Pages

Tuesday, May 31, 2011

mahu baking lagi

dalam sibuk cari link coklat sedap..tetiba ada resepi..so aku tampal dulu 
kot2 esok petang bleh buat...

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (saya tambah 1 sb milo -utk lebih sedap)
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan. 

Monday, May 30, 2011

rindu sama budak ini



ini dia koleksi yang ada dlm laptop kat lab instrumen ni..setakat gambar masa umur 6 bulan..
aku sudah angau sama budak ni
rasa mahu saja aku balik tinggalkan lab ini
mahu ketemu dgn budak bam bam ini

pejam celik pejam celik and celik celik pejam
dah hampir 9 bulan umur sofiya
dah besar yer anak ibu
maka bermacam2 ragam sofiya yer
aku tak nak la citer milestone sofiya
sbb aku tak pandai nak citer satu-satu



sofiya seorg anak yang manja
walau aku marah dia tetap mengengsot mencari aku
walau didukungan suami aku
sofiya tetap nak aku
aku tak marah dia sepahkan rumah
sbb aku tahu dia tengah belajar
tgh explore dunia dia

masih aku ingat
tika aku berkungfu di dapur
sofiya menghampiri aku
dgn walker orangenya
berjaya masuk ke ruang yang sempit
di dapur aku
berusaha mengambil kerepek aku
akukan dia tak berjaya
tapi dia berjaya
sanggaup pegang di sisi walker tu
nak angkat tak terdaya



ini la rupa sofiya masa kecik..macam sin chan..hahaha..aku yang perasan lebih
sudah 3 hari dia meragam tika mahu tdo
walaupun jam sudah melepasi satu pagi
jarang nak tgk sofiya tdo awal
atau tak pernah
smlm ntah berapa kali aku marahkan dia
kerana aku tidak tahu kenapa dia belum mahu tdo
matanya sudah merah
dia menangis krn mahu tdo
tetapi disuakan nenen still tak mahu tdo
kalau dilepaskan nenennya
maka kaki akan dihertak macam org mengamuk
tp itu mmg habitnye
asal terlentang sure hentak kaki

sofiya masih tidak makan sepnuhnya
walau disua dgn nasi bubur yang tak di'blend' tetap tak makan sepenuhnya
dia makan main2
tapi aku bagi roti serat, dia makan
tapi tetap ciput
aku tak tahu nak bagi dia makan apa
aku kecian kat dia
nak masak, aku malas
sbb aku give up kalau dia tak nak makan
aku ada macam2 resepi untuk dia
tapi kalau dia tak nak makan aku la yang kena abiskan
sedih tetap sedih
namun kena teruskan cari penyelesaian
supaya perut anak aku sentiasa kenyang

inilah coretan ibu untuk sofiya
bila sofiya besar, baca lah
dan ketahuilah
ibu and ayah sayangkan kamu
cintakan kamu
marah kamu bersebab
kamu memang nakal
kamu memang manja
masih ingat tak 
bila ibu marah
ibu akan minta maaf pada sofiya
ibu cium pipi sofiya yang gebu
cuma ibu doa supaya sentiasa sihat
ibu risau bila sofiya nangis sbb
ibu risau kalau sofiya sakit
ibu bukan doktor
sbb tu ibu nak sangat sofiya pandai cakap
bleh ngadu kat ibu bila sofiya sakit
ibu mahu lihat sofiya membesar macam budak lain
macam kawan2 sofiya
bleh merangkak, bleh berjalan
ingat la sofiya
ibu mmg sayangkan kamu
kamu penghibur hati ibu ayah
suke lihat kamu joget2 bila 
ayah buat muzik yang ayah reka sendiri
sbb kami mmg sayangkan kamu

Sunday, May 29, 2011

jalan2 di the curve


gara2 tak dpt update blog last week, maka hari ni dah masuk 3rd entry aku tulis, lagipun aku tak tahu nak wat apa dr tadi mengadap lappy je..cik husband smlm dgn hr ni asyik bz keje..padahal cik husband keje ngomen..nak wat camner kalu kuli mmg camni la kan..apapun hepi sbb tak payah aku bersusah payah balik klang..aik macam tak suke balik klang je..bila balik klang aku rasa otak aku ni jadi lembap..apa tidaknya, bangun lambat..makanan mil yang masak n sediakan..aku goyang kaki, nak kata jaga sofiya takde la sangat..ni pun sofiya tengah tdo..risau aku tengok kulit dia merah2..macam kena ruam la..ke sofiya alergik..tersilap makan..maklum la smlm aku suapkan dia mushroom soup..agaknya dia alergik mushroom..tapi aku tengok dia mmg sedih..tak lama lagi 9 bulan..tak pandai merangkak pun lagi..takpe la..asal sihat dah la..makan dah ok walau tak hebat macam anak org lain yang baya dia...

okey citer aku kali ni pasal xtvt aku last week..aku jalan2 lagi..tapi area kl..belum ada peluang nak jalan area luar kl selangor ni..takpe..nnt akan ada rezeki...aku mahu ajak cik husband pi bukit tinggi, opps bukan bukit tinggi klang yer...pi balik hari pun okey juga kan..maklum asyik org lain dok tayang gambar2 kat bukit tinggi, buat aku jeles..sejak aku kahwin blom berbetul2 jalan berdua..dah ada anak pun belum lagi jalan bertiga..tapi next year kami akan berjalan ke kuching dan juga pulau pinang..hahaha..gara2 booking tiket 10 sen..mst kelakar kan pi penang pn nak naik flight..aku ada kenalan kat sana..rasa tak susah la naik flight..

berbalik citer asal aku, sebenarnya tak rancang pun tapi petang sebelum hari kejadian, aku terpikir nak jalan2 ke ikea..dr umah aku ni tak jauh..10 minit je..guna highway SPRINT la yer..tp ntah macam mana hari yang aku nak pi tu aku sesat..nak cari mutiara damansara pun bleh tak jupe..jupe2 bandar one utama..tp tak hairan la sbb aku bukan org damansara pun..sesat tu menjadi adat la..cuma geramnya kalau sesat kat kl ni..kalu lalu higway yang bertol itu yang bermasalah..

akhirnya kami sampai kat the curve..lbh kurang 20 minit sesat..hihi..tapi kami masih tak lambat..dn merupakan yang pertama antara kami2 semua..actually ada kenalan my mil nak belanje..dia tokey stesen minyak..no wonder la dia ajak kami makan kat the marche...actually aku bukan pandai pun makan ala cam kat marche..aku ingatkan apa la marche..nampak dr luar macam pasar apa..rupa2nya restoren makanan barat..sape nak ketawakan aku silakan..sbb aku mmg jakun makan restoren camni..food court tu aku tahu la. kfc, pizza and mcD pun aku tahu...

jenis aku ni kalau tak de org perkenalkan tmpt tu, maaflah takde la aku berani nak pi makan tempat camtu..hehehe...jom tengok gambar sofiya..asyik2 gambar sofiya..jangan jeles..lagipun entry yang ada utk tatapan my sofiya, andainya aku pi dulu, tak sempat nak citer masa dia besar..dia bleh buka blog ni and baca...

 ini la dia marche


detik2 sofiya bila diagah oleh ibunya sendiri


gambar sofiya keletihan then tdo dlm pangkuan ayahnya


kat tutti fruity

mmg lama gak kami lepak kat sana..tp nak ckp makanan kat situ sedap, aku rasa biasa je..aku makan ikan salmon, plus soup mushroom- yang ni muak giler, agaknya susu banyak kemudian vanilla milkshake..dan makan juga pizza..


tapi nak dijadikan citer, masa aku dah bersiap2 nak balik, aku tetiba nampak ada air arak..alamamak, kedai ni pun serve arak juga..aku tgk pelayan dia pun ramai yang malays..aku hairan..even dia hidangkan main course adalah western food, tapi kalau ada arak tu, bukan kah aku bersubahat?? aku tanya la cik husband..dia ckp dia mmg tak tahu marche serve arak..aku pun dah mula sangsi macam mana diaorg masak masakan aku..kalau ada arak, gelas nak minum arak tu campur tak dgn gelas minuman yang lain..so conclusion, drpd aku tertanya2..lepas ni aku dah tak nak makan kat marche..walaupun org ckp boleh..aku tak nak bersubahat..my husband pun cakap..kalau camtu 7-e pun tak bleh la sbb dia jual arak..walau apapun aku mmg tak nak pi kedai2 yang mmg ada arak terang-terangan..alamak..kalau camni jusco, giant, tesco tak bleh pi...hahaha.,,banyak yang perlu dirungkaikan..aku rasa aku mmg tak nak pi restoren yang mmg ada arak..sbb aku dah rasa sangsi dengan cara masakannya..dengan cara mudah, selagi kite boleh tinggalkan..sila tinggalkan..sbb tu restoren kat malaysia tak mesra dgn pengguna Islam..


selepas lepak kat marche 2 jam lbh, aku jalan2 area the curve..1st time datang tau..hahaha..maklum la kl ni banyak sangat shopping complex..nak terjah semua tak sempat..itu belum lagi area sri kembangan, kajang, the mines...tapi yang bestnya banyak butik baby..tu geram sama dgn baju gaun baby..harganya takde la mahal sgt..okey, nnt nak raya akan aku ajak cik husband pi sini lagi..mahu cari baju raya..itu pun bila kami dipanjangkan umur lagi...tapi yang bestnya my hubby dpt kemeja dr 2000 men kot..kalau silap maaf la..sofiya dpt shirt..ni semua kawan ibu yang belanja...tokey stesen minyak gaji 40k aoa kisah kan..dhlah tak kahwin..lagi la...aku ni takkan takde apa2 dgn kawan ibu nak dpt something..of course tdk la..dan aku skit tak kecik hati pun bila husband and adik-beradik aunty tu belanje mereka shirt..yang adik ipar aiq tu baju rege 300 lebih beli kat indiabritish...lepas shoping baju, aunty ajak makan kat yogurt frozen lak..tak silap nama fruitty juice..mulanya aku ingat aiskrim tapi yougust yang disejukkan...hahaha..org tak biasa makan...tapi takpe..Allah tak tanya pun masa kat dunia dulu, adakah kamu kat tempat2 itu..yang penting amalan kite..:-)


selepas lepak2 situ jap, aunty ajak makan lak karipap sedap kat ikea..melintas la kami ke sana..tengok2 kedai tu renovate..so tak dapat makan..maka takde rezeki..begitu la perjalanan kami seharian di the curve..cuma tak suke jalan2 dgn org camni satu je..bab solat dilambatkan..kami solat zohor kat kul 4 lebih..semoga Allah jage diri aku dr terpesong dr landasanya..ameen..yang syok berjalan ni bila sofiya tak meragam..dia diam je..kalau bising satu je..mahu nenen..seingat sekali je nenen...pastu masa balik qada' la..minum sepuas2nya..apapun i enjoy dapat jejalan ngan cik husband and sofiya..moga2aku berpeluang lagi jln2 macam ni dgn cik husband dn anakku sofiya

tika tiada keje


actually aku mahu merayap di klcc...tp malas nak menyiapkan diri..akhirnya aku melepak diri kat umah..hujung minggu yang bermakna walaupun aku tak ke mana2..

jom tengok aku buat apa tu..aku berjaya buat laksam sendiri..percubaan pertama yang berjaya..okey jom terjah resepi..aku google..ntah kat blog mana..tapi tak salah kalau aku share resepi kat sini..

bahan2 untuk laksam (menu utama)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air

cara-cara membuatnya:-
masukkan semua bahan di atas
kacau sehingga sebati
kemudian kukus atas dapur la
cara kukus tu kan senang je kan
sebelum tu sapu skit minyak
supaya senang nak ditanggalkan
kemudian tuangkan 1 senduk adunan
kukus beberapa minit atau sehingga masak
dah masak, angkat
kalau nleh gulung, gulung terus takpe..
akhirnya jadi macam di atas
gulungan dpt dlm 13 keping

kuahnya:-
6 ekor ikan selayang/sardin yang sederhana besar
separuh biji kelapa
2 ulas bawang putih n merah
sedikit lada hitam
garam

cara buatnya:-
rebus ikan
blend ikan atau tumbuk, tp nak senang blend -amik isi saje
masukkan dlm periuk
blend bawang putih n merah
tumbuk lada hitam
masukkan kesemua barang yang di blend ditumbuk dlm periuk
kemudian blend kelapa
amik santan, jangan terlalu cair
lagi banyak ikan lagi sedap
kemudian masuk garam
panaskan atas api pelahan
akhirnya siap dimakan bersama laksam [potong dulu] dn ulam2an..
selamat mencuba

terkejut tau suami aku bila tengok favourite dia..dia minat kuahnyer tu..katanya sedap..bila rajin sudah datang, macam2 bleh masak..

jalan2 di taman burung


agak lama aku tak update blog..hahaha..satu percapaian yang hebat..maklum la asal dok kat lab..mesti ada 1 entry..tapi disebabkan asal nak masuk blog je takdpt..hahaha..ciannnyer kat aku..link blogspot tu asyik2 tak dpt masuk..katanya 'not found'..ntah camner hari ni..pagi2 ahad aku berjaya la update blog aku dr menjadi sarang tikus..

sejak aku luahkan masalah kepada sv aku, maka tiap2 hari mulai minggu depan my sv akan datang jenguk aku..means tiap hari ada org push aku..hahahaha..maka rajin la aku lepas ni..mesti ada pro and contra bile everyday my sv dtg kan!! takpe la..aku tak kisah pun..mungkin kedatangan my SV kat tempat aku, maka rajin la aku nak wat research ni..

actually, sabtu lepas..21 may lepas aku berjaya menjejaki kaki ke taman burung kl..taman burung terbesar di dunia..so maka harganya mmg mahal la..tiket pun 20 ringgit, itu kalau ada mykad..kalau tak 3 ringgit..kalau international lak 45..huhu..mahal kan..lagi satu yang aku tak puas hati ialah pasal makanan yang kena caj tambahan 1.50 dr harga biasa...malaysia..malaysia..kalau rakyat tak sengsara..bukan malaysia la..

pada mulanya bila tengok mahal je, mahu cancel je..lagipun umah aku kat pantai dalam..setakat nak pi taman burung tu..10 minit je sampai..tapi takkan nak wat keje sia2..so aku redah la..mahal-mahal la..semoga pemimpin kita yang tidak berhati rakyat akan dilaknat Allah..

sepanjang perjalanan pi taman burung, sofiya takde pun meragam..mmg dia tak faham apa2..tapi alhamdulillah, aku dikurniakan sofiya yang mudah dijaga..dlm 11.30 pagi aku berkeliaran di taman burung hingga 2.30 ptg..sempat la sofiya tdo sekejap dlm keter sorong..cuma yang aku tak tahan dgn kelaparan..nak beli dlm tu pkr 3-4 kali..last2 aku beli juga aiskrim untuk lepaskan kelaparan aku..



memang jinak2 burung kan taman ni..macam kawan lak bila jalan bersebelahan..tapi diri ini takut juga..takut dipatuknya..paling banyak burung merak..asal jalan mesti jupe si peacock..jarang sekali dia kembangkan ekor dia..aku jupe flamingo kalau merah..wow!seksi kan kalau flamingo merah kan..tp sure nampak garang..
apapun aku mmg seronok dpt jalan kat situ walau dlm keadaan lapar dan juga cuaca kejap panas kejap redup..jom kengkawan dtg la ke taman burung KL..pasti menyeronokkan melihat ciptaan Allah..




time kat parrot, lagi best..mmg jinak parrot ni tau..cuma still tak berani nak pegang..dah la parrot tu warna-warni..so beautiful..sambil2 jalan tgk burung sambil tu bleh lihat kehebatan Allah dalam penciptaanNya...kita bleh didikan tentang ketuhanan pada diri dan anak2..semoga perjalanan aku tu memberi keberkatan dalam hidup ini dan dijuga sebgai amal di sisi Allah.


selepas puas berjalan, kami solat zohor di luar taman burung..walau sibukt berjalan2, tp tugasan pada Allah jangan dilupakam..jangan tinggal solat walau keadaan..kerana solat itu merupakan tiang agama dan juga soalan pertama di akhirat kelak..


usai solat, aku mengajak suami aku cari bahan2 nak buat kek kt kedai yen bakery di lorong haji taib 1..1st time lalau jalan tu..mmg patut la kawan yu dikatakan gelap..mmg banyak rumah tumpangan..tp kenape kerajaan malaysia tak hapuskan rumah2 maksiat itu? renung-renung kan lah!

Tuesday, May 24, 2011

booking airasia ticket

hahaha...ramaikan amik kesempatan booking ticket airasia..aku pun tak kecuali..
actually aku malas sgt nak pikir nak bercuti mana2..lebih lagi tengah tak berduit sgt...last aku naik flight tahun 2009..wah2!! macam selalu je naik flight..so bila buka fb asyik dok dgr org book tiket airasia..aku wat dek lagi..buka gak wbsite airasia..tp dia ckp promotion ticket 10 sen start jam 12 tengah hari..arhhgg malas la nak tunggu...


so balik dr uia smlm, aku bagitahu cik husband airasia ada promotion, padahal aku rasa dia dah dengar kot..kat sinar.fm..tapi dia cakap book la..aku wat derk gak..macam takde perasaan je kan..


tapi pagi ni cik husband sms..ckp la book la ticket..tetiba hati ni riang ria je...wah2!! macam org kaya je mahu naik flight..sedangkan aku bakal kehilangan wat elaun aku selama 6 bulan..but be positive..tahun depan aku kan dah kerja..so aku kumpul duit tahun depan yer..lagipun aku dah kena lapor diri paling lambat 3/1/2012..so insyaAllah tahun depan adalah rezeki kan!


bila click2 je..untuk sofiya je aku dpt 50 ringgit..arghh tak puas hati..aku try lagi..so aku tukar plan..dr infant to child walaupun masa nak fly nanti dia baru 1 tahun 9 bulan..hahaha..sama la dgn adult..10 sen gak....so total tiket pi balik 45.60 - murah kan pi kuching..tapi total bayaran 81.60..tp aku tak masukkan luggage lagi sbb kot2 tak jadi..bleh burn camtu..hahaha..tahun depan ki kuching..tahun ni???itu dipikirkan nnt..


lepas dah siap booking..dah wat payment..lagi seronok la aku lepas ni aku nak naik flight..sbb aku bleh bayar guna debit je tak payah kad kredit..huhuhu selamat tak payah pakai kad kredit..yahooo!!! lepas tu aku jalan2 lagi cr tiket...pi jepun 300 lbh..brunei 10 ringgit, perth 72 ringgit..tak ke giler..arghh nak pi oversea kena wat passport dulu...nampaknya ada chance la nak pi oversea..bukan hanya makan angin di malaysia...


tapi itukan semua rezeki kurniaan Allah..bersyukur la kerana dpt tiket 10 sen tu kan..apapun lepas ni aku akan ambil peluang lagi..

Monday, May 23, 2011

teruja ke aku???

hari ni entry nak menulis malas sebenarnya..tak tahu nak citer apa..nak citer weekend yang teramat best, gmbr lak takde..so yang tu postpone dulu..hari ni citer sesuatu yang menarik perlu dicatatkan di blog kesayanganku..


tahun ni umurku bakal cecah 28 tahun..tapi bila dikenang balik usia aku dengan mak aku, jauh bezanya..mak aku ketika usia cam aku ni dah ada 3 org anak tapi alhamdulillah aku baru dikurniakan seorg puteri yang comel..aku ni kahwin masa umur 26 tahun..hujung tahun lak..sedangkan my mom kahwin masa umur 24 tahun dan dikurniakan 1st baby masa umur 25 tahun..tapi hebatnya mak aku sorg setahun..kalau gap setahun je tak pregnant..tapi itu yang 4 pertama..kemudian gap jauh2..adik-beradik aku kan 8 org...


so hari ni aku nak citer la pasal kawan2 aku..especially kawan seuniversiti aku..yang paling dekat la kan..kawan sekolah ntah ke mana..tapi kalau dlm fb bleh je cari kan..berlambak..aku nak citer la ramai dah kawin aku pregnant kali ke-2..oh ooo..dr sorang jadi 2..dari 2 jadi 3..sekarang semua mahu besarkan keluarga..junior aku pun ada dah 2 anak..so kat sini nak list la kawan aku yang dah ada anak dn yang bakal dapat anak..haruskan!!!


kak riz - dah 3 anak [kawin masa belajar]
izzah - dah 2 anak (sepasang) baru dpt anak ke-2 bulan april]
tasya - bakal dapat anak ke-2 
nadirah - pun bakal dpt anak ke-2
manis mulyany - pun bakal dpt anak ke-2
nadya - bakal dpt 1st baby
sue anna- pun bakal dpt 1st baby
naz - pun bakal dapat baby
junior aku - nita dah 2 anak -both girls
ama - bakal dpt 1st baby


kalau yang anak sorg tu ramai la kan..nak list juga ke?? aku, suzane, da, lin, kak zi, farah, ana, dyana tapi kalau nak list semua mmg tak larat kan..tapi seronok dgr dan tengok yang dah kahwin pada tahun sama aku ramai yang tengah preggy anak 1st..alhamdulillah ada rezeki mereka untuk ada baby macam aku gak..sorg pun kire rezeki jugak kan!!..tapi yang belum ada rezeki jangan sedih2 sangat..insyaAllah, ada rezeki nanti..


hehehe..actually aku btul2 teruja bila my friends ada yang tengah preggy, menghitung hari..dan lagi teruja yang dah ada anak nak tambah lagi..tapi aku???opss belum ready to have another one..sofiya pun blom puas lagi..income bulanan pun belum cukup untuk tambah anak..tap kat atas baru kawan university..itu br sebahagian..belum lagi kawan2 di ofis lama..eii..geram sama baby la..dgn anak sendiri pun geram..tinggal 4 bulan je lagi dia nak toddler..lepas tak le panggil baby..


hahaha..entry pelik dr aku..sbb aku btul2 teruja bila dgr sana sini org pregnant..semoga kawan2ku yang pregnant selamat melahirkan anak yang yang comel...dan didoakan juga her baby pun selamat juga..


apapun itu semua kehidupan..ada kehidupan ada kematian..putaran hidup..lagipun kita baru saje dikejutkan dengan kejadian tanah rntuh yang menyebabkan kehilangan nyawa sebanyak 16 org..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org beriman..dn perlu la ingat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..semoga apa yang kita lakukan hari2 dikira sebagai amalan disisi Allah swt..jadikan hidup ini sentiasa bermanfaat kepada diri, bangsa dan agama.







ntah gambar baby sape la - cilok from google

Sunday, May 22, 2011

kelakar la pulak

nak tulis gak entry ni walaupun mata dah ngantok....bila bosan..aku suke baca entry2 dulu kala..masa aku belum bersungguh nak tulis blog..sungguh kelakar ayat karangan aku..kalau dicheck oleh cikgu BM sure fail aku ni..heran kan spm punyer la paper BM tu 1A..eh apa kes nak citer pasal reslut spm ni....yang kelakar ejaan salah, grammar salah..macam nak edit la..tapi tak best la kan..tu kan masa bertatih..mmg camtu la penulisan..


entry dulu pun pendek2 je..cuma sebagai kesimpulan..sampaikan lah kepada sekalian manusia walau satu ayat..so selagi masih dikurniakan akal dan waras akan aku menulis mencatat kisah peribadiku, kisah suamiku, anakku sofiya dan juga kisah mak ayah aku yang boleh dijadikan teladan dan panduan dlm meneruskan kehidupan di muka bumi..kagum tak anda dgn imam malik, imam syafie, imam hanafi dan pelbagai imam yang mampu menulis..semoga suatu hari nnt aku mampu menulis buku yang boleh dijadikan panduan terutama buku2 ilmiah..insyaAllah

blueberry cheese tart in the house


 doh diterap guna acuan tart dan digarfukan


setelah dikeluarkan dr oven ada yang macam hangus..


 letak blueberry filling..ada banyak ada skit..untuk makan sendiri


yang ni yang telah diletakkan cream cheese..comot kan..1st time buat





ini la rupe bile masak..banyak giler cheese dgn blueberry kan..ni bisnez..rugikan..

ini lah dia gambar2 cheese tart..1st time aku buat ni..biasa asyik beli je..tp bila blogwalking ramai je yang dok wat cheese tart..so aku try la jugak..takde la susah mana..tp 1st time ni..mmg banyak yang comot la kan..takleh amik order lagi..huhu..perasan tu nak wat bisnez cheese tart..kena perlu more practice ni..baru comel macam org lain..cheese tart aku ni banyak cheese n banyak blueberry..lain kali leh wat lagi..pasal simple je resepinyer..meh sini aku share ngan korang yang nak tahu resepi aku tu..

untuk pastry tart: (kuantiti dlm 30 biji)
100 gram marjerin
200 gram tepung gandum
1 biji telur size B
75 gram gula icing

untuk cheese
200 gram cream cheese (apa2 je jnji cream cheese)
60 gram gula icing
1 biji telur gred B 

cara2 buat:-

senang sangat..untuk pastry..pukul marjerin dgn gula icing..guna senduk pun bleh..kemudian masukkan telur..last sekali masuk tepung gandum..tapi kalu lembik masuk la gandum lagi..biar jadi doh gitu..
apabila jadi doh..sapu marjerin kat acuan...senang skit nak keluarkan tart tu nanti..
pastu amik dok dlm 2 ibu jari..masukkan tengah2 tart..tekan perlahan2 mengelilingi tart..
dah siap tu..guna garfu cucuk kat tapak tart tu
bakar dengan suhu 150 darjah dlm masa 5-10 minit je
sejukkan

untuk cream lak, pukul semua barang, gula, telur dan cream cheese sehingga la smooth..tapi aku tak smooth pun..maybe silap masukkan cream cheese kot..better pukul cream cheese dgn gula dulu...kemudian masukkan blueberry dlm acuan tart yang sejuk..pastu masukkan cream cheese..masukkan banyak blueberry filling baru sedap..pastu bakar dlm 5 minit atau sehingga cream cheese betul2 kekuningan..akhirnya siap dimakan..


tak sia2 after balik dr taman burung, aku ajak cik husband singgah kat kedai jual barang kek kat kl..lorong haji taib..pada mulanya cik husband tak nak pi..maklum la ada perasmian citrawarna kat area padang merdeka..sure sesak jalan tu..tp aku ckp la lalu je jalan raja laut..kalau sesak tak pyh singgah kat kedai kek yen..kalau tak silap la nama kedai kek tu..


1st time masuk kedai tu terkejut beruk aku..ramai btul org dtg membeli..aku ni macam jakun..semua nak beli..1st aku tengok sarung tart tu..ala acuan tart tu..murah giler kat kedai tu...aku beli kat dungun 10 keping 10 ringgit..kat kedai kek tu..dalam 30 kot atau lebih..baru 8 ringgit..huhu..kalau aku nak wat bisnez aku beli la..buat masa ni aku guna yang ada...ramai yang dtg tu beli borong..kan aku beli banyak2 tak jadi lak bakeri aku..ni kan permulaan...


1st aku cari la blueberry filling..fuih semua besar2..nak tak nak beli yang kecik dulu..kan hangat taik ayam je nak wat cheese tart tu..lepas ni bleh la wat muffin lak..senang je nk cari kedai tu..kalau aku balik dr uia leh singgah jap b4 naik keter ngan cik husband...dlm list ni aku nak belajar wat muffin walnut ngan badan..sedap kan..tunggu aku cari resipi baru bleh wat muffin lak..hehehe..tangan tgh menggatal mahu berbakeri...nasib la badan ni rajin skit ke dapur..hope sofiya camtu la..maklum la sambil wat cheese tart tadi pun, sofiya dok dlm walker..membebel je keje dia sambil tgk aku tekun wat cheese tart tu...


apapun bersyukur kepada Allah yang membuka hati ni mahu berbakeri..ini semua kerana izinNya..begitu juga dgn suamiku..semua izin Allah yang membuka hatinya nk cari kedai kek tu...thanks cik husband yer..nnt bleh pi lagi..kalau ngan ofis husband dekat bebenor dah tu..

Saturday, May 21, 2011

cuti kami bertiga


 tenangkan si ayah menghirup udara segar


cubaan sofiya untuk sentuh air pantai


 beg pun jadi tempat bila ibu & ayah mahu solat


acara bersihkan kaki yang kena pasir


akhirnya aku berjaya pulang ke umah mak ayah aku..di dungun terengganu setelah 3 bulan lbh tak dapat pulang disebabkan beberapa halangan yang tak dapat dielakkan...last aku balik masa chinese new year tempoh hari..so kali ni aku bercuti start jumaat hingga rabu..nasib ada hari wesak..jimat satu hari cuti..kalu balik trg sure kena amik cuti lebih..nak qada pasal tak dpt pulang lama kt sana..kalau umah mil every weekend bleh balik..so umah mak ayah aku kena la macam umah mil..


so apa aktiviti kami kat sana?? walau macam lama je kat sana..tp aku tetap rasa tak puas..maklum la tu kan umah aku juga..18 tahun aku dibesarkan di sana..opss kalau umah mak ayah aku skrg..masa tahun 2000 aku pindah..b4 this aku dok kawasan terancang..maklum la my ayah keje KETENGAH..so mmg dlm hutan la tapi aku ni takde 'darat' sgt..macam budak bandar tau!! hihi perasan btul...walaupun aku dok banglo mak ayah aku kejap je..time cuti sem tapi aku mmg suke balik sana...tp hakikatnya kat tempat lama lagi best..ramai kawan sekolahku berbanding tempat baru aku tu..tp apapun dah 11 tahun aku tinggal kat bandar dungun..dekta ngan pak cik maik cik semua...belah mak la..sbb my mak mmg asal dungun, ayah lak pulak kelantan tapi nenek dok kat setiu je..


okey sampai hari jumaat tu..aku btul2 bertolak kul 10 tapi sampai dungun dlm kul 3..tu pun hubby solat jumaat kat masjid kat kemaman tu..semua org cakap aku bawa keter laju giler..maklum la kat highway aku amik part yang drive kete..cik husband dok sebelah..dok membebel aku bawa keter..mmg leceh kalau bawa keter ngan cik husband ni..hihi..jangan marah yer cik husband...tapi bila masuk jalan biasa..cik husband la amik alih..puteri kesayangan aku lak..masuk keter..mmg nyenyak tdo sehingga aku paksa dia bangun..risau kalau dia lapar lak..tdor je dlm perjalanan..okey jom tengok xtvt aku kat sana..ni semua kenangan untuk diri ini..


sabtu:


pagi macam biasa..dok umah dulu..dlm tengah hari bertolak ke Paka..ada kenduri adik kawan cik husband..suke giler dia pada sofiya..mak ayah pulak pi berubat kat marang..tak silap la..ayah aku kan tak berapa sihat..so mak aku cari alternatif lain untuk ubatkan ayah aku..hope makin sihat ayah aku tu..biasa la kalau dah berusia ni macam2 penyakit wujud kan!! petang tu, after sofiya bangun, kami pi pantai..adik2 aku syifa' dan kamilah dah bertolak balik asrama kat kemaman..smi al-amin..tapi kami pi pantai tak lama pun..


ahad:


suami aku ajak pi mesra mall kat kerteh. kami pi after zohor..stelah aku masak segala bagai untuk tengah hari...kami makan..solat..terus kami bertolak..nasib sofiya dah tdo..so segar la dia..masa dlm keter tu aku asyik ngatok je..tapi sofiya segar bugar...jalan2 kat mesra mall..lepas tu pulang pi umah kak farid kat taman sura indah, dungun..amik busha yang aku tempah..maklum la 10 ringgit je..nak jimat punyer pasal..lepas tu bleh main ngan rayyan..wow..kuat cemburu rayyan..kalau kak farid amik sofiya mst nangis si rayyan..tp kalau ayah amik tak kisah..dasar anak emak..hihihi..


isnin:


kononnya nak pi makan laksam tepi pantai..tapi tak dpt..pasal mak ajak pi umah mak cik kat gong pasir..saje melawat mak cik..hebat lak umah mak cik tu..macam zoo..maklum la abg zaki. anak mak cik tu wat bisness jual burung..mmg lawa2 btul burung tu...sofiya macam biasa..dgn org takde nak cry..behave je..syukur sofiya ni jenis tak meragam


selasa:


sebelum pi umah ayah de, adik mak...nak ziarah anak ayah de, din yang juga sepupu aku yang baru dpt boy..excited yer jupe anak kecik..teringat masa sofiya kecik2  dulu..tapi masa ku pi sana, anaknya tak silap nama aiman asyik cry je..lapar..suami dah bagi green light bagi susu aku..tapi aku tak berani la..maklum la susu aku cukup2 untuk sofiya je..kedekut nya aku..aku cuma tak berani la..tak khatam lagi bab anak menyusu ni..so aku tak nak amik risiko..mak ayah aiman ni kuar bandar..hebat kan org zaman skrg tak kisah pun kuar umah even tak abis pantang lagi kan!!!kata nak kuar kejap tapi biasalah kan...maklum la isteri din nak balik kgnya kat pahang sana..macam2 keperluan perlu beli.. tapi b4 pi sana..aku singgah beli kerepok trg kat sura..biasa la kalau balik dungun, sure ada buah tangan kerepok..tp kali ni takde yang order..so selamat lah duit aku..kedekut lagi..hihihi


rabu: 


hari yang aku kena pulang ke kl..berakhir cuti aku kat dungun..ntah bila bleh balik lagi..suami aku ckp bulan 8..time raya..opss tidak..aku tidak sanggup..susah sangat balik keter, apa kata balik dgn bas..lagipun sofiya dah besar..tapi b4 aku teruskan perjalanan balik kl, aku singgah kedai nasi sup yang pernah aku makan bersama kawan2 masa keje poli..dah lama aku teringin nak makan even masa preggy dulu..tp baru hari tu dpt makan..alhamdulillah..kemudian tidak lupe aku singgah kedai murtabak raja...hehehe..lepas ni bleh pi lagi kedai tu...mmg sedap la murtabak raja walaupun agak mahal...


penuh tak aktiviti aku tu??? mmg penuh tapi tetap tak puas..huhuhu..takpe ada rezeki aku balik sana..gembira bila ayah aku n mak aku dan juga adik2 aku dpt main dengan sofiya..kali ni sofiya dah tak meragam bila ayah aku amik..makin ceria pulak..agaknya ramai yang nak main dgn dia..ramai kawan berbanding umah sendiri..kalau ibu n ayah bz dgn laptop..maka dia diwajibkan dok dlm walker tak pun dibiarkan main sorg2...insyaAllah ada rezeki mahu aku ajak suami aku balik cuti sekolah yang bakal bermula tidak lama lagi...


sebagai kesimpulan, hargainya keluarga yang masih hidup..jangan sesali bila mereka sudah tiada..sesibuk mana kite pun..pastikan kite sentiasa ingat pada ibu bapa kite..selalu balik jenguk mereka..kerana usia mereka pun tak lama walaupun hakikatnya kite tak tahu siapa yang akan dipanggil dulu oleh Allah Taala..cuma aku harap aku boleh balik selalu menjenguk kedua ibu bapaku..lebih2 lagi ayah aku yang kesihatannya kurang sihat..sejak jatuh b4 beberapa minggu aku kahwin tahun 2009...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik terhadap mak ayah aku dan juga adik-beradik aku..

Friday, May 20, 2011

murtabak raja


 rupa kotaknya


 ni dia murtabak raja - tebal kan!


untuk makan - 1/4

okey hari ni aku citer la pasal murtabak raja..bukan nak citer asal usulnya..tp nak citer pasal aku makan murtabak raja..dijadikan kisah tengah hari, aku terpaksa makan murtabak raja..kena skip makan nasi..pasal apa??sbb brg untuk masak tiada..ajak cik husband pi smlm, katanya besok la  (means hari ni la)..so aku berkira2 la masak menu apa..maklum la sayur, bawang putih, telur takde...nak turun bawah malas pulak..kat bawah umah ni ada kedai terdesak...[mahal sgt brg2 kat kedai ni].


murtabak raja ni mmg tebal la..boleh makan 4 org kot..tapi aku makan 1/4 tu dah kenyang giler..dia ada macam2 perisa..tapi aku beli ayam n daging..tp mahal tau..satu kotak 16 ringgit..aku beli masa balik dungun..kebetulan tetiba aku perasan ada kedai murtabak raja..tu try beli..sedap..mahal pun tak pe...


korg pernah dgr tak pasal murtabak raja??mmg glamor kat kelantan..adik aku kata asal murtabak raja ni sebab tokey ni pernah keje kat istana kelantan..lagipun murtabak raja segera ni pun asal kelantan..ia dipacking oleh muslimin choice kot..tak silap la..sedap kot makan saje..tp aku makan dgn kuah kari ikan yang aku masak 2 hari lepas dgn sambal bilis petai...mmg sedap..tak rugi pun beli..tak dpt makan yang fresh kat kelantan takpe la makan yang segera..

citer khamis lepas


1st time dok dlm baby chair

setelah puas bergmbar masa konvo day kat intekma, maka kami pn mula beransur pulang..time tu dah kat kul 2 lebih..perut aku dah mula berbunyi..lapar giler la..maklum la aku kan menyusu sofiya..so aku tanya la cik hubby nak makan kat mana..bleh dia bagi jawapan, 'kite balik umah dulu, pastu baru kite cari makanan'..aduih, kul berapa bleh makan kalau camni..huhuhu..itu la suami aku..kalau bab perut aku lambat skit dia concern...

so tetiba my sil tanya kat hubby aku..'abang nak pi mana?, kitaorg..ibu ckp nak belanje kfc..abg nak ikut tak?...my hubby jawab la..'abg nak balik kl terus..nak mengemas2 apa yang patut..esok abg kan nak balik dungun'..aku dah bengang la..ye la org ajak makan..join la sekali..ni baca alasan pulak cik hubby..aku pun mula la bersuara..'ala, kita makan je la sekali dgn dioarg..dah sampai umah senang la nak kemas..tak payah pikir nak makan apa..lagipun bukan banyak pun barang yang perlu dikemaskan.'..
bila adik2 ipar dgn jawapan aku..apa lagi diketawakan suami aku itu..mmg otai suamiku..saje je tunjuk tak nak makan..hehehe [sorry cik husband yer]

pastu kitorg singgah la kfc depan uitm shah alam tu..ala paling dekat..so makan la aku dgn 2 ketul ayam..sofiya lak aku kasi mashed potato without sos tu..tp tahu2 je la budak kecik tu bukan makan banyak pun..dah puas makan disemburnya semahu2nya..tapi syok sekali sekala makan kat luar bersama family in law..kalau ckp makan kat luar my mil tak berapa suke..mil suke masak drpd makan kat luar, katanya membazir...tapi kfc ni my mil choice la..mil suke makan ayam goreng..



 hobby sofiya: main air liur- sembur2


 ini lah dia tart telur by kfc

tetiba aku perasan ada org makan tart telur..dah lama aku teringin..tapi bukan semua outlet jual tart telur..b4 aku balik aku beli la 3 ketui macam dlm gambar..satu 1.80 ringgit..tapi aku beli bila my family in law dah selamat meninggalkan kfc..nak beli masa kami makan tu segan..maklum la aku perasan setelah aku cuci tangan..bila nampak apa lagi, grab la kan..tp apapun pastri tart telur ni dibuat dr pastri yang macam buat puf tu..so macam tak real yang org selalu buat..isinya pula rasa susu..rasa muak la kalu makan banyak..so nak kata sedap sgt tu takde la..bleh la 3 bintang dr 5 bintang..

 domino pizza


bila dibuka

okey ni citer malam lak, b4 aku pulang ke dungun..after buat report polis, aku tanya la cik husband nak makan apa..kami mmg dah decide nak makan pizza..tp pizza hut la..maklum la offer pizza hut lagi murah dr domino..kami ada coupon domino n phd tu..aku pun call phd tu..tp sayang bila bagi address dia cakap takde perkhidmatan perhantaran..dah bengang giler...kalau takde perkhidmatan penghantaran kenapa ada coupon tu..so confius aku..atau dia mmg tak alert kawasan aku..

so nak tak nak aku terpaksa order domino..domino ni belakang je..tak perlu risau..tp domino ni mmg best compare pizza hut..cuma aku nak cr yang murah je..maklum la kena save duit la skit pasal nak balik dungun..nak shopping kat trg..kalau balik dungun..sure aku borong kerepok..itu wajib la..utk aku makan dan juga bagi kat my mil..tak pun bs sofiya..takde la nak wat jualan..tapi kalau korang nak, bleh je aku belikan..aku tahu gak la skit2 kerepok sedap yang macam mana..apapun aku mmg enjoy khamis lepas...

apapun setiap rezeki itu datangnya dari Allah..bersyukur la apa yang Allah kurniakan..kalau Allah tak kasi makan pizza hut, mungkin ada hikmahnya kenapa perlu kuarkan sedikit duit untuk makan domino..dantak perlu kedekut untuk kepuasan diri dan keluarga..kerana semua itu rezeki Allah..jangan terlalu menjadikan diri hamba kepada duit..so semoga aku sentiasa menjadi pemurah dan suke bersedakah kerana itu adalah salah satu amalan yang akan dibawa apabila mati kelak..