Allah itu maha Mengetahui

alhamdulillah, sudah penghujung..esok n lusa adalah weekend, maka aku bersama suami n cik sofiya beserta family in law bakal jalan2..hope menjadi la episode jalan2 ni kan! actually mood nak wat research ni sudah menjunam ke dasar lautan..ntah bila akan timbul..wallahualam..


nak tahu apa jadi dengan research aku?? aku skrg dah dpt data eye movement tu, tp masalah aku pening camner nak create condition, mengatakan wheelchair move ke depan, move backward, turn left, turn right..itu my 1st problem..2nd problem, skrg aku gunakan data eye tu wat simulation..aku guna 2 software..satu matlab dan satu lagi visualnastran..masalahnya kat visual, menunjukkan ada pergerakkan begitu juga dgn bacaan data..tp bila plot kat matlab..no movement..huhu..dah tukar gain and error gain tp still sama..maka jawapannya aku fed up..



now memandangkan one of my UB pregnant, maka aku mahu kongsi satu citer atau my opinion la..rata2 ada 2-3 blog aku baca, dia seolah2 tidak happy dengan kehadiran janin dlm perutnya..masyaAllah..adakah ada dulu aku bersikap macam tu?? merenung sejenak..oh tidak..sbb awal2 kahwin aku n cik husband sudah berbincng tentang anak..kami tidak merancang untuk 1st baby..so bermakna cik husband mahukan anak as soon as possible...aku kahwin bulan akhir bulan nov..maka bulan 12 aku period..bila aku bagitahu period, bertukar air muka cik husband..aku pun ckp..'usia perkahwinan kite awal lagi, tak perlu sedih'...bila datangnya bulan 1, period aku tak muncul2..aku dah decided akan test dgn pregnancy test yang aku beli kat watson..bile check2..still in blur situation..tak puas hati lagi..aku beli lagi satu pregnancy test..still in blur situation..aduih..susah nak memastikan aku pregnant atau tak..tapi aku ckp la kat cik husband..macam dah pregnant la..riak muka cik husband dah nampak happy n terus bagitahu my mil, maklum la masa tu aku still stay with my mil and his siblings..bila aku start rasa tak sedap badan, baru aku rasa confident aku pregnant...tak silap aku, bila 5 weeks baru aku pi klinik ana..tp doctor tu ckp kalau test pregnant +ve, maka pregnant la..takde check bagai ke apa..bila week 13 baru aku laporkan diri kat klinik kesihatan pandamaran..okey stop sejarah pasal terjadiannya anakku sofiya yasmin.


aku sedih bila baca blog yang tidak happy menerima kehadiran org baru. ada yang merasakan kehadiran janin tersebut bakal membebankan dia..memandangkan sofiya dah 1 tahun..n target aku bila sofiya dah 3 tahun akan ada adik..means masa dia umur 2 tahun lebih baru aku pregnant..so maknanya lagi setahun lebih je untuk aku pregnant kali ke-2..insyaAllah..tp aku tidak mahu set in my mind bila sofiya 2 tahun lebih baru aku bleh mengandung..before tu jawapannya adalah tidak..opss..larikan aku dr semua tu..aku mahu berfikiran positive..kerana aku yakin setiap apa yang dikurniakan Allah yang terbaik untuk hambaNya..Allah takkan memikul hambaNya dengan bebanan yang tak dpt dibebani..itu la, bila tengok si ibu diduga dengan anak sakit, mmg Allah tahu diaorg mampu untuk lalui..cuma ada la peribahasa mengatakan 'berat mata memandang, berat bahu memikul' itu mmg betul...


cuma cakap bab anak lagi, aku rasa aku perlu bersedia dr sekarang walaupun target aku lagi 2 tahun boleh pregnant..sbb satu je aku takut bila aku tak ready, aku akan salahkan suamiku dengan kehadiran janin itu..aku akan salahkan janin tu juga dan aku juga akan salahkan sofiya..maka kemudian aku akan jadi serabut..bayangkan andainya anak tu tahu yang ibunya pernah menafikan kehadiran dia dlm perut ibu, tak ke sedih anak tu??.tetapi aku bersyukur andainya bila 1st time dia tahu dia pregnant dia mulanya tak suke kehadiran anak tu, akhirnya lama2 dia bleh menerima kehadiran anak itu...sekurang2nya Allah bagi kasih sayang si ibu pada anak tu kan!!


sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas. ada yang kahwin berbelas tahun baru dpt anak, ada yang kahwin hari ni terus lekat..sbb tu setiap apa pemberian Allah itu adalah yang terbaik untuk kita..tp masih ramaikan salahkan Allah bila sesuatu yang tidak diingini berlaku..contoh terdekat ialah kehadiran anak kedua..mereka belum bersedia dgn alasan anak 1st kecil, gaji tak banyak (2 ni termasuk alasanku jua)..tp kite kena ingat bahawa setiap anak dah ada rezekinya..sbb masa janin usia 4 bulan Allah dah tiupkan rohnya..bila masa mati, macam mana rezekinya..

so jangan la rasa sedih2 dengan kehadiran anak kedua sekiranya anak 1st masih kecik..mungkin anak yang lahir ini akan mengharumkan nama kita dipersada dunia..itu semua ketentuan Allah..risau andainya kite tidak terima dan redha dgn pemberian Allah, maka anak ini lahir dengan memusuhi kite..sentiasa buat masalah dan sentiasa menconteng arang di muka kite..sungguh malu..sbb tu, setiap anak yang itu ada haknya..jangan sesekali menafikan hak dia..teringat citer nora elina episode last apabila nora elina bersalah dalam menafikan hak anak dalam janinnya kerana suaminya pernah merogol..oleh itu sebelum mengakhiri entry ni, apa kata setiap pekerjaan kite mulakan dgn niat, lagipun adis pertama pun bercakap pasal niat..bila niat kite betul, maka akan betul la perjalanan hidup kite..dan bila kite niat nak anak2 yang baik, anak yang soleh solehah, mendengar kata kite, menghormati kite dan juga org tua..maka kita akan dapat..


sebagai kesimpulan, jangan tangisi kehadiran anak kerana ia adalah rezeki kurniaan Allah..ingatlah di luar sana lagi ramai yang berusaha mahukan anak untuk menceriakan rumah tangga. dan sebagai pengakhiran, mari lah kita sentiasa bersiap sedia dengan setiap pemberian Allah kerana Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..wallahualam..


No comments:

Post a Comment