Pages

Sunday, May 29, 2011

jalan2 di taman burung


agak lama aku tak update blog..hahaha..satu percapaian yang hebat..maklum la asal dok kat lab..mesti ada 1 entry..tapi disebabkan asal nak masuk blog je takdpt..hahaha..ciannnyer kat aku..link blogspot tu asyik2 tak dpt masuk..katanya 'not found'..ntah camner hari ni..pagi2 ahad aku berjaya la update blog aku dr menjadi sarang tikus..

sejak aku luahkan masalah kepada sv aku, maka tiap2 hari mulai minggu depan my sv akan datang jenguk aku..means tiap hari ada org push aku..hahahaha..maka rajin la aku lepas ni..mesti ada pro and contra bile everyday my sv dtg kan!! takpe la..aku tak kisah pun..mungkin kedatangan my SV kat tempat aku, maka rajin la aku nak wat research ni..

actually, sabtu lepas..21 may lepas aku berjaya menjejaki kaki ke taman burung kl..taman burung terbesar di dunia..so maka harganya mmg mahal la..tiket pun 20 ringgit, itu kalau ada mykad..kalau tak 3 ringgit..kalau international lak 45..huhu..mahal kan..lagi satu yang aku tak puas hati ialah pasal makanan yang kena caj tambahan 1.50 dr harga biasa...malaysia..malaysia..kalau rakyat tak sengsara..bukan malaysia la..

pada mulanya bila tengok mahal je, mahu cancel je..lagipun umah aku kat pantai dalam..setakat nak pi taman burung tu..10 minit je sampai..tapi takkan nak wat keje sia2..so aku redah la..mahal-mahal la..semoga pemimpin kita yang tidak berhati rakyat akan dilaknat Allah..

sepanjang perjalanan pi taman burung, sofiya takde pun meragam..mmg dia tak faham apa2..tapi alhamdulillah, aku dikurniakan sofiya yang mudah dijaga..dlm 11.30 pagi aku berkeliaran di taman burung hingga 2.30 ptg..sempat la sofiya tdo sekejap dlm keter sorong..cuma yang aku tak tahan dgn kelaparan..nak beli dlm tu pkr 3-4 kali..last2 aku beli juga aiskrim untuk lepaskan kelaparan aku..



memang jinak2 burung kan taman ni..macam kawan lak bila jalan bersebelahan..tapi diri ini takut juga..takut dipatuknya..paling banyak burung merak..asal jalan mesti jupe si peacock..jarang sekali dia kembangkan ekor dia..aku jupe flamingo kalau merah..wow!seksi kan kalau flamingo merah kan..tp sure nampak garang..
apapun aku mmg seronok dpt jalan kat situ walau dlm keadaan lapar dan juga cuaca kejap panas kejap redup..jom kengkawan dtg la ke taman burung KL..pasti menyeronokkan melihat ciptaan Allah..




time kat parrot, lagi best..mmg jinak parrot ni tau..cuma still tak berani nak pegang..dah la parrot tu warna-warni..so beautiful..sambil2 jalan tgk burung sambil tu bleh lihat kehebatan Allah dalam penciptaanNya...kita bleh didikan tentang ketuhanan pada diri dan anak2..semoga perjalanan aku tu memberi keberkatan dalam hidup ini dan dijuga sebgai amal di sisi Allah.


selepas puas berjalan, kami solat zohor di luar taman burung..walau sibukt berjalan2, tp tugasan pada Allah jangan dilupakam..jangan tinggal solat walau keadaan..kerana solat itu merupakan tiang agama dan juga soalan pertama di akhirat kelak..


usai solat, aku mengajak suami aku cari bahan2 nak buat kek kt kedai yen bakery di lorong haji taib 1..1st time lalau jalan tu..mmg patut la kawan yu dikatakan gelap..mmg banyak rumah tumpangan..tp kenape kerajaan malaysia tak hapuskan rumah2 maksiat itu? renung-renung kan lah!

No comments:

Post a Comment